Friday, April 13, 2012

Haziq si molat

Entri kali ni Mami nak bercerita tentang Haziq lagi. Selasa lepas, 10.4.2012, sebaik aje amik Haziq kat umah BS, Mami pon cam biasa tergolek2 la ngan Haziq kat atas katil. Dalam dok tergolek2 tu Haziq lak tetibe termuntah kat atas Mami..hehehhe..nasib baik blom mandi lagi. Mami pon bukak la sume baju suar Haziq untuk ganti yang baru. Sementara nak settle down ape2 yang perlu disetelkan tu, tibe2 dgr Haziq dok eh..eh..eh..mcm tgh struggle buat something. Bile Mami pandang aje, tgk2 Haziq dok rolling sambil angkat2 kepala & badan cam nak meniarap..Wow!!! ini 1 perkembangan yang baik ni. Terus Mami snap gambar & rekod video Haziq training nak menerap...hihihi..

Jemput tengok...
Cayalah Haziq...baru je 3bln dah nak menerap.Nanti 9 bulan dah berjalan, 1 tahun dah berlari..wahhhhh...!!!

Ha...yang kat atas tu citer pada 10.4.2012, skg nak citer kejadian semalam (12.4.2012) plak. Cam biase lepas balik keje je Mami akan gomol2 si molat Mami tu sambil bergolek2 santai kat atas katil. Sambil2 mengagah, budak tecit yang baru aje pandai rolling2 ni terus dgn aktifnye training menerap...
and...akhirnya
telah pun BERJAYA!!! 
Tapi sekejap je sbb Haziq blom pandai nak kontrol kepala lagi. Sebelah tangan yang tersangkut kat bawah badan pon Mami yang tolong alihkan..hihihi..
Haziq...Haziq

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, April 12, 2012

11th April..

11th APRIL 1983 - 11th APRIL 2012
Too many memories over 29 years..
From a child become a teenager, then an adult and now a wife and a mother
Surely its hard to remember all, but i'll try to remember at least
But what is past history is history, what is done is finished, and bygones are bygones
The most important now is the days ahead
I hope happiness will stay throughout the year to fill my life
Special thank first and foremost to Allah for giving me chance to be the Khalifah
Also big thanks to my Mak & Abah for bringing me up to this world
Unforgettable to my siblings and friends for colouring my life
and great appreciation to my beloved Hubby & my adorable Haziq for always be with me to complete my life.
Alhamdulillah..



shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, April 6, 2012

Haziq check up 3 bulan

Semalam (5.4.2012) Mami bawak Haziq kat Klinik. Sian Haziq..awal2 lagi dah Mami mandikan dia. Tapi Haziq cool. X nangis pon Mami siapkan dia awal2. Sumenya gara2 Mami xnak tunggu lame sgt kat klinik tu. Walaupon appoinment asalnya jam 9pg, tapi sblm pukul 8 lg Mami & Haziq dah terpacak kat depan klinik tu..heheheheh..

Macam biasa, Haziq akan ditimbang & diukur bagai sebelum next step pemeriksaan. Berat badan Haziq naik 600g je menjadikan berat Haziq sekarang dah 5.8kg..Tp Mami rasa alat penimbang tu cam x accurate je sbb kat klinik tu masih lagi guna penimbang yang manual. Masa menimbang tu plak Haziq dok bergerak2. Jarum bacaan tu plak bergoyang2 la. Ukur tinggi plak, lagi Mami rase xbleh pakai. Bln lepas tinggi Haziq 63cm, bln ni ukur jadi 62cm plak..haish...xkan Haziq makin memendek??? conclusionnye, bacaan berat & tinggi Haziq yg amik kat Klinik tu mmg hancuss...isk isk...

Ok. Lepas selesai bab timbang menimbang ukur mengukur, sesi utk interview lak. Nurse tu tanya, Haziq dah pandai buat bunyi bising2 ke? tapi belom sempat Mami nak jawab, Haziq plak yang tegur2 nurse tu..hahhahah..lawak Haziq ni. Maka, terbuktilah Haziq sememangnya dah pandai 'bersembang'. Comel anak Mami ni. Hihihi...

Check up kali ni, Haziq kene inject DIAP utk dos yg ke2. Makanya baby Mami yang sememangnya hero tu just nangis sikit je masa kene cucuk..caya lah. sebelum kene inject Haziq sibuk mengagah orang, lepas kene inject terus senyap.Agaknye terkejut kot..Tapi ape2 pon Haziq mmg budak yang baik. Mami rase senang sgt nak jaga Haziq..Alhamdulillah..

