Friday, April 5, 2013

Si penggemar sayur & buah

Bak kata nenek (Ateh Juriah), "patut la kulit Haziq cantik, suka makan sayur & buah rupanya"..hihihih..kembangnye hati Mami mendengar pujian ikhlas tu.. Yela..dah ramai sangat yang Mami jumpa budak2 yang tak suka sayur & buah. Alhamdulillah sehingga kini anak Mami masih suka makan sayur & buah. Mami nak share tips bagaimana untuk bantu anak suka makan sayur/buah:-
  1. Puri sayur & buah adalah makanan pertama yang mesti di perkenalkan kepada anak apabila telah tiba saat yang sesuai untuk anak makan solid food, bukan cerelac/nestum/apa2 makan bayi yg segera.   
  2. Pastikan dalam menu harian anak ada 3-4 hidangan sayur dan buah.
  3. Bekalkan sayur/buah untuk anak jika makan di luar atau bertandang ke rumah kawan2/sedara mara.
  4. 'Upah' anak dengan sayur/buah semasa ibu sibuk membuat kerja rumah.
  5. Jangan bagi keropok etc sebagai jajan untuk anak, sebaliknya bagi anak sayur/buah.
  6. Berkongsi sayur/buah dengan anak, makan sama2.
  7. Pelbagaikan resepi sayur dan buah supaya menarik.
  8. Potong sayur dan buah dengan bentuk2 yang memudahkan anak pegang & menaraik agar seronok dimakan.
  9. Elakkan daripada memberi anak sayur/buah yang berasa pahit/kelat, cth sayur sawi & peria.
Inilah dia pecinta sayur & buah..Si comel yang gebuuuuus
Sedapnya brokoli ni!!!

Brokoli di tangan belum habis lagi makan, dah nak..nak..nak...
Haish...Mami & Abi pon nak jugak tau..hihhii.. 

shawqunnur.blogspot.com ®

Air tangan Mami#18




Baby Sawi balut Telur
(9bulan ++)

Bahan-bahan:
5-6 pokok baby sawi
1 biji telur
1/2 btg lobak merah (kecil)
2-3 ulas bawang putih (cincang)
Sedikit bawang besar (cincang)
2 sudu besar homemade pati ikan bilis
1-2 sudu besar minyak
Air secukupnya

Cara Penyediaan:-
  1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga kekuningan, masukkan air, lobak merah & pati ikan bilis. Renihkan sehingga lobak merah sedikit lembut.
  2. Masukkan baby sawi & telur yang telah dipukul ringan. Perlahankan api. Masak sehingga telur betul2 masak.
  3. Siap!! 

shawqunnur.blogspot.com ®

Jalan2 cari makan

Salah satu aktiviti yang boleh dikatakan selalu jugak la yang kami akan buat bila balik kampung ialah lepak2 kat Lembah Sg. Perak sambil makan laksa & ABC. Bukan apa, kalau dah pergi ke Kuala Kangsar tu, rasa macam tak sah pulak kalo tak pekena laksa & ABC kat tepi Sg. Perak tu. Etceli dah banyak kali kot makan2 & jalan2 kat situ, tapi baru kali ni entry tentang hal ni berjaya dihasilkan..wakakakakak..

Bukan kerana kat sini (tempat kami tinggal sekarang) takde laksa..ada..bahkan Mami jugak boleh & pandai masak laksa. Cuma bila di Kuala Kangsar, laksanya berbeza sebab laksanya diperbuat daripada tepung gandum dan kuahnya cair berbanding laksa Penang yang diperbuat daripada beras dengan kuahnya yang pekat kaya dengan isi ikan..perghhhh..tiba2 Mami telan air liur..huk aloh!!

Gambar kat bawah ni adalah kedai/warung singgahan kami dalam perjalan balik ke rumah selepas menghadiri kenduri kawin dua pupu Mami semasa kami balik kampung baru2 ni. Dok cari2 jugak nama kedai ni, tapi tak jumpa pulak. Tapi apa2pun, bagi Mami Laksa kat kedai ni best & boleh ulang makan lagi la. ABC dah habis..x sempat nak rasa..huhuhu..




