Monday, January 27, 2014

Haziq @ 2 yrs old..yeay!!

1.1.2012 - 1.1.2014..
equal to 2 years!!!

Sekejap aje dah 2 tahun putera hati Mami ni...cepatnyeee kamu membesar, Sayang...Apa2 pun yang paling utama, Haziq membesar dengan begitu baik sekali. Jarang sekali Haziq sakit. Bab nak menjaganya pun memang mudah. Tak banyak ragam, tahan lasak, bab makan pun bukan jenis yang picky eater..pendek kata..memang mudah diasuhlah..Terima kasih ya Allah!! Di atas anugerah zuriat yang begitu berharga buat kami!!

Perkembangan fizikal
Haziq ni tinggi lampai compared to other kids yang sebaya dengannya (dah hampir mencecah 100cm kot kalau diukur). Tengok sajalah gambar ni..muat2 aje baring atas sofa 2 seater tu. Berat pulak sekitar 11.6kg je. Memang tak nampak la ke'chubby'annye. Cuma boleh cam Haziq berisi sikit jika dibelai belakangnya tak terasa sangat tulang belakang tu tersembul..hihiih..


Perkembangan mental
Walaupun masih pelat, tapi mulutnya memang jenis tak henti2 bercakap. Suka bertanya itu ini sampai kadang2 tu Mami/Abi dah takde idea nak bagi jawapan apa.hihihi.. Biarpun main sorang2, tapi keriuhannye tu bak ade 3 4 orang yang dok main sekali dengan Haziq.

Selain daripada ajaran2 Mami & Abi, Haziq banyak belajar daripada environment. Bila tengok TV, Haziq suka ajuk ape jugak yang kat dalam TV tu 'cakap'..(bahaya oooo..bab cerita memang kita boleh select, tapi iklan...kena la cepat2 alih channel kalo tetiba ada iklan yang ntah ape2 tu keluar).

 Alhamdulillah, Haziq ni seorang yang fast learner, Tapi biasa lah...dah namanye budak2 ni, cepat ingat, cepat jugak lupa.. Tapi dalam pada short term memori tu, ada la jugak yang Haziq dah boleh hafal. Contohnya: doa makan, doa nak tidur, zikir2, etc.

Mudah2an berbekalkan kebolehan dan keupayaan ini Mami & Abi dapat membentuk Haziq sebagai seorang Huffaz nanti. Seorang ulama yang intelek..insya Allah...
   

Anak soleh yang sorang ni sejak2 dah besar ni dah macam obses pulak dengan Ultraman. Sikit2 nak "men", nak baju "men"..adoi..pening Mami. Cuma yang senang tu, Haziq jenis yang senang dipujuk. Contohnya, kalau lalu kat kedai toys, ternampak pulak patung ultraman, memang dia akan singgah mintak ultraman tu. Tapi bila Mami/Abi tak belikan, setakat ni takdelah Haziq sampai nangis guling2 nak jugak ultraman tu. Kire ok la kan..hihihi..


Favourite words within this month:
1. anak awan (taknak kawan)
2. atafiwah ajim (astaghfirullahalazim)
3. la ila mad cu wah (laailaaha illallah muhammadur rasulullah)
4. Mami....mami....kit ane? (sakit mana?)
5. Tan..tan.. (bukan..bukan..)
6. Acih..ame..(terima kasih, sama2)

Cukup la kot update milestone Haziq ni..Sekali lagi Mami nak ingatkan. Entry Mami pasal Haziq bukanlah untuk menghebah2kan kepada umum kepandaian dan kecerdikan anak Mami ni. Tapi semua ni Mami buat untuk rekod Mami. Jadi, kepada sesapa yang felt annoyed/tak suka sila jangan follow blog ni ye (bajet ramai sangat follower kot)..kikiki..

K. challo!!
shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, January 9, 2014

Ada apa dengan Januari??

Perghhhh...tajuk selalu tak bleh blah kan..hihihihi.Macam tajuk lagu pulak.."Ada apa dengan cinta"..kikiki...sukati la kan..ni 'rumah' saya, 'laman' saya..entri pon ikut suka saya la kan..ngeeee..

