Friday, February 1, 2013

Air tangan Mami#1

Mami sangat excited nak berkongsi menu2 sehat lagi berkhasiat air tangan Mami sendiri untuk anakanda kesayangan Mami. Moga sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan & idea kpd ibu2 diluar sana (kalo ade yg nak follow la..hihihihi) utk memikat selera anak2 masing2. Jom layan!!

Beef pattie with vege creamy soup (utk 8bulan ++ @ dah ada gigi)
[credit to Mami's buddy Liz Egert for the idea]

Bahan2 (Pattie):
Daging kisar 1/2 cawan
Bawang holand cincang/dadu 1 sudu besar
Secubit serbuk lada hitam
1 sudu besar tepung jagung
2-3 sudu besar minyak masak (mami guna sunflower oil)

Cara-cara:
Gaul semua bahan kecuali minyak. Kepal2kan campuran daging menjadi bebola, goreng (pan fry) dengan api yang perlahan sehingga masak.

Bahan2 (Creamy soup):
Bawang holand cincang 1 sudu makan
carrot 1 inci
seleri 1 inci
batang leek 1 inci
brokoli 1 kuntum
stok daging 1 mangkuk
grated cheese 2 sudu besar

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dalam periuk (kecuali cheese), rebus sehingga sayuran empuk. Masukkan cheese, tutup api. Sejukkan sekejap & kisar halus.

Cadangan hidangan bersama roti bakar.


Baby meehoon goreng Singapore 

 Bahan-bahan:
Mihun yang direndam air panas 1/2 cawan
Bawang besar cincang 1 sudu teh
Bawang putih cincang 1 ulas
Sayur campur 2 sudu besar
telur ayam 1 biji (gred kecil)
secubit serbuk lada sulah
minyak untuk menumis

Cara-cara:
Panaskan minyak, tumis bawang besar & bawang putih sampai wangi. Masukkan sayur campur dan sedikit air untuk memudahkan sayur empuk. Masukkan telur. Kacau sehingga telur masak. Masukkan mihun dan serbuk lada hitam. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan.


Nasi goreng simple
 Bahan2:
Nasi 1/2 cawan
Isi Ayam
Mix vege
Bawang Holand cincang 1/2 sudu besar
Bawang putih 1 ulas (cincang)
Unsalted butter (untuk menumis)
Air

Cara-cara:
Tumis kedua2 jenis bawang dengan unsalted butter hingga wangi, masukkan isi ayam, mix vege & sedikit air (fungsinya untuk melembutkan mix vege, especially peas yg biasanya agak keras kalo tidak dimasak betul2).
Apabila sayur sudah empuk, masukkan nasi. Gaul rata & siap untuk dihidangkan. 


Toast potatoes
Bahan2:
Kentang 1 biji (kecil)
Isi ayam 2 sudu besar
Stok ayam 1 mangkuk kecil
Batang Leek 2 inci
Bawang Holand cincang 1 sudu besar
Secubit serbuk lada hitam
2 sudu besar grated cheese

Cara-cara:
Masukkan semua bahan (kecuali lada hitam & cheese) kedalam periuk, renihkan sehingga kentang empuk. Masukkan serbuk lada hitam dan cheese. Kacau seketika & tutup api. Kisar halus & sedia untuk dihidang bersama toast.

*** Sebaiknya gunakan roti benggali @ roti yang dibuat sendiri. Tapi jika takde roti2 sebegini boleh guna roti Gardenia Breakthru 1-2 kpg sahaja.
sebelum bakar roti boleh disapu dgn garlic spread (unsalted) atau dibakar begitu shj.

shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.