Saturday, August 24, 2013

Jalan-jalan naik keretapi

Tanpa dirancang, Ahad lepas kami berlima (mak, abah, Mami, Abi & Haziq) ke KLCC dengan menaiki keretapi. (KTM komuter & Putra LRT)

Opah, Tokwan & cucu semasa sedang menanti ketibaan komuter yang akan membawa kami semua ke stesen Sentral KL.

Kali ke-2 pengalaman Haziq naik komuter. Sekejap aje mampu 'bersopan'.

Dalam koc 'campuran'

Abi lebih rela berdiri

 Opah pun teruja dapat naik komuter

 Pantang jumpa 'kereta' ni..confirm nak naik..
Racer ke??

Alhamdulillah..terasa sangat puas dapat memenuhi hajat Abah yang teringin sangat nak naik KTM komuter/LRT. Biarpun sekadar berjalan2 mencuci mata. mungkin lain kali boleh dengan plan yang lebih terancang kita berjalan2 lagi naik keretapi..ke Hatyai contohnya..insya Allah..


shawqunnur.blogspot.com ®






Friday, August 23, 2013

Raya raya raya..2013

Satu2nya gambar yang sempat di snap pada hari raya pertama..
Tahun ni 1 Syawal jatuh pada hari Khamis. Hari Selasa petang kami sekeluarga berangkat balik kampung. Alhamdulilah perjalanan balik kampung kami sangat lancar biarpun jumlah kereta bertambah. Kami selamat sampai di kampung Mami pada jam 10 malam. Di kampung sudah meriah dengan keluarga abang Mami yang sudah balik kampung lebih awal. Alhamdulillah, akhirnya dapatlah jugak merasa bersahur dan berbuka puasa dengan keluarga Mami. Kemeriahan menyambut Syawal di kampung sangat terasa bila semuanya berkumpul. Masing-masing komited dengan tugasan yang dipilih. Mak Mami sibuk dengan ketupat & rendang, Makyang sibuk dengan sup & kuih raya, Makteh kemas mengemas rumah, Mak usu mencuci pinggan mangkuk, Mami pulak bermandi peluh menggosok baju raya semua orang. Meriah dan sangat menyeronokkan. Terasa keakraban sesama adik-beradik yang jarang2 sangat dapat dirasa setelah masing-masing hidup membawa haluan masing2. Sesungguhnya silaturrahim di antara Mami & adik-beradik adalah sesuatu yang paling mahal yang tak boleh dibeli walau dengan harga yang berjuta..(huhuhu..tersyahdu syahdan plok..)

Aktiviti pagi raya macam biasa akan bermula dengan sarapan & seterusnya bersiap ke masjid untuk bersolat sunat Aidilfitri. Sepatutnya ada sesi bersalaman & bermaafan sebelum ke masjid, tapi memandangkan masing2 sibuk bersiap mengejar masa untuk ke masjid, terpaksa lah KIV dulu bab salam2 ni..boleh plak gitu kan? Tapi ada 1 lagi yang ekstravaganza di pagi 1 Syawal pada tahun ni sebab harijadi Mak Mami jugak kebetulan jatuh pada hari ini!! Wah...tambah meriah gitu!! Sambut raya dengan kek harijadi..!! Selesai solat sunat hari raya, kami berkunjung ke rumah Opah Mami sebentar sebab kalo tak pergi time ni, memang takkan sempat nak pegi lagi. Memang betul pun, sekembalinya kami dari rumah Opah, tetamu yang datang ke rumah langsung tak putus2, bersilih-ganti sehinggakan tak kering la tangan kami semua bersiap itu ini melayan tetamu. Sampai ke malam la kami melayan tetamu. Meriah betul suasana hari raya di kampung Mami. Adat kunjung-mengunjung sesama sanak saudara & jiran tetangga masih menjadi amalan. Teringat pengalaman berhari raya di kampung Abi yang sangat berbeza cara sambutannya. Lepas solat sunat hari raya, ziarah kubur, jika tak ke mana2, terus balik rumah, tengok TV. Takde rombongan orang masjid/surau, takde jiran tetangga yang datang berkunjung. Kalu ada pun budak2 je. Itu pun beberapa kerat. Langsung tak terasa meriah beraya. 2 kali Mami berpeluang beraya di kampung Abi, betul2 buat Mami rasa mati kutu. Pakai baju raya cantik2, tapi dok lepak kat rumah je. (Abi, sila jangan marah tau..sekadar berterus-terang..peace no war!!)

