Wednesday, March 13, 2013

Air tangan Mami#10



Cheezy Mix Vege Spread
(10months ++)

Ingredient:
1/2 - 1cup Mix Vege
1tbs chopped red capsicum (for more colour) 
1 slice less natrium/sodium cheese
1tbs unsalted butter
1 clove garlic
water

Preparation:
  1. Saute the garlic with the unsalted butter.
  2. Add the vegetables and some water, simmer until the peas become tender.
  3. Remove the pan from heat, sprinkle with cheese, mix together and ready to serve with bread/toast.
shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, March 11, 2013

Kali pertama

Rentetan daripada peristiwa minggu lepas, hari ni buat pertama kalinya Mami membonceng Abi naik motor datang ke opis sebab Vios Mami dah 'admitted' kat 'pusat rawatan' Sabtu lepas.huhuhuhuh.. Patah kaki Mami minggu ni. Harap2nya tak lama la..

Tapi best jugak rupanya naik motor ni. Cuma yang tak tahan tu kalo Abi terlanggar lopak atau terpaksa lalu kat jalan yang agak tak rata, Mami macam terhentak2 la pulak...hihihhii.. Mami dok terbayangkan kalo Mami mengandung atau baru aje habis pantang terpaksa naik motor pergi kerja..hohohoho..mesti rase ngilu2 kan??? takmo bayangkan lah...ngeri!!!

Ape2 pun Mami dah selamat sampai opis awal dan berjaya punch card sebelum pukul 9..Alhamdulillah. Mudah2an perjalanan balik rumah petang ni akan lancar & tak hujan..amin..


Honda Future je..(kalo Mami tersilap tolong betulkan ye Abi..hhihihi)
Gambo ehsan pakcik google

shawqunnur.blogspot.com ®

Air tangan Mami#9


Sauteed gourd with soft tofu
(7 months ++)
Ingredient:
1/2 - 1 cup diced Gourd
1/2 soft tofu
1/2 tbs onion (I prefer Holand onion)
1-2 clove garlic
3-4 tbs Anchovies (soak for 10-15mins, rinse and pounded)
water
2-3 tbs cooking oil

Preparation:
  1. Heat a frying pan with cooking oil. Saute garlic and onion in the frying pan until they change color or until the fragrance comes out.
  2. Add water, anchovies and gourd. Cook until the gourd become tender.
  3. Add tofu and let it simmer for 2 to 3 minutes. Ready to be served.
shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, March 7, 2013

Tragedi 6 Mac-Part II

Seperti yang dijanjikan, petang semalam Mami & Abi ber'blind date' dengan Akak & Suaminya. Mami punchcard out awal 1 jam sebab Abi dah berjanji untuk berjumpa dengan diorang pada pukul 5 ptg.

Jadi tepat pada waktunya, kami pun berjumpa di area Masjid Negeri. Suami Akak tu nampak ok je..(ye la..yang salahnye kan wife dia, bukan Mami). Lepas dok belek2 kecacatan Vios Mami, Abi bagi Suami Akak tu 2 pilihan:-
1) Abi akan hantar kereta ke mana2 pomen & diorang akan setel sendiri berapa saja kosnya.
2) Sama-sama pergi buat report polis & insurans akan cover kos untuk baiki kerosakan.

Suami Akak tu prefer untuk selesaikan sendiri sahaja dan Mami sangat bersyukur kerana option yang pertama tu pada pendapat Mami satu jalan yang paling mudah & cepat.

Petang itu juga Abi bawak kami semua ke bengkel kawannya untuk di'estimate' berapa kos untuk memperbaiki kerosakan Vios Mami. Insya Allah..lusa (Sabtu) Vios Mami akan 'admitted ward' dan untuk beberapa hari selepas itu, Mami & Abi terpaksa merempit untuk pergi kerja. Sekian

NotaKaki: Malang itu tidak berbau. Bilamana kita selalu berhati-hati, tetapi ada pulak orang lain yang kurang waspada, akhirnya berlakulah seperti yang terjadi pada Mami..Alhamdulillah, mujur Mami tak apa2 & mujur jugak Mami tak termelatah sewaktu kejadian tu. Kalau tak...huish..tak mau cakap la....