Ok ok..serius. Back to the main topic. "ADA APA DENGAN JANUARI?"

Ohhhhh....banyak ok.. Kalo 20 tahun dulu Januari aje sinonim la dengan berakhirnya cuti panjang, sesi baru persekolahan bermula dengan semangat dan azam baru.

Ade lagi yang mesti diingat ialah 19 Januari. Harijadi adik Mami yang bongsu. Walaupun takdelah menyambut dengan parti2, prezen canggih-manggih. Tapi cukupla sekadar memperingati. Kang merajuk pulak budak comot tu kalo lupe harijadi dia..hukhukhuk..(Mami rindu sangat kat adik Mami yang kecik ni sebenarnye...ohhh..lambatnye bulan 5..)

Pastu 25 Januari Hari Keramat semenjak 5 tahun lepas.Hari Kekasih a.k.a Anniversary kami. Haaa..WAJIB ingat tu untuk muhasabah balik apa yang dilalui bersama sepanjang tahun. Nasib baik tak payah nak renew macam roadtax..kalo tak...huiiii...Makcik kayo..RM1001 + emas setiap tahun = WAJIB...kahkahkah..garu kepala la Pakcik Najib saye kalo gitu gayenye tiap tahun...kikiki.. 

Ada lagi yang paling bermakna.. 1 Januari. Jika dulu, sebut aje 1st January takdelah significant sangat pada Mami melainkan kemeriahan sambutan tahun baru. Tapi semenjak 2 tahun lepas, 1 Januari dah jadi salah 1 hari favourite Mami. Kenapa ye??? 







sebab....cuti New Year???






..............


betul..tapi kurang tepat. Sebab ape ye???










Ha...sebab ni lah...


II
II
II
V


Budak tecit yang dah jadi bujang nilah...kan dia lahir pada 1Jan 2012, 2 tahun yg lepas....Makanya 1 Jan setiap tahun pastinya jadi amat be`rmakna bagi Mami sekeluarga..  


1 Jan 2014: Selamat Hari Lahir ke-2 Putera Hati Mami Abi..
(Tengok tangan kecik tu dah tak menyabo nak "cincang" kek..huk alohhh...)  

 
shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, December 30, 2013

Hari-hari terakhir 2013

Tak lama lagi 2013 akan meninggalkan kita dengan 1001 kenangan yang manis dan mungkin juga kenangan pahit. Bagi Mami, 2013 ni tak banyak beza dengan tahun-tahun lepas yang lain. Dari skop kehidupan keluarga kecil kami, kami masih lagi bertiga dan belum ade tanda2 kami akan bertambah ahli keluarga...huhuhu..

Dari segi kerjaya, Mami masih lagi kekal dengan posisi yang sama dan di pejabat yang sama. Yang berubah hanyalah suasana kerja dengan kehadiran gantian staff baru di samping staff2 lama dan juga karenah pelanggan yang ada kalanya semakin mencabar dan betul2 menguji kesabaran dan kemampuan Mami.

Cuma yang mungkin yang akan terus tinggal kenangan dan menjadi sejarah sepanjang hayat Mami ialah tahun ni Mami kehilangan sorang ibu saudara (sebelah abah) - Allayarhamah Makcu yang Mami akan terkenang2, sorang sepupu (sebelah Abi) -Allayarham Hanif yang Mami belum sempat kenal, sorang bapa saudara (sebelah mak) - Allayarham Angah yang pastinya akan Mami selalu rindu dan juga sorang nenek saudara (sebelah mak)- Allayarhamah Opah Kati yang kelucuannya akan terus segar diingatan Mami. Alfatihah untuk mereka semua..semoga roh2 mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama Mukminin solihin..

3 bulan terakhir 2013 merupakan bulan ujian kesihatan Mami. Bermula dengan kisah gatal2 seluruh badan seminggu sebelum Raya Haji, bersambung pulak dengan sakit mata yang kronik dan belum sempat betul2 pulih, berdepan pulak dengan masalah calculi..Tapi Alhamdulillah..semua masalah pastinya berhikmah dan kini bila menghampiri saat2 akhir 2013, semua ujian kesihatan itu telah beransur pulih.