Hari raya ke-2, sebelum solat Jumaat kami mula berangkat ke kampung Abi yang jarak perjalanan lebih 100km daripada kampung Mami. Di dalam perjalanan sempat jugak ziarah member Abi yang kebetulan kampungnya satu daerah dengan Mami. Lebih 1 jam perjalanan, akhirnya kami selamat sampai di kampung Abi pada jam 3 ptg. Seperti yang Mami dah jangka, hanya mak mertua Mami & Irfan yang ada menyambut ketibaan kami. Abang sulung dan abang no.2 masih beraya di rumah mertua masing2. (Agak ralat jugak sebenarnya sebab Abi nak cepat sangat sampai kat kampungnya sebab hari raya pertama di kampung Mami, langsung tak sempat Mami nak beraya ke mana2 menziarah sahabat handai. Tapi dah namanya isteri kan..terpaksa rela jela..) Berbalik kisah di kampung Abi, selepas makan tengahari ala kadar, destinasi pertama kami beraya di rumah Makwan, kemudian ke rumah Opah. Memandangkan Opah akan berkenduri esoknya, maka dah tentu2nya lah Opah akan bizi sepanjang hari. Istilah 'beraya' di rumah Opah tu macam sekadar pegi jenguk muka jela atau secara kasarnya, 'pepandai kau lah layan diri kau sendiri' wakakakakakka...

Malamnya selepas solat jamak taqdim maghrib & isyak, kami ke rumah kawan Abi. Kemudian sekali lagi ke rumah Opah dengan tujuan nak menolong2 apa yang patut untuk kenduri esok. Tapi setiba di sana, langsung tak ada apa2 kerja yang perlu dibuat. Sekadar lepak2 kosong, minum2 air je.

Hari raya ke-3, selepas bersarapan masing2 bersiap2 untuk ke rumah Opah. Acara bermula jam 12 tengahari. Lepas tu balik rumah. Prepare serba sikit untuk kenduri esok. Malam lepas solat jamak taqdim maghrib & isyak kami ke rumah Maklah yang hanya selang beberapa pintu daripada rumah mak abah Abi. Acara bidan terjun sebenarnya sebab Pakcik nak sangat abang sulung Abi bagi tazkirah di rumahnya. Jam 10 lebih kurang kami semua balik ke rumah & tidur.

Hari raya ke-4, awal2 pagi masing2 dengan tugasan masing2 membantu apa yang patut membuat persiapan untuk kenduri tengahari nanti. Seperti biasa mak sebagai masterchef, Abi pembantu tukang masak, Mami memotong2 & menyiang udang, biras no. 1 menyiapkan sarapan, biras no.2 menyapu dan mengemas rumah, abang2 ipar susun atur meja kerusi, sepupu2 menyudahkan apa yang belum siap. Apa yang penting kenduri pada kali ni Mami tak rasa letih sangat sebab keluarga abang no.1 & 2 tiba lebih awal dan banyak membantu. Semasa kenduri dah berlangsung pun Mami relax aje. Petang selepas asar, abang no.1 balik ke rumahnya, abang no.2 balik ke rumah mertuanya. Yang tinggal hanya kami anak-beranak.

Hari raya ke-5 jam 10 kami mula bergerak balik ke kampung Mami semula. Tapi singgah dulu di Manjung di rumah cikgu Abi ber'mini reunion' di sana. Jam 5 petang baru sampai di kampung Mami. Yang tinggal hanya adik bongsu Mami, mak & abah. Hasrat hati nak menagajak abah dan mak beraya di rumah mak sedara, tapi semuanya terpaksa ditangguhkan sebab adik Mami yang tiba2 diserang athma masih lagi belum betul2 pulih.

Hari raya ke-6. Pagi2 selepas sarapan kami beraya di rumah jiran yang masih belum sempat dikunjungi. Selepas zohor kami sambung berhari raya di rumah jiran yang lain pulak, kemudian terus ke rumah Alang di Kati dan kembali balik ke rumah. Esok kami akan pulang ke rumah kami. Jadi pada waktu malamnya lebih banyak masa dihabiskan dengan melipat baju2 dan mengemas beg.

