Friday, March 29, 2013

Air tangan Mami#16

Labu sangat kaya dengan beta karotena yang amat baik untuk kesihatan mata. Malangnya ramai ibu2 yang tak berani untuk beri baby mereka makan labu sebab dipercayai labu boleh mengakibatkan baby kembung perut. Namun begitu, jika betul cara masakan, Mami jamin seseorang itu boleh makan labu tanpa risiko kembung perut, Insya Allah. Caranya, masaklah labu dengan sedikit potongan halia kerana halia adalah sejenis herba yang membantu mengelakkan masalah angin. Jom cuba masak resepi mudah ni.

Sayur Lemak Labu & Tofu
(7bulan++)

Bahan-bahan:
1 potong labu masak
Sedikit bawang besar (mayang halus)
1-2 ulas bawang putih (mayang halus)
1 inci halia (ketuk)
Sedikit ikan bilis (rendam & tumbuk)
1/2 ketul tofu lembut
1-2 dua sudu minyak masak
Air secukupnya
1 helai Daun kunyit (carik-carikkan)

Cara Penyediaan:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan air, labu, halia, daun kunyit dan ikan bilis. Masak sehingga labu lembut.
  2. Masukkan tofu lembut, biarkan merenih seketika & sedia untuk dimakan.
p/s: Ikan bilis (jika dlm kuantiti yang banyak) yang ditumbuk bila dicampurkan dengan air akan menyebabkan air itu bertukar menjadi sedikit keruh. 

 

Mami selalu guna tofu lembut brand ni untuk Haziq.

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, March 27, 2013

Air tangan Mami#15


Lempeng Buah-buahan
(9bln++)

Bahan-bahan:
1/2 - 1cawan tepung Atta
3 biji Kurma (lembut) (dadu)
2 sudu besar Kismis (jika menggunakan kismis saiz besar, potong kecil2)
1 potong Epal/Pear (dadu)
1/2 biji Pisang (dadu)
1-2 sudu besar unsalted butter (cairkan)
Air secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Gaulkan tepung atta dengan buah-buahan hingga semuanya bersalut, masukkan air secukupnya. Tekstur adunan mestilah tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat.
  2. Tuangkan unsalted butter, kacau sebati.
  3. Panaskan non-stick pan (api perlahan), tuangkan adunan & ratakan. Ketebalan adunan yang telah diratakan di dalam pan mestilah tidak melebihi 1cm untuk mendapat lempeng yang lembut & masak sempurna.
  4. Balik-balikkan lempeng, masak sehingga kekuningan.  
shawqunnur.blogspot.com ®

Sweet dream!!

 
 
 
 

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, March 26, 2013

Babychair..

Dah lama Mami mengidam nak belikan Haziq babychair Ikea ni. Akhirnya dapat jugak selepas Haziq berusia 14bulan. Terima kasih Abi!! hihihihihi..
Pada Mami, babychair ni sgt praktikal sebab akan memudahkan Mami untuk feed Haziq dan yang paling penting dapat minimize kan kadar 'sepahan' & 'keterbetaburan' makanan sebab nama pun budak kan, kalo nak makan tu, bukan jenis yang boleh duduk setempat aje. Bila dah jalan sana sini tu, for sure la ada makanan yang akan tersepah di sana sini jugak..huhuhuuh... Dengan adanya babychair, Haziq tak boleh sesuka hatinya berlari sana sini sambil makan..yeay!! Mami pon kurang sikit letihnya nak menyapu & mengemop lantai lepas suap Haziq makan.

See.....

Tertib aje makan sambil tengok tv.. Takde lagi berkejaran sana sini..

Kadar sepah sangat minima. Mami hanya perlu sapu sikit2 je. Tray tu kalo teruk sangat comotnya tertumpah makanan, boleh dicabut & dibasuh.

Beza sangat bila makan tanpa babychair..

Terpaksa membongkok2 menunduk2..kesian..

Lepas makan lantai confirm kena mop

Mami nak kena ikut aje ke mana Haziq pergi..penat oii..
 Kesimpulannya, babychair sangat memudahkan Mami & Haziq.

shawqunnur.blogspot.com ®

Haziq dah kerja la..

