Tuesday, February 26, 2013

Demam pulak..

Dah lama Haziq tak demam. Last demam if not mistaken masa usia Haziq 8 bulan. Masa tu siap naik measles lagi. Demam paling teruk on off sampai 3 minggu & berat drop sangat sampai 1kg++. Opah terpaksa datang dari kampung, tolong jaga Haziq while Mami kerja.. Ahamdulillah lepas tu Haziq terus sihat sokmo!. Even nak tumbuh gigi & nak pandai jalan pun Haziq tak demam..

Tapi semalam Haziq demam buat kesekian kalinya. Tengah malam (dalam pukul 3 pagi) Haziq tiba-tiba merengek. Hidung macam tersumbat, badan rasa sedikit panas. Tapi disebabkan Mami agak mengantuk, Mami tak bangun buat apa-apa pun, hanya selak baju macam biasa & df Haziq sambil baring je..huhuhuhuh..tak senonoh punya Mami..

Haziq tak lena tidur. Setiap jam terjaga. Last-last, Mami bangun amik termometer nak cek suhu Haziq. Punya la payah nak letak termo tu klat bawah ketiak Haziq. Asyik dok menepis je..huhhuhu..Pulak tu termo pon macam dah ala-ala bateri kong. At last dapat gak amik temperature reading..38.3˚C.. emm..panas!! Terus mintak Abi ambilkan coolfever & tepek kat dahi Haziq. Siangnya Mami decided untuk EL aje sebab macam kesian la pulak nak hantar Haziq kat rumah Nenek dalam keadaan demam camtu. Takpelah..apa saja untuk kesayangan Mami, Mami sanggup berkorban..

Memang tepat keputusan Mami untuk ambil EL.Rupa-rupanya sepanjang hari Haziq merengek je.. Air mata merambu-rambu dok menangis sama lebat dengan hingus keluar. Nak berkepit dengan Mami je. Makan taknak, susu dalam botol  taknak, lembik je..melepek..huhuhu..sian anak Mami. Bayangkan kalo Mami tinggalkan jugak Haziq dengan Nenek.. Mau Haziq dibiarkan je nangis-nangis. Oh..Mami taknak bayangkan..

Alhamdulillah..dah nak malam, Haziq beransur kebah. Dah mula nak makan (walaupun berpujuk-pujuk), minum susu & mula nak main. Demam kali ni Mami berjaya elakkan Haziq daripada any drug (ubat demam). Hanya kerap mandikan sahaja. Luckily Haziq jenis yang ok je walaupun selalu kena mandi. Kesian memang kesian..sampai menggigil-gigil Haziq kesejukan. Tapi untuk kebaikan, Mami terpaksa keraskan sikit hati.

Jom layan pic orang demam ni..hehheh...


Macam terpaksa bergambar je..hihihiih..sori ye Haziq..nak buat camne..Mami awak ni memang suke snap gambo awak.

Demam kali ni mulut Haziq 'bising' betul..ntah ape yang dirungut pun Mami x paham. Tapi mungkin jugak sebab hidungnya tersumbat kot, tak selesa..

Nak nangis tapi tak jadi. Monyok je manja Mami ni..


shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.