Friday, February 15, 2013

Aurat Wanita

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.(30)
         

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(31)
Dua ayat di atas secara jelas memerintahkan setiap orang lelaki dan perempuan untuk menundukkan pandangan dan menjaga maruah kehormatan masing-masing. Oleh itu, setiap perempuan muslimah WAJIB berhijab dengan sempurna yakni menutup kepalanya (rambut) dengan tudung termasuk menutup belahan dadanya dan juga lehernya tanpa sedikitpun mendedahkan tempat-tempat yang membawa fitnah ini kepada mata-mata lelaki ajnabi. Perintah ini termasuklah larangan keras kepada wanita Muslimah untuk membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, seperti anting-anting, perhiasan rambut, rantai, perhiasan dada (belahan dadanya) dan gelang kaki.

AURAT-AURAT KETIKA BERSENDIRIAN
Menurut pandangan Imam Maliki dan Imam Shafie, tidak haram mendedahkan aurat ketika kita sedang bersendirian tetapi makhruh jika dengan sengaja membuka aurat. Dalam keadaan darurat (cth: mandi, membuang air) diharuskan kepada kita untuk membuka aurat.

AURAT SESAMA SENDIRI
Nabi Muhammad S.A.W telahpun bersabda yang maksudnya:
"Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lainnya, demikian jugalah wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lainnya juga. Tidak boleh 2 orang lelaki tidur di dalam 1 selimut, demikian jugalah bagi wanita dilarang berbuat yang demikiannya".

BATAS-BATAS AURAT WANITA
Hukum Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram (haram dikahwini) kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami (anak tiri) Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak tiri kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara daripada saudara lelaki (abang/adik lelaki)
8. Anak saudara dari saudara perempuan (kakak/adik perempuan)
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh,wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka

Ilustrasi ihsan pakcik google


shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.