Thursday, June 13, 2013

Tanda-tanda awal hamil

Berikut adalah tanda2 awal mengandung yang Mami collect daripada website ini . 16 daripada 24 tanda2 ni, adalah perkara yang Mami sedang hadapi sekarang. Aci dok kalo Mami cakap sekarang Mami just felt I'm preggy??? hohoho....moga2 Haziq akan dapat adik..amin...
  1. Sakit cik nipple
  2. Lemah & letih giler
  3. Takde usual PMS simptom
  4. Haus sangat2
  5. Sesekali rasa macam sharp pain kat ari2
  6. CM yang sentiasa ada
  7. Breasts membesar & rasa berat
  8. Lapor manjang
  9. Kuat kencing
  10. CM berubah daripada creamy kpd ala2 watery
  11. Ketidakhadaman & kentut2
  12. Badan rasa panas
  13. Sakit breast
  14. Spotting
  15. Sakit pinggang
  16. Perasaan macam tengah mengandung (instinct)
  17. Mual tapi tak muntah
  18. Sakit kepala
  19. Moody
  20. Tak sedap mulut
  21. Rasa nak 'bersama' je
  22. Hidung sensetip
  23. Mengantuk yang teramat sangat
  24. Perut sebu @ kembong

Rindu saat2 memboyot...
shawqunnur.blogspot.com ®

Air tangan Mami#32


Sup Cendawan Tiram
(14 bulan++)
Bahan-bahan:
1 mangkuk Cendawan tiram segar
2-3 ulas Bawang putih (mayang halus)
Sedikit Bawang besar (mayang halus)
1-2cm halia (diketuk)
1 sudu besar Serbuk Pati Ikan bilis (homemade)
1 inci Lobak merah
2 inci Batang seleri
1 biji tomato (sederhana)
Air secukupnya
1-2 sudu minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih & halia hingga wangi.
  2. Masukkan air, lobak merah, seleri, tomato, pati ikan bilis dan bahagian batang cendawan
    (bahagian batang cendawan agak liat, Mami masukkan lebih awal bagi melembutkannya & akan memudahkan Haziq makan sebab Haziq ni jenis yang tak suka mengunyah..huhuhuhu..)
  3. Renihkan sehingga lobak merah sedkit lembut. Masukkan pula cendawan (bahagian 'payung'). Masak sehingga cendawan lembut.
  4. tutup api & siap untuk dimakan.
p/s: Mak Mami pesan, bila masak cendawan, pastikan ianya dimasak betul2 sebab takut terjadi 'mabuk kulat'. Suatu ketika dulu, Abah Mami pernah terkena mabuk kulat. Pening2, muntah2 sampai lembik..kesian.. Lagi 1, cendawan ni jenis sayur yang sejuk. Sebab tula Mami lambat intro kat Haziq..ye la..takut jugak kot ade side effect kat Haziq if awal2 lagi dah selumber rock bagi makan cendawan ni.. (just my 2 cent...;)
shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, June 11, 2013

Irfan oh Irfan!!

Ingat tak, di entry ni Mami ada mentioned pasal Irfan.. So, hari ni Mami nak story sikit tentang anak bertuah yang sangat comel ini, Muhammad Irfan.
 Memiliki wajah persis ibunya menjadi penawar kerinduan kami semua terhadap arwah.

Irfan ialah anak saudara Mami sebelah Abi @ anak kepada adik Abi. Kisah Irfan ini sedikit tragis sebab Irfan sudah kehilangan kasih sayang ibunya pada usianya yang baru menginjak 1 tahun 12 hari. Cerita tentang ibu Irfan Mami pernah rakamkan di sini dan di sini. Sejak ketiadaan ibunya, Irfan tinggal dengan Opah & Atuk. Lumrah alam, anak yang kehilangan ibu (anak yatim) pastinya mendapat lebih perhatian. Semua orang sayang dan simpati dengan Irfan. Dengan kelebihan ini, Irfan membesar sebagai anak emas kepada semua orang. Dialah penawar, dialah racun.

Tidak dinafikan Irfan adalah seorang anak yang senang diurus. Cuma mungkin kerana Irfan ini anak yatim dan semakin membesar, maka adalah serba sedikit karenahnya yang seringkali menguji kesabaran penjaga2nya. Apa2 pun, bagi Mami, Irfan adalah seorang yang penyayang, sangat manja & sensitif (kuat merajuk). 
 

Irfan membahasakan dirinya sebagai 'Abang' jika bermain bersama-sama dengan Haziq. Jika moodnya bagus, Irfan akan melayan Haziq dengan baik sekali. Memboncengkan Haziq naik basikal sama2, peluk2 & sayang2, berkongsi mainan, makan suap-menyuap sehingga menjadikan Mami seringkali terasa ingin menitiskan air mata terharu melihat keakraban mereka.

Irfan, Mami sayang Irfan sama macam Mami sayangkan Haziq. Walaupun ibu Irfan dah tak ada lagi, tapi Irfan ada Mami. Insya Allah, Mami akan berusaha menjadi Mami yang terbaik untuk Irfan. Mudah2an Irfan akan menjadi anak yang soleh, bijak & berakhlak yang terpuji. Amin


shawqunnur.blogspot.com ®

Akhirnya umpan dah mengena!!

