Hari ni aku rasa aku perlu luahkan apa yang terpendam di dalam hati ini sebab makin dipendam, makin sakit pulak jiwa ni. Kisahnya tentang seorang 'sahabat'. Now aku dah mula nampak the true colours of her. Terbukti dia seorang yang sangat tidak jujur, bermuka-muka, sombong & tidak ikhlas. Kadang2 timbul penyesalan mengenalinya.
Makin hari aku makan hati dengannya, tapi cuba bersikap profesional seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Hakikatnya aku berbohong kepada diri sendiri kerana memendam rasa di atas tingkah dan perbuatannya terhadapku.
Dia langsung tidak menghormatiku sebagai ketuanya. Mungkin silapku juga kerana terlalu 'friendly' dengannya suatu ketika dulu. Aku tidak meminta untuk dia mengangkat mengagungkan aku atau menggeruni aku. Cukuplah sekadar rasa sedikit segan memandangkan kedudukanku sebagai ketuanya, aku layak untuk disegani biarpun dari segi umur dan senioriti aku lebih muda dan lebih 'junior' berbanding dia.
Dah banyak peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini yang membuatkan hatiku tercalar. Paling tidak dapat kupercaya ialah peristiwa semalam, bila dia dengan tanpa rasa segan dan hormat menuduhku menjatuhkan jam tangannya lalu jam tangan itu telah rosak kini. Bagi yang tidak melaluinya mungkin beranggapan ini adalah hal yang remeh temeh. Tapi bagi aku, hal ini sangat memberi impak yang sangat dahsyat kepadaku. Terngiang-ngiang kata-katanya kepadaku hingga ke hari ini. Aku rasa terhina sangat dengan tohmahannya. Sepanjang usiaku, aku bukanlah seorang yang suka menipu, jauh sekali tidak pandai mengaku kesalahan jika benar itu adalah salahku. Apa salahnya jika dia bertanya dulu dengan bahasa yang sopan? Ini tidak, dengan bahasa yang langsung tidak beralas, terus disergahnya aku sebegitu rupa. Ya Allah..aku menangis dalam hati.
Ya, aku tau siapa aku. Mungkin pada pandangan mata kasarnya aku tak layak untuk menjadi ketuanya sebab mungkin pada firasatnya seorang ketua mestilah berpenampilan menarik, nampak elegan dan semestinya lebih segala-galanya daripada staff bawahan. Tapi aku?? Hanya kerana aku ada segulung ijazah dan mungkin sedikit kebijaksanaan membuatkan aku lebih layak untuk menjadi ketuanya biarpun penampilanku hanyalah sekadar biasa-biasa sahaja.
Sedarlah wahai 'awak'..janganlah memandang seseorang itu hanya luarannya sahaja. Aku tak melaram bukan sebab aku tak mampu untuk melaram. Tapi aku lebih selesa dalam keadaan begini, dengan stail yang bersahaja sebab apalah untungnya jika dengan melaram dan memasang badan itu akan menjebakkan aku menjadi manusia yang sombong dan suka menunjuk-nunjuk. Biarlah aku bersederhana dengan apa yang aku ada kerana aku kenal aku siapa.
Apa-apa pun, aku doakan moga 'awak' cepat tersedar dari kesilapan yang 'awak' lakukan. Ingatlah, dunia ini umpama roda yang berputar, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Hari ini awak memang bertuah, mungkin esok-esok awak rugi. Semua nikmat kesenangan & kebahagiaan itu milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik.
P/s: Anak2 Mami, please...bila u all dah besar, dah dewasa..jangan jadi macam 'sahabat' Mami ni. Menyombong tak kena tempat, berprasangka buruk terhadap orang lain dan membuat tuduhan melulu. Mami tak suka anak2 Mami bersikap macam ni. Biarpun kita lebih tua atau senior daripada ketua kita, kita kena hormatkan dia. Jangan ego dengan sedikit nikmat kesenangan yang Allah kurniakan dan sentiasa berbuat baik dengan semua makhluk Allah serta jangan sesekali memandang rendah pada orang lain.

No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.