Kalau ada sapa2 teringin nak try, lokasi kedai ni di Jalan Temenggong, Kuala Kangsar. Kedainya terletak di corner jalan sederetan dengan kedai2 kraftangan.





shawqunnur.blogspot.com ®

Kenduri Kawen


Selamat pengantin baru Kapt Fizwan & isteri..

Cuti sekolah sinonim dengan kenduri kawen. Sana sini orang kawen. Kalo pergi jalan2 kat kawasan kampung @ pinggir bandar pasti akan terlihat banyak mini signboard arah ke rumah pengantin dan tiang2 bunga manggar di jalanan.

Minggu lepas semasa kami sekeluarga balik kampung, kami hadiri 2 majlis kenduri kawen. Satu kenduri kawen sedara-mara sebelah Mami & 1 lagi sedara mara di sebelah Abi. Alhamdulillah terlepas satu tuntutan kepada kami untuk memenuhi undangan.

Jom Mami cerita sikit tentang apa hukumnya memenuhi undangan kenduri kawen. 

Dalam Islam, menghadiri majlis kenduri kawen adalah satu kewajipan. Berdasarkan hadith Rasulullah SAW:-
"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya." (HR Al-Bukhari & Muslim)

"Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya." (HR Imam Muslim)

Para ulama' kemudian menghuraikan bahawa kenduri terbahagi kepada 2 jenis, iaitu kenduri kawen dan kenduri/jamuan kesyukuran. Memenuhi undangan kenduri kawen adalah fardu ain, iaitu WAJIB ke atas setiap individu yang diundang. Namun begitu, para ulama' kemudian berpandangan bahawa hukum wajib itu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu:-
  1. Yang menjemput itu mestilah orang Islam
  2. Jemputan tidak dibeza2kan dari segi kedudukan & pangkat, miskin @ kaya maknanya 'pukul rata' je.
  3. Mesti dapat jemputan khusus. Dalam situasi sekarang, biasanya orang bagi kad jemputan & dalam kad tu ada tertulis nama kita, atau jika tanpa kad, orang yang menjemput tu secara personally berjumpa dengan kita menyatakan undangannya @ dia mewakilkan sesiapa untuk menjemput kita. Oleh itu, jemputan berbentuk iklan (secara umum) tidak termasuk dalam kategori ini.
  4. Diketahui sumber wang untuk belanja buat kenduri tu adalah dari sumber yang halal.
  5. Majlis tu takde unsur2 kemungkaran, cth: karaoke, tari menari..
  6. Majlis tu diyakini aman & selamat utk para jemputan, tiada ancaman bom, pengganas etc..
  7. Tiada jemputan lain yang patut didahulukan.
  8. Tiada sebarang keuzuran yang boleh menghalang untuk hadir.
Wallau'alam.


shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, April 4, 2013

Natural remedy vs Allopathy

Mami adalah penghidap tonsilitis yang agak kronik sejak usia 5 tahun dan hampir setiap bulan Mami akan mengalami demam panas kerana tonsil yang membengkak & ianya amatlah menyakitkan. Seawal 5 tahun juga pelbagai ubat penahan sakit & antibiotik telah menjadi teman rapat Mami setiap kali tonsilitis menyerang. Selama lebih 10 tahun Mami bergantung sepenuhnya dengan ubat-ubatan allopathy sehinggakan doktor yang merawat Mami jadi buntu untuk prescribe ubat apakah lagi yang paling sesuai kepada Mami memandangkan penyakit Mami tak pernah sembuh. Sehinggalah pada suatu hari Mami terbaca di dalam 1 artikel bahawa kebergantungan kepada pil tahan sakit seperti mefanamic acid akan menipiskan perut sehingga boleh menyebabkan ulser!! Wa na'uzubillahiminzalik! Starting from that, Mami seboleh2nya akan mengelakkan diri daripada sebarang ubatan klinik bilamana mami jatuh sakit dengan mengaplikasi kaedah natural remedi sebagai gantian ubatan klinik. Contohnya, Mami akan makan aiskrim sebanyak mungkin apabila diserang tonsil dan Alhamdulillah ianya memberi impak yang sangat +ve.

