Monday, September 28, 2015

Anak Cucu Hj Usop & Hjh Zaleha (Atok & Opah Haziq)


Kisah anak cucu Hj Usop & Hjh Zaleha @ keluarga sebelah Abi.
Saiznya sederhana je..Hj Usop & Hjh Zaleha dikurniakan 5 orang anak dan kesemuanya adalah lelaki.

Abi anak ke-4, dan daripada 5 orang itu, salah seorangnya (anak ke-3) telah pun dijemput Allah pada usia 25tahun kerana terlibat di dalam kemalangan maut di Langkawi lebih 10 tahun yang lalu..al-Fatihah utk almarhum Abang Yusri.

Daripada 4 beradik ini, lahirlah cucu-cucu sebanyak 7 orang dan bertambah menarik lagi kesemua cucu-cucu ini juga adalah lelaki!! 
Hebatnya genetik lelaki dalam keluarga Abi ni kan??
Harap-harap Mami dapatlah memecah rekod keturunan ini dengan melahirkan anak-anak perempuan pula lepas ni..insya Allah..amin..

Tapi daripada 7 orang tu, cucu yang sulung juga telah dijemput Ilahi (al-Fatihah utk almarhum Haikal) dan bagi menggantikan almarhum, abang Abi @ Pak Chor kemudiannya mengambil seorang anak asuhan (Muhammad) yang dihalalkan pertaliannya dengan pertalian susu ibu..Maka, jadilah kesemua cucu yang ada pada saat ini seramai 6 orang.

Bila kesemuanya berkumpul..haaaaaa....pandai-pandailah imagine sendiri keadaannya ye..hihihi..

 Gambar-gambar kat bawah ni sebagai bukti..

v
v
v

 Syamil (11), Mizan (8) dan Muhammad (6)

 Irfan (5) & Haziq (3)
Yang tengah-tengah tu kanak-kanak zaman purba ye..

Yang paling kecik, Ikhwan (di atas dukungan Atok)

Aksi-aksi mereka bila sesekali dapat berkumpul..6 orang tapi macam 20 orang..meriah sangat!!

Nampak macam semuanya sudah cukup lengkap.
Tapi sebenarnya masih ada seorang lagi yang juga pernah bersama kami semua suatu ketika dulu..
v
v
v

Arwah adik biras yang sentiasa segar di dalam ingatan Mami.
Isteri kepada adik bongsu Abi, Ibu kepada Irfan.
Pemergiannya pada usia 23 tahun, ketika Irfan baru saja menyambut harijadi yang pertama.
Alfatihah untuk almarhumah Nor Samsiah.

Semoga kebahagiaan kita semua sekeluarga akan sentiasa harum mewangi sehingga ke taman Firdausi..Amin ya Rabb.


shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, September 23, 2015

Review~Mee Tarik Warisan Asli

Baru-baru ni Abang Ipar belanja kami sekeluarga bersama Mak Abah mertua makan di Restoren Mee Tarik Warisan Asli. Restoren ni menyajikan masakan asli masyarakat wilayah Xin Jiang China. 

 Mee yang dihidang di restoren ni adalah mee tradisi buatan tangan. Rasanya sangat sedap dan lain daripada mee kuning biasa yang kita beli di kedai. Bak kata Abi, makan mee gitu aje pun dah sedap!!


 
 Antara menu-menu pilihan yang boleh dicuba.

 
 Teh herba, Teh Ba Bao yang sangat menyegarkan. Jangan lupa cuba teh ni bila ke resetoren ni. Serius sedap!!

 Inilah Abang Ipar & ana punya biras yang bermurah hati belanja kitorang hari tu..Alhamdulillah..moga bertambah murah rezeki kalian..amin..

 Budak penggemar mee..percaya tak, budak kecik ni boleh habiskan semangkuk mee ni in one shot??  Adult  portion tu!! 
 Kepada yang berminat, nak try mee tarik yang asli ni, boleh la pergi ke sini

v
v
v
v


Address: 51, Jalan Tasik Utama 3, 57100 Kuala Lumpur, KUALA LUMPUR

shawqunnur.blogspot.com ®

Floria Putrajaya 2015

Bulan Jun lepas, Mak Abah datang KL ziarah anak-anak. Kebetulan time tu ada Floria kat Putrajaya. Dah bertahun kot tak jejak kaki ke Floria ni..so, amik peluang yang ada, di tengahari yang panas terik tu, kami berlima memulakan eksplorasi ki Floria Putrajaya..

