Friday, February 22, 2013

Air Tangan Mami#6

Seriously sebelum jadi Mami, tak pernah terpikir nak goreng suhun macam goreng bihun atau mee. Tapi sejak-sejak dah jadi ibu yang hari-hari prepare homemade food untuk anak, Mami kena bijak bermain dengan resepi & kreatif untuk memancing selera anak.

Sesetengah orang mungkin akan bercakap, "dah hantar anak ke babysitter, tak perlu lah susah-susah nak masak bekal bagai. Babysitter kan dah dibayar, so dia la kena prepare semua tu".

Bagi Mami, Mami punya alasan yang tersendiri kenapa Mami sanggup bersusah payah bangun awal pagi masakkan bekal untuk putera Mami. Semestinya Mami buat semua ini kerana atas rasa cinta & sayang yang sangat mendalam terhadap zuriat Mami. Mami nak yang terbaik buat anak Mami. Mami nak bonding antara Mami & anak terus erat walaupun hakikatnya Haziq bukan 24jam berada di depan mata Mami. Mami masak dengan penuh rasa tanggungjawab & kasih sayang. Aura itu akan mengalir dalam makanan yang kemudiannya Haziq makan di rumah 'Nenek'. Walaupun Mami tiada ketika itu, tapi kasih sayang Mami 'ada' dalam bekalan makanan Haziq. Kesannya, Haziq akan sentiasa ingat & sayang terhadap Mami. Lebih penting Haziq akan jadi anak yang taat & tidak derhaka kepada Mami & Abi apabila sudah besar nanti..mudah-mudahan, insya Allah. 

Alasan yang kedua kenapa Mami buatkan homemade food untuk Haziq adalah kerana Mami nak jaga kesihatan Haziq. Sebelum usia Haziq 2 tahun, makanan Haziq mestilah TANPA GARAM, GULA & PERASA TAMBAHAN. Haziq masih kecil lagi. Sistem penghadaman badan Haziq masih belum matang untuk memproses bahan-bahan yang 'berat' yang orang dewasa makan/minum. Mami tak begitu yakin seorang babysitter yang menjaga ramai anak-anak kecil sanggup untuk masak sepertimana yang Mami nak. After all, Mami pulak akan dianggap cerewet. Taknak jadi macam tu, lebih baik Mami yang prepare sendiri. Mami memudahkan kerja nenek, nenek akan senang hati nak jaga Haziq. Kan elok!!

Ok lah..panjang pulak mukadimahnya. Nak bercerita tentang resepi je, tapi dah jadi journal pulak..kihkihkihkih.. Time to share my recipe..

Suhun Goreng (10 bulan ++)
Bahan-bahan:
1/2 cawan Suhun (celur)
1 biji telur ayam (jika belum pass lagi ujian telur, boleh ganti dgn ikan bilis yang ditumbuk)
2 inci lobak merah (racik halus) / 2-3 sudu besar mix vege
1-2 sudu besar Daun bawang (cincang)
Minyak masak untuk menumis
1/2 sudu besar Bawang besar (cincang)
1 ulas Bawang putih (cincang)
sedikit serbuk lada hitam (2-3 renjis je tau)
sedikit air

Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar & bawang putih hingga kekuningan. masukkan lobak merah & air. Goreng sehingga lobak merah empuk.
  2. Pecahkan telur, gaul rata dan goreng sehingga telur betul-betul masak.
  3. Masukkan suhun, daun bawang dan serbuk lada hitam. Gaul rata hingga semua sebati selama 2-3 minit dan siap untuk dimakan.
shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.