Tolong jangan keliru ye. sebenarnya entry ni khas untuk luahan geram Mami kepada 'Cik Ti' yang dah 3 4 bulan dok bermaharajalela dalam rumah kami, merosakkan harta benda kami, mengotorkan rumah kami & mencemarkan makanan & udara dalam rumah kami selama ini.

Sebelum ni Mami selalu nampak Cik Ti berkejaran di luar tingkap dapur je. Nak dijadikan cerita satu hari tu salah satu cermin tingkap dapur pecah dan Cik Ti yang selama ni dok terjenguk2 je dari luar dapat la peluang baik punya untuk 'menawan' rumah kami.

Mami mula menyedari kehadiran Cik Ti ni bila satu pagi tu Mami tercium bau yang amat busuk dan meloyakan di dapur. Puas mami cari dari mana datangnya bau busuk tu tapi tak jumpa. Kemudian ada pulak najis2 yang menggelikan bertaburan di atas kabinet dapur Mami. Mami yakin sangat semua itu adalah 'kerja' Cik Ti. Bermula saat itu Mami 'isytiharkan perang' terhadap Cik Ti.

Bermula dengan mencari 'sarang'nya & cuba menabur racun. Tapi Cik Ti ni sangat licik & agak panjang umurnya. Biarpun racun yang Mami umpan telah habis dimakan, tapi Cik Ti masih hidup malah kian mengganas. Inilah menjadikan Mami semakin geram. Akhirnya kami cuba dengan cara perangkap pula. Seminggu jugak la perangkap tu terbiar langsung tidak mengena. Tapi akhirnya saat yang ditunggu2 telah pun muncul pagi tadi.


 Inilah tangkapan yang lumayan tu..
'Mengucaplah' kamu wahai Cik Ti..sebentar lagi kamu akan dihukum rejam sampai mati.

Hah...puas hati Mami!! Dendam Mami dah berbalas!! Moga2 lepas ni tak ada lagi Cik Ti yang berani nak masuk menghuni istana hinggap kami. Sayonara Cik Ti....muahahahahahhahahaha!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, June 10, 2013

Berkelah!!

Malam hari minggu lepas, buat kesekian kalinya rumah kami menerima tetamu dari keluarga besar abang Mami @ Abi (jangan confuse ok..sejak abang Mami kawen & dapat anak, kami semua terus panggilnya Abi..kehkehkeh..) Semua ada, kecuali Along yang dah pon balik ke asrama petang Khamis lepas. Meriah sangat dengan kehadiran anak-anak Abi yang 5 orang tu. Macam tongkang pecah jadinya rumah Mami..wahahhahahah..tapi Mami tak kesah pon..sesekali berkumpul ramai2 begini memang syok habis.. Sayangnya Abah (Tokwan) tak sihat masa anak cucu dom riuh rendah tu...Sian Abah...

Haziq yang selama ni 'keseorangan' di rumah bukan main hepi lagi bila dapat kawan sampai dah tak kisah nak nenen pon. Main bergelak ketawa ikut abang & kakak2. Berlari ke depan, ke belakang, melompat2 atas katil, atas sofa..mengekek je ketawa..seronok sangat!!
Dah boleh geng dengan Abang Ilham..Ilham ni cool sikit kalo nak bandingkan dengan Irfan. (Nanti dekat entry lain Mami akan ceritakan pasal Irfan pulak ye..hiihihi.) Dengan Ilham, Haziq ok je..boleh main sama2 & takde gaduh2..good boys gitu...


Penuh satu meja lauk pauk hidangan makan malam kami. Semuanya Mami & Opah masak sendiri except ikan siakap 3 rasa & sup bayam cendawan je yang Abi bawak dari rumah.
Meriah betul la malam tu..semua makan sampai so'oh perut..kahkahkah..

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, June 3, 2013

Like father like son!!




Persamaan mereka..
2 LELAKI dalam hidup Mami sedang tido sambil peluk panda bear..comel kan???


shawqunnur.blogspot.com ®

Selamat tinggal Adik @ Mak Usu & Selamat belajar..

Adik Mami @ Mak Usu Haziq dapat tawaran further study di UNIMAS Sarawak, foundation Biological Sc. selama 2 semester & insya Allah jika ada rezeki akan terus further lagi 5 tahun untuk degree in Medic. Alhamdulullah...mudah2an Adik berjaya menjadi seorang doktor kelak.

Mami sungguh berbangga memiliki adik sepertinya. Bagi Mami, Adik adalah anak yang paling 'bijak' dalam family kami jika diukur dengan keputusan exam yang diperolehinya selama ini. Mana taknya, UPSR Adik dapat 5A, PMR pon straight 9A, SPM dapat pulak 6A 3B..power le tu kan... kalo nak dibandingkan dengan result abang2 & kakak2nye ni..hihihihihi... (Mami memang tak pandai sangat, sekadar boooleh la..dapat masuk U, dapat degree jugak)

 Lagi 1 yang Mami bangga dengan Adik ialah adik pilih jurusan ni bukan sebab dia suka sgt sebenarnya, tapi sekadar nak mengenang budi Mak & Abah, lebih2 lagi Abah yang nak sangat Adik jadi doktor. Alhamdulillah Adik tak membantah. Moga2 berkat daripada sikap 'mendengar kata'nya, Adik akan berjaya.

'Rombongan' menghantar Adik ke airport.

shawqunnur.blogspot.com ®