Takmo celoteh panjang-panjang. Biar ajelah gambar berbicara. 









Gambar-gambar yang kat atas ni hanya sebahagian.. 
Memandangkan hari dah petang sangat dan kami belum lagi bersolat asar, ditambah pulak terpaksa mendukung Haziq yang dah lena, maka tak banyak lah tempat yang sempat kami ziarah..

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, September 22, 2015

Review hotel~Bukit Merah Lake Town Resort

Macam biasa, cerita lama baru nak update..huhuhu
Tarikh kejadian : 18-20 Mac 2015
Ad hoc family vacation katanya sebab ikut Abi pegi meeting..ngeeeee
Kami bermalam di bilik jenis Standard. Normal rate RM300/day siap dengan breakfast. Tapi since kami pergi berkumpulan..ramai..rasanya harga tu dapat lagi murah kot. Siap dapat pakej main air kat Water Theme Park lagi!!

 
(Gambar: credit to agoda)
Haa...ginilah bilik jenis Standard.. Ada 1 katil queen size & 1 katil single tapi ada extra drawer bed. So, utk family yang ada anak 3-4 orang tu pun masih selesa utk stay kat sini.

Kami bertiga je..so, bilik ni sangat luas utk kami.

Ada dining table..boleh la nak duduk relax2 sambil minum kopi..

 Bilik ni tak sediakan lemari baju, so gunakan lah perabot yang ada mengikut kreativiti anda ye..
Wall detached box tu hanya utk barang-barang peribadi & baju bajan Haziq je..

 TV pon jenis oldies je..tapi ok sebab gambar clear. Tak ye pun, datang bercuti bukan nak tengok TV je...kalo tak, baik duduk kat rumah kan???

 Haa...ni ala2 open wardrobe..kat bahagian atas ada letak 1 rod utk ampai towel & baju bajan. Kat bawah ada 1 pangkin & laundry basket utk simpan baju kotor.

 Next to open wardobe, ada mini pantry, share dengan sink sebab dalam bilik air dah takde sink ni.


 Bilik air comel je..takde bath tub bagai. Ko nak berenang bagai sila pegi ke water theme park..muahahahahha..


 Bilik air, mini pantry & open wardrobe ni disembunyikan dengan langsir yang labuh ni..menarik gak kan??

 Anak bujang Mami yang so excited setiap kali cakap nak pegi hotel..seronok sangat gayanye!! Untunglah...bebudak sekarang ni, kecik2 lagi dah merasa tido hotel..Makpak dia dulu2 masa kecik haram tak tau pekebendanya 'hotel' tu..huhuhu..

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, September 18, 2015

Air Tangan Mami#56

Untuk raya puasa tahun ni Mami bersemangat buat homemade cookies sebab ada orang yang sangat teruja dok suruh Mami buat cookies setiapkali tengok program masakan kat TV..
Nak tau siapakah dia???

Hahahhaha...tentunya my cutie pie Muhammad Nidhal Haziq!!

(gambar dia tengah 'menolong' Mami buat cookies nan hado..huhuhu..)
 
Ada 3 jenis cookies yang Mami buat dan salah satunya yang paling menjadi kegilaan ramai ialah BANGKIT CHEESE. sebab sangat sedap kan...hihihihihi

Ok, jom belajar cara-cara nak membuat biskut yang sedap ni. But before that, Mami nak bagitau yang resepi biskut ni Mami dapat hasil daripada blogwalking kat sini.

Jom kite...

 Bangkit Cheese

Bahan-bahan:-
250gm Mentega (Mami guna Buttercup)
180gm Gula Aising/Gula Halus (Mami kisar aje gula biasa tu)
2 biji Kuning Telur (Mami guna telur Gred A)
*250gm Tepung Ubi
*225gm Tepung Jagung
*½ sudu teh baking powder
*70gm parutan keju Cheddar Kraft

