Menengok wall post kat facebook, ramai betul kawan2 dan kenalan Mami yang tengah preggy & baru dapat baby..wahhhhh..musim2 produktif nampaknye masing2. Ade yang baru 1st time, ada yang dah masuk yang ke2 & ke3..rezki diorang..
Frankly speaking Mami sememangnya sangat teringin & teruja nak preggy balik & mengharungi tempoh berbaby tu. Tapi..... Haziq baru aje 1thn. lagi pun Mami bersalinkan Haziq dulu kan thru c-section. Mami takut la nak ambik risiko beranak rapat2. Takut macam2..tp yg paling Mami takut, uterine rupture (rahim pecah) boleh bawak maut tu!!!! wanauzubillah...
Ok la..takmo la citer hal2 yang mengerikan tu. Jom layan album kenangan Mami over a year ago..hihihhii..
Within 24hrs selepas dilahirkan..huhuhuhu..luluh hati Mami tengok anak yang dikandung 9 bulan lahir aje dah kene cucuk sana sini. Ini la azab yang terpaksa Haziq tempuhi seawal usianya..hypoglisemia..Tangan yang lebam tu kesan kena drip. Tangan kanan yang berbungkus tu tengah on drip..Haziq kena amik masuk 'air gula' dalam badan untuk stabilkan paras glukosa dalam darah yang sangat la rendah ketika itu. Kat tumit pon kena cucuk gak. Amik darah setiap 3 jam utk monitor tahap glukosa & tahap bilirubin dalam darah sebab ada kuning sikit.
Minum susu pakai cup. Sian Haziq..kena paksa minum susu banyak2 sebab nak bagi paras gulanya stabil. Mami ingat lagi ceramah lactation kaunseling kat PPUM yang Mami pegi sebelum Mami bersalin dulu, kaunselor tu cakap, "perut baby yang baru lahir kecik je..hanya sebesar biji guli. Sebab tu la baby yang baru lahir hanya perlu minum susu sikit je. Ibu2 yang baru bersalin susu takkan terus banyak sebab supply susu akan follow demand baby."
Tapi hakikatnya Haziq yang baru aje lahir dah kena paksa minum 30ml susu per feeding every 3 hours..Ya Allah!!!! kesian anak Mami. Dah la minum pon susu fm je time tu. Mami sebak sangat tau sebab niat Mami nak exclusively breasfeed for the 1st 6 months terkubur camtu je.completely shattered!! Sian Haziq...
Mami tau Haziq kesejukan masa kat dalam icu paed tu. Aircond kuat, tapi Haziq tak boleh pakai baju. Haziq kena buat phototeraphy & terpaksa duduk bawah lampu 24hrs sebab ada sikit kuning. Walaupun lampu tu boleh memanaskan Haziq, tapi Mami nampak Haziq menggigil2 je..Alahai siannye baby Mami.. Masa doctor datang round Mami mintak izin doctor nak pakaikan Haziq mitten & booties. Mula2 doctor tu macam x nak bagi sebab katanya cahaya lampu biru tu mesti kena badan baby secara menyeluruh, tapi Mami cakap Haziq sejuk sampai menggigil.Mami tak sampai hati.sian sangat!! Then doctor tu pon izinkan. Alhamdulillah..
Hari ke-4 lampu dah off (tapi drip masih on lagi). Mami happy sangat. Terus Mami bukak 'spec mata' Haziq, pakaikan Haziq baju, topi & bedung Haziq tebal2..hihihi
Lena je Haziq tidur. Muka sebijik cam gurgurl kan? Ramai org cakap camtu..Ramai gak yang tak percaya bila Mami cakap baby Mami boy, bukan girl.. & ramai gak yang cakap muka Haziq mirip Mami..hihihi..Bangga sangat tau..(Abi sila jeles ye..) yelah..petua orang2 tua, kalo anak boboy muka macam mak, orangnya bila besar mudah2an jadi sejuk mata memandang, tak kuat baran, baik aje..mudah2an..amin.
Hari ke-5 drip dah off. Tahap glukosa Haziq dah stabil & Haziq dah boleh discharge. Alhamdulillah..syukurrrrr..Sementara tunggu Abi datang ngan Opah nak bawak kitorang balik rumah, Mami makeup2 Haziq dulu..bagi comey..Sebelum dibenarkan balik, doctor yang round pon puji Haziq comey..topi Haziq cute!! wa....berbunga2 hati Mami..
Kakyong datang ziarah Haziq. Kakyong bambam, Haziq nampak kecik sangat. Ketara betul!! Now Haziq menten berbadan kecik, tapi lebih tinggi daripada Kakyong.
Hari ke-7 sebelum menggondolkan kepala Haziq, Mami mintak Abi snap gambar dulu untuk kenangan. Rambut Haziq super lebat, hitam & sangat lembut. Mami suke sangat usap2 kepala Haziq. Rasa macam bulu kucing.. gebu je..hihihi
Aii..Haziq..dok mimpi ape la tu gamaknya..berkerut kening..
Sesi membotakkan kepala bermula. Opah pegang Haziq, Atok kerjakan kepala Haziq. Lena je budak kecik ni..langsung x de nangis2 pon. Senang kerja Atok.
Hari ke25 bersamaan dgn anniversary Mami & Abi ke3..1st time Mami dapat snap gamba Haziq smiling. Ini la hadiah anniversary Mami & Abi yang sangat berharga. Moga Allah permudahkan kami untuk jadi Mami & Abi yang terbaik untuk zuriat kami..amin..
|
|
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.