Hari raya ke-7. Kami kembali pulang ke kota. Cuti selama 8 hari telah tamat pada hari ini. Esok Mami & Abi akan mula bekerja seperti biasa. Tapi yang paling best, mak & abah Mami turut ikut kami. Jadi, biarpun kami cuma beraya di kampung selama beberapa hari, tapi kami masih berpeluang beraya dengan mak & abah di sini, di rumah kami.

Sekian kisah raya kali ini. Semoga kita semua masih diberi peluang untuk terus menyambut Ramadhan & Syawal pada tahun2 yang akan datang.Amin..

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, August 19, 2013

Haziq @ 1yr7mo

Time flies so fast bak kata orang putih..Tik tok tik tok tik tok...1.8.2013 lepas Haziq dah genap 19bulan @ 1thn 7bln mengikut perkiraan tahun masehi & kalo ikut tahun hijrah pulak kelmarin (7 Syawal) Haziq dah genap 1thn 8bln.. Apa2 pon, utk milestone treking Haziq, Mami prefer tahun masehi sebab Mami kan hari2 dok tengok kalendar masihi tu..hihihihi..Dah Mami..jangan dok melalut sangat..kata nak share milesone Haziq kan..

Ok..back to the main point.. Apa yang Haziq dah pandai setakat ni???? Banyak wooooo... Makin beso le katakan..otak pon makin cargas la kan..kalo makin lemau tu kes lain la plak..(wana'uzubillahimin zalik!! amit amit!!)Ok jom baca serba sikit kisah si anak bertuah ni..hihihihi..

No. 1...
Sangatlah talkative..celik aje mata (bangun tido la tu) ada saja yang nak di pot pet pot pet nya..Ntah hape2 yang dilabunkan tu idok le Mami paham sangat..ate..nama pun bahasa Haziq kan..hihihi...tapi takde la sume yang Haziq dok cakap tu langsung Mami tak paham..ade le jugak beberapa patah perkataan yang boleh difahami.

No. 2...
Banyak akal/panjang akal le sesangat budok kecit ni.Contohnye kalo nak ambik apa2 daripada tempat yang tinggi yang dia tak boleh capai dengan tangan, Haziq akan jolok sampai benda tu jatuh, tak pun letak stool, panjat & capai benda tu..Kalo main botol2 vitamin Mami atau apa2 yang berbentuk silinder, Haziq suka susun bagi tinggi.

No. 3...
Gemor bolen/bogel..hukhukhuk..memalukan!! Rimas agaknye dok pakai pampers & seluar. Diam2 aje sedor2 dah takde seluar. Adoi la anak..kamu tu kecit lagi..nak buang air pun tak tau ngabo lagi.. Pernah sekali tu, Mami agak keletihan & tertidur awal daripada Haziq. Sebelum Mami terlena, Haziq memang lengkap berpakaian lah.. Tiba2 tengah sedap lena, Mami terasa hangat2 kat lengan, sekali rupa2nya Haziq terkencing daa.. Tula gara2 sebelum tidur bukak seluar & pampers sume..hukhukhuk..

No. 4...
Minat kartun especially Upin & Ipin. Bukan sekadar tau theme music cerita upin ipin tu je..tapi segala bagai barang yang ada gambo upin ipin harus Haziq heboh dok menegur "pen pen..". Yang paling Mami impressed, Haziq bukan setakat tengok je kartun2 tu, tapi siap dah boleh hafal plot citer tu..kat mane part nangis2, part barang jatuh, part kelakar..macam2 lah..kalo kite tengok cerite tu same2 dgn dia, Haziq akan jadi 'pengulas' cerita tu dok 'bercerita' ape yg akan jadi for the next scene..terkagum lak Mami dengan sikenit ni..

No. 5...
'Warak' sesangat la anakku sorang ni..Pantang ternampak tulisan ala2 tulisan arab & building ala2 masjid, mula la dia letak jari kat mulut suruh diam & terus solat, disregard any place & time.. Bangga betoi la Mami ni dapat anak sebijak Haziq ni..alhamdulillah..

No. 6...
Dah boleh tolerate sikit bila nak bergambo..dulu...jangan harap la..puas dok suruh diam, senyum..dia buat tak kesah..gaya meligat dia la..sekarang, bila cakap "senyuuuuum"..budak homei tu kemain lagi menyerogin...huk aloh..comey bebenor..

No. 7...
Pandai bagitau dah yayak & mintak cebokkan..caranya, bila dah siap yayak, Haziq akan datang dekat kite sambil tepuk2 bontot dia cakap "yaak" & buat muka rimas...yeay..petunjuk yang baik tu..Mungkin by 2 years Haziq dah bleh off diaper..Insya Allah..mudah2an..amin..