Hiasan:-
2 biji kuning telur
1 mangkuk parutan keju Cheddar Kraft
 
 Cara penyediaan:-
  1. Sangai atau goreng tanpa minyak tepung ubi selama 10 minit (kacau sentiasa untuk mengelakkan daripada hangus dan api mestilah perlahan). Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk adunan, pukul gula dan mentega hingga sebati (jangan terlalu lama sebab biskut akan jadi terlalu kembang). 
  3. Masukkan kuning telur, pukul lagi sehingga semuanya sebati.
  4. Masukkan bahan yang bertanda *, gaul serata. Doh yang dihasilkan mestilah bertekstur lembut dan mudah dibentuk.
  5. Keluarkan daripada mangkuk adunan, canai doh setebal 1cm (jangan terlalu tebal atau terlalu nipis), terap dengan bentuk yang digemari (untuk mendapat bentuk biskut yang kemas dan cantik, celupkan dahulu acuannya ke dalam tepung gandum sebelum menerap di atas doh)
  6. Sapukan kuning telur di atas permukaan biskut dan tabur dengan parutan cheese. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15-20 minit.
Selamat mencuba!! 


shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, September 8, 2015

Throwback ~ Ke Langkawi kite...

Bismillahirrahmanirrahim..
Dah lama pendam entry ni..huhuhu.. 'Kejadian' berlaku pada 24-27 Januari lalu..
Tak payah celoteh panjang..jom layan gambar je..
v
v
v

 Flight kami jam 6ptg..tapi seawal jam 3 dah sampai di KLIA2..giler eksaited memasing!! 1st time kot nak naik flight..dah la baru je kejadian MH17 terhempas..nervous tak hengat..huhuhu..
Terima kasih le Amin & Ida yang tolong ngantor kami semua.. 

 Budak ni laaagi super excited nak naik "tapan tebang"..Selama ni dok hantar orang je gi airport..

Khusyuk giler Mami 'setting-menyetting'..organizer le katakan..kuikuikui
Sambil menunggu nak check in..moh le makan 'sekerim' dulu..
 
 Beso KLIA2 ni ye..? jenuh berjalan..

 Tuuu dia..Haziq sampai speechless tengok 'tapan tebang' yang banyak tu..


Wefie!!! Takde monopod pun ok je..asalkan tukang snap pic tu yang paling tinggi..hihihi
Wajah-wajah orang yang dah tak sesabo nak bercuti..yahoooo!!

Gambo-gambo dalam flight tak banyak dalam simpanan Mami..Ini lah satu-satu nye..haish..
Tapi apa-apa pun, perjalanan kami semua Alhamdulillah lancar dan takde delay. Kami safely landed di bumi Langkawi lebih kurang jam 9 malam..
 Kami sewa Toyota Avanza..selesa untuk kami ber7..
Disebabkan sampai pun dah malam & masing2 keletihan, kami just rehat-rehat je..
Before that, makan malam kami ditaja oleh tuan rumah a.k.a BFF Mami di UIA dulu..Puan Siti Nuraini..TQ Ain..

Support bisnes kawan-kawan.. sewa guest room Ain di Jalan Batu Belah Batu Bertangkup, Kedawang.
Ambik 2 bilik..Selesa biliknya..murah & bajet.

Destinasi pertama..Kami ke KILIM Geopark. Kena naik bot..


Penjelajahan bermula..
Suka tengok gambar ni..semua senyum

 Lalu kat tempat helang singgah @ Eagle Feeding Tapi sayangnya time kami pergi takde pulak burung helangnya.

 Meneruskan perjalanan ke Sangkar Ikan. Ni atas recommendation Abang Ju..katanya best kat sini.

 Mmmm...betul la..memang best pun..Macam-macam ikan ada kat sini..ada ikan pari, ikan nyok-nyok, ikan sumpit, ikan kerapu..
Ohh..abaikan mukaku yang ter'over' khusyuk tu ye..bukan apa..best sangat dengar brother tu dok explain tentang ikan-ikan..

 Penat tengok ikan, masuk gua pulak..
Gua Kelam...dapat la tengok kelawar sedang tidur...eiiiii..geli kot!! Tengok kelawar bertepek-tepek kat dinding gua!!

Next stop..Bird Paradise

 Nama je bird paradise..tapi dah macam mini zoo pun ye.. ada ikan, arnab..
Tengok tu..Haziq & Danish bukan main excited bila tengok ikan.. 

 Haaaa..ni la burung kenari..jinak-jinak belaka..

 Amboi...mentang-mentang belajar zoologi, kemain lagi ye, hang Adik...
Tak geli ke??

 Luas jugak kawasan Bird Paradise ni..

 Bergambo sakan kite..