Pencapaian sepanjang tahun 2013 pun nampaknya takde yang super duper boombastik sangat. Jadinya azam Mami yang masih tertunggak tahun ini macam biasa akan di carry forward le ke tahun 2014 pulak..kikiki..
Cuma satu aje lagi tambahan azam untuk tahun 2014 ialah Mami nak menambahkan lagi umat Muhammad..mudah2an sebelum penghujung 2014 tercapailah semua hasrat Mami ini..amin.

shawqunnur.blogspot.com ®

Big Bad Wolf 2013

Big Bad Wolf..bunyi macam ganas je..Mula2 Mami memang tak tau pon apekebendenye bendalah BBW ni..Mami jakun?? Memang pon...pengakuan berani ni tau... Tapi dek kerana kawan2 Mami ni ghairah sangat dok bercerita pasal BBW tiap kali smpai musimnye membuatkan Mami jadi teringin sangat nak pegi pameran buku Serigala Jahat ni. Tapi tak pernah dapat peluang. Bila ajak Abi, macam berat je Abi nak pegi. Lagi pulak biasanya event BBW pada masa poket kami masing2 dah tandus..huhuhu..Tapi Alhamdulillah..pada 14.12.2013 kami berjaya jugak menjejakkan kaki ke BBW ni.

Dipendekkan cerita..Mami takkan serik utk ke BBW lagi jika ada lagi event ni pada masa akan datang. 2 jam Mami dok belek buku kat dalam Hall The Mines tu memang tak puas. Tapi mengenangkan kami mengejar masa sebab pegi pun unplanned kan...maka tak puaslah Mami bertawaf kat dalam Hall tu.
Geram wey....tengok buku2 yang giler babas murah!!! rasa nak beli semua je...

So, dalam masa 2 jam tu, ni ajelah buku2 yang sempat kami grab. Banyak gak..2 plastik beso yang bilangannye lebih kurang 20biji++ kami bayar dengan harga lebih kurang RM100 je..memang berbaloi2...

shawqunnur.blogspot.com ®

Air Tangan Mami#45


Sup Telur Puyuh dengan Labu
(12bulan++)

Bahan-bahan:-
1 mangkuk (20biji) telur puyuh yang telah direbus dan dikopek kulit
1 jurai labu manis (potong kiub-jangan terlalu kecil sebab labu mudah empuk & hancur)
Sedikit bawang besar
2-3 ulas bawang putih
2 inci Halia (diketuk)
Sedikit daun bawang (racik)
Semangkuk air/stok ayam/stok ikan bilis
Sedikit minyak
Garam (pilihan)

Cara penyediaan:-
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan, masukkan air, labu dan halia.
2. Bila labu sudah lembut, masukkan telur dan tabur daun bawang.
3. Perasakan dengan garam.
4. Tutup api. Siap.

shawqunnur.blogspot.com ®

Sunday, December 29, 2013

Air Tangan Mami #44

Kerutub Ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong kecil)
2 s/b rempah kari
2 s/b rempah kurma
500 ml santan
1 s/b gula merah
3 s/b minyak untuk menumis

Bahan kisar:
100gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih

Cara penyediaan:-.
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah kari dan rempah kurma yang telah dibancuh terlebih dahulu. Kacau sehingga sebati dan rempah betul-betul masak.
3. Masukkan ayam. Biarkan sehingga naik minyak
4. Masukkan santan, gula dan garam.
5. Masakkan sehingga pekat dan ayam empuk. Siap.

shawqunnur.blogspot.com ®

Saturday, December 28, 2013

Air Tangan Mami#43


Puding Cendol

Bahan-bahan:
1/2 paket agar2 [20 gm]
3 gelas air
2 sudu besar gula pasir
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara Penyediaan:
1. Didihkan agar-agar, masukkan gula dan renihkan sehingga sekali lagi mendidih. 
Tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
3. Bahagian pertama, dimasukkan gula merah, didihkan dan tapis.
5. Kacau rata dn biarkan mendideh dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendol.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
9. Bila dah keras sekata, baru boleh dipotong2 & dihidang.

shawqunnur.blogspot.com ®