No. 8...
Dah boleh kemas mainan sendiri lepas selesai main (tapi Mami kena la sama2 join Haziq..nama pun budak kecik..) Mak Mami cakap, budak2 ni bergantung pada asuhan. Kalo mak bapak/penjaganye jenis yang manjakan sesangat anak2, tak ajak anak tolong buat kerja, nanti perangai tu akan terbawak2 sampai ke besar..hohohoho..Mami taknak anak Mami jadi penyepah/pemalas camtu..So, dari kecik lagi Mami train Haziq tolong Mami..

No. 9...
Anak I suka menyanyi & menari uolls..memang 'turun' habis la perangai Tokwan dia yang sangat suka music tu.. Sebelum raya ritu, Mami & Abi jalan2 la kat Giant Tmn Connought (ntah betul ke idok ejaan ni..kihkihkih..), jalan2 kat dalam shopping mall tu, lalu pulak kat depan kedai letrik..dok gedegung gedegang lagu omputih..sekali Haziq boleh pulak singgah depan kedai tu dok berjoget pulak..adoila anak..nasib baik kecik lagi..kalo dah beso buat perangai camtu mau Mami tarik telinge..kikikiki..

Cukup le dulu setakat 9 je kan..kang banyak2 orang nyampah plak..dok puji anak je tak abis2..ehehehehhe.. Jom la layan gambo2 Haziq pulak..
Pakai 'spender' beso..hihihi..
Pantang jumpe playground..mesti nak mintak singgah..sesekali boleh le nak oii..Mami ko ni kan strict orgnye..jangan harap le Mami ni nak ikut aje ape kehendak anak..
1st time potong rambut dok sorang2 atas kerusi tu..sebelum ni mesti Abi akan duduk sekali sambil pegang Haziq..Tapi Haziq ok je..langsung tak nangis..kain tutup kain tu pun ok je terbalut badan Haziq..Kesimpulannye, potong rambut kali ni takde lagi rambut banyak melekat kat baju hasil daripada ketertiban Haziq tadah aje kepalanya masa sesi potong rambut..ecececeh...

Menyerogin aje bila suruh senyum..haaa...kan ke tambah comey..senang la nak posing depan kamera..



shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, August 5, 2013

Entry khas sempena Aidilfitri 1434H

Insya Allah lagi 2 hari seluruh umat Islam khasnya di nusantara akan menyambut 'Idul fitdri' dan keluarga kecil kami akan memulakan destinasi balik kampung pada 6.8.2013 petang/malam esok. Frankly speaking Mami dah 'takde hati' nak bekerja, tapi kerana tugas..kuterpaksa..hohoho..
Bukan apa..yang sebenarnya mood nak raya dah membuak-buak ni. hihihi..macam budak kecik je kan?? 

Raya tahun ni, macam tahun2 lepas kami bersederhana. Persiapan untuk raya sekadarnya je. Tapi dalam pada kami bertiga, yang paling sedih Abi lah..sebab Abi terpaksa pakai baju melayu tahun2 lepas untuk solat sunat hari raya nanti. Semuanya gara2 Abi terlambat hantar kain ke tailor..hohohoho..(pengajaran utk Abi..lepas ni jangan bertangguh lagi nak buat baju..kalo tak...kena pakai baju lama lagi..huhuhuu..tak best!!!!!)

Alhamdulillah..untuk Mami dan Haziq, kami beraya dengan baju baru. Warna hijau pilihan tema kami tahun ni. Tapi hijau kami taklah seragam sangat sebab Mami ala2 hijau cendol, Haziq pulak more to hijau lumut & Abi pulak either hijau cam Mami or hijau epal. Gasaklah gayah...janji baju kan? hihihihi...Untuk 2nd day raya, kami pilih kaler ala2 maroon pink. Mami punya baju kurung pesak gantung, Abi & Haziq kemeja kotak2 sedondon. Utk raya ke3 & seterusnya, Mami pakai aje baju2 lama yang still nampak cantik..kikikikik..tapi bonus utk Abi & Haziq deme boleh melaram lagi dengan tshirt baru..kehkehkeh...