Lepas ke Bird Park, kami ke Galeri Perdana @ Galeri Tun Dr. Mahathir
Tapi gambar-gambar kat situ takde pulak dalam simpanan Mami..

Memenuhi jemputan makan malam di restoren Arab.

Inilah orangnya yang sungguh baik hati belanja kami sefamili..Cik Ma & isterinya..Cik Wan. Diorang ni orang kampung kami jugak tapi sekarang bermastautin di Langkawi.

 Perut dah kenyang..Cik Ma bawak kami jalan-jalan..
Perjalanannya agak pelik sebab banyak melalui jalan short cut. Ingatkan dia nak bawak kami semua jalan-jalan kat Dataran Lang. Rupa-rupanya dia bawak kami ke pelabuhan..Katanya, di sinilah tempat dia memancing menghabiskan masa lapang.

 
Geram tengok udang lipan dok bermain kat permukaan air..

 Sedap duduk kat sini..angin kuat..rasa nak lena je..
 Dah kembung makan angin laut, apa lagi..balik tidur la... 

Warung paling legend di Kedawang. Ada bermacam-macam jenis kuih-muih dan makanan sarapan pagi yang dijual dengan harga yang sangat murah. Lokasinya di sebelah Petronas Kedawang.

 Hari-hari juadah sarapan pagi kami beli kat sini..berbaloi-baloi kata Kim..

 Rambang mata memilih makanan..
Kuih 4 ketul RM1, nasik lemak, nasik kerabu, mihun goreng etc..1 bungkus RM1..giler tak rambang mata!!

Tak percaya??? tengok price list ni..
Macam tak percaya di zaman barang semua naik harga, pakcik ni boleh meniaga dengan harga yang murah giler...

 Destinasi hari ke-3.. Cable Car. Sementara menanti turn Abi beli tiket, bergambar dulu la...
Masa ni Haziq tengah obsess dengan  Dinosour..makanya bila terjumpa gambar dinosour yang besar ni..punyalah teruja..

 Hahahha...siap berlawan dengan dinosour tu..

 Tiket dah beli..jom naik Cable Car..sumpah..gayat giler oii..
Kali pertama dan terakhir kot naik cable car ni...huhuhuhu..seriau!!

 Tak silapnya ada 3 kali hentian Cable Car ni..
Tak ingat dah ni hentian yang ke berapa.. Tapi memang tinggi beribu kaki di atas gunung...aduhhhh!! sepanjang duduk di sini darah tak henti-henti berderau!!!

Bergambo lagi..tengah panas terik pun tak terasa sebab di puncak gunung ni angin kuat sangat..

 Next...Laman Padi

 Kat galeri Laman Padi ni semuanya cerita pasal padi lah..ada pameran alat-alat tradisional penanaman padi, proses menuai sehingga proses menjadi beras.
Gambar-gambarnya yang lebih detail takde dalam simpanan Mami..
Tapi yang paling menarik, kat galeri ni, padi-pagi ditanam di atas bangunan..siap ada petak sawah tu...

Dah letih jalan-jalan tengok pokok padi, kami disajikan dengan teh o..jadilah...buah basah tekak..

Lepas jalan-jalan tengok padi, apa lagi shopping time..cekelat, beg2, pinggan mangkuk...
(tapi Mami beli beg & cekelat je..pinggan magkuk periuk belanga dah berlambak kat rumah..)
Gambar nan hado ye... Mak jemah dapat shopping lupa dunia...wakakkakaka...

 Langkawi - gamat..memang sinonim..Kalau tak datang sini memang tak sah le kan..

 Tempat minyak gamat dibuat

 Beli la sikit..buat buah tangan untuk kawan-kawan, sedara mara..

Haziq pun tolong pilih ubat gamat untuk ultramannye yang dah patah kaki sebelah..kakakkaka..

 Sebelum fly balik, pekena laksa dulu..
ni pun atas reccomendation Abang Ju..

 Laksa ikan sekoq baq hanggg!!

 Makan laksa hirup pulak ayaq nyoq muda di tepi pantai sambil dihembus bayu laut..ditambah pulak dengan deruan kapal terbang yang mendarat dan berlepas...perghhhh!!

Ini buktinya...tahap kekhusyukkan Mak makan laksa...dah tak pandang kiri kanan dah...hihihih..

Flight kami dengan selamatnya mendarat di KLIA2 pada jam 6ptg..Alhamdulillah..

Sekian..

shawqunnur.blogspot.com ®