Berbalik kepada cerita tentang natural remedi, akhir2 ini ramai orang mula menyedari tentang kesan -ve hasil daripada kebergantungan kepada ubatan (allopathy) tertentu di dalam merawat sesuatu penyakit, terutama bagi ibu2 muda yang pastinya inginkan yang terbaik untuk setiap anaknya. Maka timbullah pelbagai method dan kaedah yang kini digunapakai sebagai cara untuk replace perubatan allopathy. Tidak dinafikan, kedua2 kaedah rawatan ini pastinya ada kebaikan dan keburukan tersendiri. Contohnya:-

Natural Remedi
Allopathy
Proses penyembuhan yang lebih lama
Proses penyembuhan singkat
Pengamal harus ‘berilmu’ sebelum mencuba kaedah tertentu
Cukup sekadar berkonsultasi dengan doctor yang diketahui kepakaran mereka
Lebih murah dan alami
Mahal dan mengandungi bahan sintetik
Tahap penyakit hanya boleh dinilai dengan mata kasar pengamal
Tahap penyakit boleh disaring dengan ujian2 tertentu oleh doktor yang bertauliah
Sesuai untuk merawat penyakit2 yang berisiko rendah
Mampu untuk merawat semua jenis penyakit
Unsur halal 100% diyakini
Hanya mampu bersangka baik bahawa setiap ubatan adalah halal & harus diambil

Bagi Mami, kedua2 kaedah rawatan ini tetap menjadi pilihan Mami bergantung kepada situasi. Yang paling penting, apa jua kaedah yang dipilih mesti:-
  1. Selalu ingat kuasa Zat penyembuhan itu milik Allah SWT &  kita hanya berusaha dengan menumpang khasiat tertentu daripada bahan yang Allah SWT ciptakan.
  2. Amalan berdasarkan ilmu & pengalaman, bukan sekadar ikut-ikutan.
  3. Bersederhana, maksudnya tidak terlalu rigid atau obses dengan satu kaedah sahaja sehingga menyebabkan pihak lain (yang sakit) mungkin teraniaya dek kerana pengamalnya terlalu berpegang teguh kepada prinsip dirinya sehinggakan pihak yang sakit tidak dirawat dengan sempurna. 



shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, April 2, 2013

Catatan balik kampung

Operasi mengemas beg & rumah dijalankan secara solo sebaik sahaja Abi keluar pergi usrah & Haziq tidur. Untung sangat Haziq berjaya ditidurkan seawal selepas Maghrib. Sempat la Mami menyiapka itu ini dengan tenang & aman sekali..hhiihi....Alhamdulillah hampir jam 11 semua sudah ready. Hanya menunggu Abi sampai je..

Jam 12 Haziq terjaga dari lena...Abi baru aje sampai rumah.. Haziq bawak diri main sorang2 kat depan TV sementara Mami & Abi bersiap2..confuse agaknya. Mungkin Haziq ingat waktu tu dah pagi..(tp dh pukul 12am..memang dah pagi kan?? Dah masuk hari lain pun.. hihihihi..)