Habis bab baju raya. Mami nak cerita pasal kuih raya pulak. Tahun ni macam tahun2 sudah, Mami prepare kuih tunjuk je..hihihi...Mami memang teringin nak bake biskut raya, tapi facility kat rumah kami sangat2 tak mengizinkan. Oven cinonet je..hadiah kawen dulu. Kalo nak buat biskut 100pcs ntah brape sesi le nak masak  biskut tu sebab sekali naik boleh masak dapat dalam 5 pcs je. Lepas tu  oven Mami xde temperature indicator..pernah kononnye buat biskut beberapa kali sebelum ni, biskut Mami sokmonye hangus, kat luar dah ireng, dalam tak masak..macam2 la..so, Mami decide, no more baked biskut raya until Mami dah ada oven yang betul2 sesuai..hihihihi.. Tapi utk raya kali ni ada jugak 1 kuih raya yang Mami buat sendiri..biskut yang tak payah guna oven..goreng2 aje..kuih popia nestum..jadi la kan...hihihi..

Tahun ni Mami betul2 'berkira' order kuih raya. Mami taknak sejarah lama berulang kembali. Percaya tak, biskut raya tahun lepas punya pon masih ada lagi dalam tersimpan dalam peti ais kat rumah Mami?? Sebab tu la untuk tahun ni Mami just order/beli kuih yang betul2 Mami sure boleh cepat habis. Memandangkan Mami jenis yang hantu kerepek dan juga untuk mengelakkan pembaziran, pilihan kuih raya tahun ni lebih kepada kerepek2 saje. Biskut2 ada la dalam 2 3 jenis je buat penyeri balang kuih raya kata orang..kikikiki..

Ok lah..Mami penat berceloteh panjang2..Masa untuk kembali bekerja dah ni. Moga perjalanan balik kampung kami & kembalinya kami ke kota sentiasa dalam perlindungan dan peliharaan Allah SWT. Amin..

 Jom layan aksi si kenit dok melaram baju raya..heh..tibe2 je kan..tititititi..sukati Mami la kan..

 Si kenitku yang dah beso..
 Elok2 je baju ni dengan Haziq..cuma seluar & panjang lengan kena lipat sikit
Big boy..1yr 6mo mase ni..pakai baju saiz 2 tahun pun ngam2 je..

Sebelum mengundurkan diri (macam tulis surat pulak kan?? hiiiiiii..) Mami mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan zahir & batin kepada sesiapa yang mengenali Mami & keluarga termasuklah mane2 silent reader blog ini. Salam 'Eid Mubarak minal 'Aidil wal Faizin.


shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, July 31, 2013

Adik Sufi..



Ingat tak satu ketika dulu sekitar bulan Mac - April tahun 2012.. dalam media, especially TV3 & Facebook dok hangat bercerita pasal Adik Ahmad Sufi..Ala.. baby yang lahir kat Sydney yang ada masalah paru-paru tu. Mami sangat2 yang mengikuti perkembangan adik Sufi ni time tu.. Kesian sangat kat baby ni. Tengok gambar2 yang ayah/ibunye post kat FB tu betul2 meruntun hati dan jiwa keibuan Mami ni. Hari2 Mami berdoa moga baby Sufi kuat semangat & cepat sembuh. Alhamdulillah berkat doa semua ibu ayahnya dan juga semua orang, sekarang Sufi dah sembuh.

Nak jadikan cerita, Ahad (28.7.2013) lepas kami sekeluarga berjalan-jalan pegi ke Purtajaya. Pegi pulak dah petang so, kami decide untuk berbuka di sana. Gamba memang takde sebab macam not in mood to snap pic..hahahahha..ada plak camtu kan???  Sementara nak tunggu waktu berbuka, Mami bawak la Haziq jalan2 kat sekitar tasik Putrajaya tu. Dalam dok eksaited2 jalan tu Mami bertembung pulak dengan sorang lelaki tengah dok layan budak kecik lebih kurang umur 1thn. Sekali imbas dalam hati Mami berdetik, "ish..rasa macam kenal la orang ni..tapi kat mana & siapa ye???" Puas Mami dok pikir. Mami dok usha lagi 2 beranak tu..last2..ping!!!! hah..Mami dah ingat..agak2 Mami, lelaki tu ialah En. Romi Agus & budak kecik tu ialah baby Sufi..Tapi time tu Mami still tak berapa sure..mana la tau, pelanduk 2 serupa ke..hihihi.. lagi pulak Mami tengok 'Sufi' macam kecik je..tengok dalam gambar macam bambam, lepas tu kulit putih melepak..tapi 'Sufi' ni lain sikit.. Takpe..Mami usha lagi tengok kot ada lagi klu lain yang boleh confirmkan..