Sabtu lepas adalah hari bekerja bagi ofis Mami. Awal2nye Abi dah setuju untuk babysit Haziq kat rumah sementara Mami di ofis. Tapi tiba2 pulak Abi inform Abah (Atok Haziq) ajak Abi pegi kenduri kawen di Shah Alam. Erk..pegi kenduri? Kat kenduri dah tentu2nya ada makanan macam2. Ohh...bawak Haziq pulak tu. Tanpa Mami ikut sekali. Oh no!!! Kebarangkalian Haziq akan disuap dengan makanan2 yang tak sepatutnya oleh mereka2 yang suka memandai2 adalah sangat tinggi. Mami tak sanggup untuk tinggalkan Haziq dengan Abi sebab Mami kenal siapa Abi. Mami bukannya nak menyombong, jauh sekali nak berbangga2, tapi Mami terpaksa menjadi seorang yang cerewet & extra protective demi kesihatan anak Mami. Solution terbaik is Haziq have to follow Mami. So, buat kali kedua Mami drive kereta berdua dengan hanya Haziq di sebelah.

Seawal jam 8 pagi Mami dah keluar rumah sebab Mami takut 'apa2 terjadi' semasa tengah drive. Alhamdulillah Haziq ok walaupun sempat duduk dengan tertib & sopan dalam baby carseat cuma 15minit pertama. Biasa la Haziq..asal tak nangis Mami dah syukur. Mami jadi orang pertama yang sampai di ofis hari tu. Malangnya kami terpaksa menunggu agak lama di dalam kereta sebab ofis masih belum dibuka. Tak kisahlah..janji haziq tak meragam.

Kat ofis Mami, Haziq ok ok aje. Friendly dengan semua orang. Tapi Mami prefer Haziq berkurung dgn Mami je kat dalam bilik sebab taknak Haziq ganggu staff lain buat kerja. Nak tau apa aktiviti Haziq? Jom tengok...





Hahhahaha..bersepah2 bilik Mami hasil 'kerja' Haziq. 'Khazanah' Mami dalam kabinet semua Haziq keluarkan buat main. Sambil main sambil makan. Mami menulis, Haziq nak menulis jugak. Mami bagi pen & kertas, tapi Haziq bukan conteng kertas je, tangan, pipi, kaki semuanya berconteng. Mami tekan keyboard computer, Haziq pun nak menaip jugak. Nasib baik ada keyboard lama, Mami bagi Haziq main. Sepanjang 4 jam kat ofis Mami Haziq pandai bawak diri, cuma masa minit2 terakhir je Haziq mula menangis sebab dah mengantuk. So far, len kali Mami boleh bawak Haziq lagi...yeay!! 
shawqunnur.blogspot.com ®

Yes..ke Ikea jugak akhirnya..

Ingat tak kat entry ni Mami ada buat special request kat Abi? Ha..Ahad lepas Mami, Abi & our lil' Haziq akhirnya telah selamat sampai ke Ikea & meronda2 di sana selama 3jam..hahhahaha. Haziq la yang paling teruja dapat jalan2 dalam showroom Ikea tu. Yelah..orang dah pandai jalan kan? Langsung takmau didukung. Pulak tu bila diletak kat bawah nak jalan sorang2, takmau Mami @ Abi pimpin tangan. Adoi..bukan main lagi si Haziq ni..lagak dah macam orang besar!!

Jom layan gelagat2 Haziq yang membuatkan Mami rase 'cair' sangat ...

 Test bangku..

 Amboi...bersantai gitu..
Abi suruh bangun pon taknak..syok sgt dapat duduk kat bangku kecik tu..


 Kat meja tu mentioned suitable for children 3-7years..Haziq baru 1thn 2bln..tapi macam dh ngam je..
 Siap angkat2 kaki pulak..style ape ni nak ooii...
Dapat pensel kejenye menconteng la..hihihih...


shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, March 22, 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

Mami panjangkan facebook wall sharing kat dalam entry ni agar bila2 masa je Mami dapat refresh balik memori Mami tentang hal ni. Credit kepada yang sharing di wall fb Mami. Sesungguhnya perkongsian ilmu anda sangatlah berguna & moga2 ada pahala yang Allah SWT akan ganjarkan kepada anda..amin.
  1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
  2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
  3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
  4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
  5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
  6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
  7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
  8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
  9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
  10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
  11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”

shawqunnur.blogspot.com ®