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, April 3, 2012

Usaha ikhtiar Mami

Setakat ni Mami masih lagi belum bergelar fully BF mom. Mami teringin sgt nak title tu. Tapi sampai ke hari ni Mami belum mampu nk fully BF anakanda kesayangan Mami tu. Dah macam2 Mami buat sumenye dgn niat & matlamat yang 1....nak banyakkan susu. Tapi hasilnye??? huhuhuu..kalo nak pikirkan give up, mmg dah rase cam nak give up pon. Tapi, bak kate Syahiziey Sam dalam filem Adnan Sempit, "Di mana ada kemahuan, di situ ada highway".. makanya, Mami terus positifkan minda, yakinkan diri bahawa one day pasti susu Mami akan mencurah2 cam mami2 yang lain. So, Mami keep trying ape aje yg Mami rase bleh membantu Mami untuk menjayakan impian Mami ni. Mudah2an berkat kerajinan, kesabaran & ketabahan Mami akan berbalas. Kalo nak tau, ini la di antara usaha ikhtiar Mami setakat ni:-
1. Minum banyak air kosong
2. Makan sayur penggalak susu spt karet putih, sawi putih, brokoli, ulam pegaga etc
3. Makan ubat hormon
4. Minum air rebusan halba, air rebusan longan kering
5. Minum susu, soya
6. Ambik pil ASI, pil Lacta now try set Shaklee plak
7. Buat power pumping hari2
8. Pam setiap 2-3 jam
9. Berurut
10. Doa setiap hari

Ya Allah..permudahkanlah perjalanan penyusuan anakku. Kurniakanlah nikmat rezki susu yang melimpah ruah buat anakku. Amin ya Rabb..

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, March 26, 2012

Doa Mami di setiap solat


 Ya Allah Ya Rahman Ya Razzaq Ya 'Alim Ya Matin
Kau permudahkanlah segala urusan kehidupanku 
Permudahkanlah aku untuk susukan anakku
Perkenankanlah hajat dan impianku untuk menyusukan anakku sehingga usia 2 tahun
Agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan
Sesungguhnya aku ingin sekali mendapat fadhilat menyusukan anak seperti yang Engkau janjikan
Ya Allah Ya Rahim
Engkau juga yang Maha Mengetahui betapa aku telah berusaha sedaya upaya demi memperbanyakkan susu badanku
Maka Kau bantulah aku
Perbanyakkanlah susu badanku untuk anakku, berkatilah setiap usahaku
Sesungguhnya aku tidak berdaya melainkan semuanya dengan qudrat dan iradatMu
Ya Allah Ya Rahman
Seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini
Seberapa banyak susu yang anakku minum,
Penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu
Semoga dengan limpahan kasih sayangMu, susu yang sedikit menjadi bertambah banyak dan mengenyangkan anakku
Sesungguhnya hanya kepadaMu aku berserah dan hanya kepadaMu kupohon pertolongan.
Amin ya Rabbal 'Alamin.
shawqunnur.blogspot.com ®

Mami, Haziq & Susu

Impian Mami  sejak belum preggy smpai la dah preggy and dah betul2 jadi mak skg ni nak fully breastfeed (BF) anak sampai usia 2 tahun. Mami dah arif sgt khasiat susu ibu ni. Itu yang Mami harap & Mami doakan tiap2 hari agar Mami dapat exclusively BF Haziq. Tapi, bukan sume impian kite dapat dicapai camtu je. Perlu ade sikit susah payah n pengorbanan.

Setakat ni, Mami masih lagi gigih berusaha untuk mencapai impian Mami tu. Mami start bagi Haziq susu Mami mase umo Haziq 4 hari. Time tu Mami dah discharge dari wad bersalin and mami dah bleh berada bersama2 Haziq 24jam. Kenapa dah 4 hari baru dapat? Citernye di sini

Kisah penyusuan Mami ni penuh dgn liku2. Bermula dgn Haziq yang langsung taknak direct feeding (DF),  dgn susu Mami yang sgt la sikit ala2 segan nak keluar sampai Mami pernah berkali2 menangis disebabkan perkara ni. Nasib baik Mami jenis yang cepat recover walaupon mengalami saat2 down yang teruk. Ape yg Mami pikirkan sume yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Sebab tu la Mami xjemu2 ajar Haziq DF setiap hari sampai Haziq kadang2 tertidur camtu je sbb dah letih menangis. Hari2 Mami pujuk Haziq, merayu dgn Haziq DF la mcm baby2 lain, Mami usaha sungguh2. Akhirnye pada usia Haziq 14 hari, Haziq dah pandai DF. Alhamdulillah. Mami syukur sangat.

Namun, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Haziq tetiba macam merajuk pulak bile langsung xnak DF ngan Mami pas 2-3 hari pandai DF. Mungkinkah Haziq merajuk sbb Mami salu terjerit2 sakit bile Haziq terus nyonyot xnk henti2 sampai cik N Mami melecet atau Haziq merajuk sbb nyonyot bagai nak rak, tapi dapat susu sikit sangat?? Kalo disebabkan 'keceluparan' mulut Mami, Mami memang tak dapat maafkan diri Mami. Oh..maafkan Mami, anakku..

Bermula dari saat itu, terpaksa la Mami kembali bersusah payah memerah susu setiap kali Haziq nak susu dan setiap hari Mami terus berusaha & berdoa agar Haziq nak DF balik ngan Mami and susu Mami kuar mencurah2. 