Nah...rupa2nya meja diorang betul2 di belakang meja kami (kami dah booked table kat Hadramawt). Mami memang cam sangat dengan perempuan yang duduk kat meja tu.. Pn. Adlina..maknya baby Sufi. Subhanallah...memang tepat agakkan Mami. Mami bisik kat Abi.."kat belakang kita ni lah family baby Sufi yang dulu heboh kat MHI & facebook tu. Baby yang lahir kat Sydney, ada masalah pernafasan, dok kat ICU kat hospital sana." Abi macam biasa la respon dia..orang dah tua la katakan..hihihihi..sokmonye tak boleh nak recall. Tapi gaya macam tau..hihihi..jangan marah ye, Abi..

Nak jadikan cerita lagi, akhirnya Mami buat ringan mulut gi tegur En. Romi tu masa tu dok intai2 kek kat kaunter Secret Recipe selang beberapa table kami.
Mami: Ni adik Sufi ke?
En. Romi : Ye.. 
Mami : oh...inilah dia baby yang keluar kat MHI, facebook dulu..dah besar dia..dah sihat..saya selalu ikut perkembangan Sufi ni masa dia sakit dulu.. 
En. Romi : Ye ke..trima kasih lah..Sufi dah makin sihat sekarang..bla bla bla...... 

Camtu la kisah perbualan Mami dengan ayah Sufi..lepas tu Mami saja pegi jumpa pulak dengan ibu Sufi..salam & sembang lebih kurang...

Tak lama lepas tu, kami duduk di meja masing2 & concentrate dgn aktiviti masing2. Selesai berbuka, diorang bangun dulu..tapi yang best nya..diorang datang jumpa kami dulu sebelum balik..nice kan..

Sekian cerita Mami.. Cerita tentang keterujaan Mami sebab dapat bersua dengan Sufi yang Mami teringin sangat nak jumpa suatu ketika dulu. Alhamdulillah..Sufi dah pun 1thn 3 bulan, nampaknya semakin sihat. Pipinya masih bambam (tapi takdelah sebambam dulu @ cam gambar kat atas ni), rambut dah potong pendek..Dah takde lagi dok usung tong gas oksigen tu ke sana sini. Dah stop makan ubat..hanya follow up dengan hospital je sekarang ni. (Gamba Sufi yang terkini memang takde..Mami ada niat nak snap 1 pic dia sebelum berbuka hari tu..tapi Mami cam segan le pulak..hihihihi..) Alhamdulillah..Moga adik Sufi makin sihat..Allah pelihara adik Sufi & kita semua..amin..

shawqunnur.blogspot.com ®

Air tangan Mami # 39


Sayur Lemak Tofu Lembut
(11 bulan ++)

Bahan-bahan:-
1 bekas Organic Soft Soy Tofu
Bawang besar
2 sudu besar ikan bilis (tumbuk)
1 mangkuk kecil Santan
7 biji kacang buncis

Cara penyediaan:
  1. Masukkan bawang, ikan bilis dan santan dalam periuk. Renihkan sehingga mendidih.
  2. Masukkan tofu (jangan potong kecil2, cukup sekadar potong separuh) dan kacang buncis. Masak sehingga mendidih atau kacang buncis lembut.
  3. Siap!
shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, July 30, 2013

Air tangan Mami # 38


Puding Cheesekut Karamel
(18 bulan ++)

Bahan-bahan:-
10 keping cheese cracker
1 biji telur gred A
2 keping cheese
1 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar gula
kismis
1-2 titik esen vanila

Cara penyediaan:-
  1. Sediakan karamel hangus (2 sudu besar gula & beberapa titik air, cairkan di atas api sehingga gula menjadi hangus/keperangan). Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, pukul telur hingga kembang. Campurkan sedikit esen vanila dan sedikit susu segar (anggaran 1/4 cawan). Bahagikan kepada 2 bahagian & tuang salah satunya ke dalam bekas yang telah siap 'berkaramel'. Kukus selama 5-10 minit.
  3. Celup cheese kracker dalam susu segar, susun di atas lapisan campuran telur, taburkan cheese & kismis. Ulang langkah ini sehingga semua biskut habis.
  4. Kukus lagi sehingga masak.
  
shawqunnur.blogspot.com ®