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, March 6, 2013

Tragedi 6 Mac

Pagi tadi macam biasa Mami akan drive sendiri ke opis. Selepas aje keluar dari TOL  T_ _ _ _ M_ _ _ _ _ menghala ke Federal Highway, perjalanan mula la slow. Mami mengensot sikit2 sambil dok layan Qasidah Ya Hanana dendangan pak Habib Syech. Dalam dok sedap2 berselawat, tiba2 Mami rasa tertolak ke depan & Mami dengar bunyi dentuman yang kuat. Alamak...Mami dilanggar dari arah belakang!!!! Apeke halnya pulak orang sondol aku tengah2 jalan jammed ni?? Ya Allah!! musibah apa pulak ni??? Dalam hati Mami dok mula bertanya2 apa dosa yang Mami dah buat hari ni sampai Allah 'bagi cash' kat Mami ni?? Allahu Akbar..inna lillahi wa inna ilaihi raji'un....
Mami tengok kat cermin pandang belakang, nampak orang yang langgar Mami dok tepuk2 dahi, dok geleng2 kepala. Adoi..teruk sangat ke bumper Vios Mami ni. Tak sabarnya Mami nak park tepi jalan nak tengok tahap kecederaaan Viosku..huhuhuuhhu...
Akhirnya selepas beberapa minit, Mami & 'Kakak' tu dapat port yang sesuai untuk park sekejap. Belum sempat Mami keluar kereta, Kakak tu dah datang siap mintak maaf sambil cakap "kereta you tak teruk, calar je. Kereta I yang teruk. Tengok ni ha..(sambil tunjuk bumper depan kereta dia yang dah terjongket)". Mami speechless & masih lagi dalam keadaan terkejut. Mami hanya ingat nak ambik no. telefon Kakak tu je. Plat No. kereta dia pun Mami lupa nak ambik. Mami cuma boleh ingat kereta dia jenis Proton Saga kaler silver.. Lepas ambik contact no. Akak tu, Mami pun terus dalam keadaan yang masih lagi terkejut & menggigil2 terus continue drive ke opis..
Sepanjang perjalanan, kepala Mami tak abis2 dok pikir apa yang patut Mami buat. Mami nak telefon Abi, tapi henfon Mami dah battery off. Mami rasa nak nangis, tapi tak boleh nak nangis (air mata takmo keluar..huhuhuhu..) Pelan2 Mami selawat, istighfar banyak2. Mami cakap sorang2, "tiap2 yang terjadi, pasti ada hikmahnya" Insya Allah..
Now, Mami nak bersiap2 kemas barang sebab sekejap lagi Mami & Abi nak pegi jumpa Akak & her Husband untuk bincang hal ini sebab Akak tu cakap Vios Mami tak rosak teruk, sedangkan masa Abi datang tengok tadi, rupa2nya Vios Mami memang teruk. Boot belakang tak boleh tutup rapat, lampu renggang..nanti Mami update lagi outcome perbincangan petang ni.



shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, March 5, 2013

Counter attack

Kesinambungan daripada entry lepas, tentang Haziq demam pulak, rupa2nya 'kuman' demam Haziq buat 'counter attack'!! Hari Jumaat malam bergelak ketawa main dengan meriah kat rumah Atok Yusman, esok paginya Haziq jadi 'lemau'. Alahai..demam lagi sikecik Mami ni.. Mami plan taknak bagi Haziq ubat macam sebelum ni. Tapi akhirnya Mami terpaksa jugak mengalah bagi Haziq ubat bila suhu badan Haziq keep increasing from time to time sampai mencecah 39˚C++

Kesian anak Mami..makan taknak, susu pon taknak. Mami tutup badan Haziq dengan bantal sebab Mami tak tahan tengok badan Haziq yang semakin kurang isi tu, tersembul2 nampak tulang..sedih sangat. Macam2 Mami masak untuk Haziq tiap2 hari. Nenek pon cakap Haziq makan berselera je. Tapi mana perginya lemak2 & isi??? Mami sangta sedih & sangat stress bila orang dok komplen Haziq kurus!!
Lalok lepas makan ubat batuk selsema. Mami suap bubur nasik, Haziq nak makan, tapi dalam keadaan mata tertutup. Agaknya lapar sangat, tapi dalam masa yang sama tak boleh nak bukak mata..Mami takkan bagi lagi Haziq ubat tu..
Hati ibu mana yang tak sedih tengok keadaan anak macam ni?? Jelas nampak tulang rangkanya tersembul. Sian Haziq..baru aje nampak badan naik berisi, demam 3 hari, ketara sangat susutnye badan Haziq.
Konon2nya nak umpan Haziq mamam sambil main air, tapi tak jadi nampak gayanya. Takmo makan, seronok main bubble je.
Sampai sejuk menggigil2 baru stop..hehheheheh..Ape2 aje la anak..asalkan kamu sihat!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, March 1, 2013

Tazkirah petang Jumaat..

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun... kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.


shawqunnur.blogspot.com ®