Tanggal 8.3.2012 Mami xkan lupakan tarikh ni sampai bila2. Petang Khamis tu, lepas balik dari kerja, Mami macam biasa amik Haziq kat umah babysitter. Spt biasa, Mami berusaha train Haziq untuk DF sementara menunggu waktu Maghrib. Macam dalam mimpi tibe2 je Haziq terus nyonyot cik B Mami sebaik saje Mami offer. Ya Allah.. Mami hepi sangat. Rasa terharu campur bahagia sebab usaha Mami selama ni x sia2 dan doa Mami agar Haziq pandai DF seperti semasa dia berumur 14 hari dahulu dah diperkenankan oleh Allah!!  Allahuakbar!!! Gembiranya Mami hari tu sampai rasa nak jerit kat 1 dunia biar sume org dapat share kegembiraan Mami. Tapi tak kan la Mami nak buat camtu kan? hihihihi...

Alhamdulillah..sampai ke saat ini, Haziq akan DF dgn Mami sepanjang Mami bersamanya. Cuma 1 je lagi. harapan dan doa Mami moga2 susu Mami akan terus melimpah ruah untuk Haziq kerana buat masa ni, Haziq masih lagi terpaksa campur dgn FM, especially bila di rumah BS memandangkan stok susu Mami sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Moga impian dan hasrat Mami nak susukan Haziq sampai usianya 2 tahun akan dipermudahkan oleh Allah..amin

Saaaaaayang anak Mami!!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, March 22, 2012

Haziq sayang

Mami belum penah lagi citer pasal bb Mami yang chumel tu kan?? Ok la..entri kali ni dedikasi khas untuk anakanda Mami, Muhammad Nidhal Haziq bin Mohamad Najib yang sgt cute..hehehhe..

Haziq Mami & Abi yg sgt cute!!!
Haziq lahir 1.1.2012. Kire cam new year prezen la kat Mami & Abi + anniversary prezen gak utk kami. Masa baru pas lahir Haziq sgt 'girlish'. Muka lebar, bulat, mulut kecik je,bibir merah, pipi cam pakai blusher, kulit putih gebu samapi sume org bile 1st time pandang je akan ckp Haziq baby girl. And yg paling best, ramai yg cakap Haziq banyak ikut muka Mami..lalalallaalla..rase bertuah & bangga sgt. hihhihihi...Abi jgn jeles ye...!!



Sian anak Mami...huhuhuhu..

Tapi ade citer sedih..Haziq lahir2 aje dh kena Hipo. So, Haziq dgn Mami terpaksa duduk wad asing2 lepas aje lahir memandangkan Haziq perlu rawatan yg rapi untuk menstabilkan paras glukos dalam darahnye. huhuhuu.. Lagi sedih, Mami langsung takde chance nak susukan Haziq.

Hari ke2 baru Mami dapat pegang & peluk bb. Itu pon kene pegi visit kat wad kanak2 time lunch hour. Ya Allah..hancur luluh hati Mami tgk wayar berselirat kat bdn Haziq. Matanye ditutup sbb kene letak kat bawah lampu, lengannye berbungkus pasang drip masuk air. Ya Allah..Mami sedih sgt time tu. Kalo boleh biar aje Mami yg ganti kat tempat Haziq. Sian sgt tgk bb sekecik tu dah dicucuk sane sini. Mami x dapat bayangkan camne raungnye Haziq bile kene cucuk camtu. Lagi sedih, Mami diberitau darah Haziq terpaksa diambil setiap 3 jam untuk pantau tahap gulanya..Ya Allah...kesiannya anakku..Sedih macam mana pon Mami terpaksa redho sbb itu saja cara untuk membantu Haziq. Alhamdulillah, Mami berjaya mengawal emosi Mami setiap kali melawat Haziq tanpa menumpahkan walau setitis pun air mata. Hari ke-5 Haziq dah discharge dari wad & boleh balik umah. Mami hepi sgt. Moga2 Haziq xkan masuk wad lagi..amin.

Diam aje kepala kena botak..hihihihi.budak baik ni.
Genap 7 hari Mami & Abi baru announce nama Haziq sepertimana yang disunatkan. Kepala Haziq dibotakkan, cuma rambut yang dicukur tu tak plak ditimbang untuk diconvert dgn nilai emas.hihihi..ini kesilapan Abi. Moga2 x diulang lagi kesilapan ni pada adik2 Haziq nanti..insya Allah.

Aksi Haziq yang mencuit jiwa..
Itu citer Haziq masa baru2 lahir. Sekarang Haziq dah makin membesar. Lagi 9 hari usianya 3 bulan. Haziq dah pandai mengagah, dah mula kenal orang, pandai main & yang paling best Haziq tak keliru puting lagi..Alhamdulillah.

Mami tak sabar nak tunggu appoinment awal bulan 4 ni sbb nak tgk berapa berat & tinggi Haziq. Moga Haziq terus membesar dengan sihat, bijak & jadi anak yang soleh kepada Mami & Abi..Insya Allah.

Haziq budak tinggi..
Nak bilang jari, tapi jari dalam sarung le plak..hihihihi...


shawqunnur.blogspot.com ®