Singgahan pertama di RnR Jejantas Sg. Buloh sebab Mami dah mula berkeroncong & craving nak makan burger. Plan nak makan kat Burger King tapi dah nak tutup. Beralih arah ke A&W..pon dah tutup. Tapi dek kerana lapor punye pasal, hadap je Mami makan mee + kueteow goreng 1 pinggan sorang2 kat kedai makan sebelah A&W tu..hahhaha..
Memandangkan Abi dah mula berat kelopak mata, last2 singgah pulak kat RnR Rawang. Berdengkur la Abi kat situ dalam 20-25minit. Mami xde can nak tido sebab si Haziq yang baru je bangun tido tu masih lagi segar..ceh!!
Then continue perjalanan..Mami pulak mula berat mata. Dalam dok try control tu akhirnya terlena jugak. sedar2 Abi singgah lagi kat RnR Tg. Malim sebab dah x tahan sangat ngantuk. Tidur la kami semua berjemaah..(maknanya setiap RnR kot kami singgah sejak perjalanan bermula..kekekekkek..)
Dah agak 'puas' tido, perjalanan diteruskan. Tapi..mak aih...jem le pulak. Jem super punye tak bergerak lak tu..Panjang giler.Ai..nak balik kampung hujung2 minggu camni pon cuti??? musykil jap..haishhh.. Abi yang sememangnya ngantuk tu lagi la bertambah ngantuk. Kuyu je mata Abi. Mami jadi risau melampau. Mulut Mami bising je.."brake..brake..brake..slow Abg..jalan Abg..!!" hahhaha..dah macam cikgu driving skul plak jadinya Mami waktu tu.

Rupa2nya jem sebab eksiden..etceli banyak gak eksiden kat sepanjang jalan tu. Di antaranya macam yang kat dalam gambo ni..kereta terbalik tu..4 tayar naik atas..Patutla jem teruk..Hampir 2 jam jugak la kami terperangkap kat dalam jem tu.
Mula2 plan nak berenti je kat tepi jalan nak sambung tido, tapi macam dah penuh sangat pulak orang parking sampai space pon dah xde. At last singgah kat RTC Spg.Pulai. Masa tu dah dekat pukul 6pg. Singgah sebab nak solat subuh. Tak pernah2 sepanjang Mami dok merantau ni terpaksa berhenti solat subuh kat mana2 hentian sebab selalunya Mami akan berjaya samapai ke kampung paling lewat pun jam 5 pagi. Hari ini dalam sejarah la pulak jadinya..hehhehehe..
Tapi memang best la RTC tu. Sampai2 aje, terpampang bangunan surau. Besar pulak tu, parking pon banyak. Kedai2 makan tak tau la macam mana sebab ni la 1st time kami singgah kat sini.
Haziq yang dalam perjalanan tido lena je, tapi sampai kat sini terus terjaga..Untung masa Mami solat Haziq tak kacau, Alhamdulillah..Sementara menunggu Abi yang sedang solat, Mami pergi beli air & roti kat kedai MyMart belakang surau. Pastu lepak dalam kereta ngan Haziq sambil makan roti.
 Kemudian perjalanan yang masih lagi berbaki 80++km diteruskan lagi dalam suasana alam yang masih lagi samar2  diselubungi kabus pagi. Abi bukak tingkap kereta sebab nak rasa angin pagi.Memang best. Laluan dikawasan tanah tinggi dengan dikelilingi pokok2 pada waktu pagi yang berkabus memang menakjubkan. Mami rasa seolah2 bukan berada di Malaysia pulak..ceewahhhh!!!
Haziq pon terlena balik. Syok sangat agaknya kene hembus dengan angin pagi yang ala2 lembab & dingin tu. Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah Opah & Tokwan pada jam 8pagi.
12.45am-8am perjalanan daripada PJ ke Lenggong..Almost 8jam!!  

Kabus yang best!!!
shawqunnur.blogspot.com ®

Air tangan Mami#17

Milk Smoothies
(12mo++)
  P/s: Keep refrigerated for a max 24hrs only.

                                                   For Haziq                                           For Mami

Ingredients:-
4 oz fresh milk (cow/goat)
4 raw almond seeds
7 raisins
1/4 tsp pure honey

Preparation:

 Put all the ingredients (except honey) into the blender/food processor. Blend until smooth
 Sieve to get only the liquid, mix together with the honey (please make sure to use only plastic spoon to stir the mixture) & ready to serve.

                                              Haziq enjoys the taste..mmmm..soooo yummyyyy!!


shawqunnur.blogspot.com ®