Friday, April 25, 2014

Cameron Highlands

21.3.2014 (sebulan yang lepas..haaa..sekarang baru nak update! amek ko..hihihi), Hubby's family buat short vacation trip ke Cameron Highlands (CH) (bertolak naik ke CH malam Sabtu, pagi Ahad gerak balik).

 Jumaat malam sabtu (21.3.2014) pada jam lebih kurang 9 malam kami ramai2 gerak ke sana. Semua sekali 3 buah kereta (lagi sebuah kereta milik abang sulung gerak daripada Tanjung Malim). Di pendekkan cerita, selepas mengharungi perjalanan yang super penat dan mencabar (sebab kami naik ke CH ikut Tapah, paham2 ajelah camne struktur jalannya kan..pffft...) maka pada jam 1.30 pagi gitu kami semua selamat sampai ke CH..Sepanjang kami di CH, kami semua menginap di Desa Anthurium Apartment. (Actually rumah ni adalah homestay kepunyaan abang sulung Hubby..so FOC la kan..Alhamdulillah.)

Sesampai aje di sana, masing2 yang kepenatan tak ambil masa yang lama utk terus zzzz.. (except for Haziq yang baru aje terjaga daripada tidur agak segar pulak nak tidur balik menjadikan Mami terpaksa ikut sama 'berjaga' dengan dia sampai dia terlena..huhuhuhu...)

Pagi Sabtu 22.3.2014, seawal 5.50 pagi kami semua dah terbangun. Haziq yang tidur lambat tu pun ikut bangun awal jugak. Lepas selesai solat subuh, pakat ramai2 la turun ke dapur prepare for breakfast. Pagi tu MIL buat nasik lemak, tuan rumah masak mihun goreng, keluarga CikJa prepare sandwich sardin ditambah pula kuih-muih yang dibeli di gerai berdekatan..waaahh..meriah sungguh!!

Selesai bersarapan, masa untuk berjalan2 la pulak. Singgahan pertama pasar pagi Brinchang. Kami takdelah nak memborong sangat pagi tu sebab memikirkan esok masih ada kalo nak berborong sakan. So, just jalan2 cuci mata jelah sambil beli sekotak 2 strawberry and glove untuk Haziq.

-Gambo memang nan hado..kui2-
Settle kisah pasar pagi, kami semua menghala ke Tanah Rata pulak dan menyinggah di Bharat Tea Plantation. Kami sekadar meninjau  suasana meriah yang penuh dengan pengunjung (maklumlah..cuti sekolah kan..) sambil minum teh dan beli sikit teh, ole2 utk kawan2, jiran2, sedara2.

Sepupu sepapat Haziq termasuk mak2 sedara bergumbira sakan turun ke ladang teh dok berselfie tapi Haziq leka dok layan henpon Mami dengar lagu ABC sambil minum teh dan makan cheese kek strawberry. 

Kemudian kami meneruskan jalan2 cari makan di Opah Strawberries & Farm. Kat sini memang banyak pilihan makanan ringan berasaskan strawberry. Ada aiskrim, dadih, muffin, sone dan jem stawberry yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Memandangkan kami semua masih lagi kenyang, kami hanya makan aiskrim strawberry je.

 

Beriya2 Muhammad makan aiskrim...

K.A.M.I
Memandangkan hari pun dah tengahari, kami mengambil keputusan untuk terus balik ke homestay selepas makan aiskrim. Acara masak-memasak makanan tengahari Mami tak masuk campur sebab kebetulan Haziq nak tidur & Mami pun tumpang sekaki..kikikikiki (tapi tak boleh jugak pun Mami nak tidur sebab ade pulak orang dok lawan borak ngan Mami..hihihihi)

Jam 3 petang selepas lunch, bermulalah operasi kemuncak untuk percutian kami. Yes..kami ber'barbeque'. Kali ni memang Mami all out la menyinsing lengan buat kerja..kikiki.. Bermula dengan memotong kentang untuk dibuat wedges, masak jagung susu hinggalah membakar ayam & seangkatan dengannya. Fuhhh...memang berpeluh la kata orang (tapi kan kat CH..mane ada peluh pon..hihihi) Senang citer, layan jela gambo2 ni..

Ni assisstant Mami..Orang Kuat yang suka main api..kah3..Kalo CH ni jerebu, salahkan dia ye..sebab dialah punca pembakaran terbuka kat CH ni..kakakkakak..(jangan marah ye..)
 Sempat lagi tu..
Mereka bertiga je..

Nak jugak interframe..action je tu..especially yang berbaju purple tu..kikiki..(jgn marah ye kakak manis..)

Yang ni dulu penah keje sebagai tukang bakar sate dengan Sate Kajang..tu yang lain macam je cara kipasannya tu..muahahhahahaha...

Almost done..yummy...slurp..slurp..slurp..

Hampir Maghrib semuanya siap tersedia tapi acara makan2 semestinya bermula selepas kami semua bersolat dan bertahlil.Alhamdulillah..

Memandangkan semuanya keletihan dan kekenyangan, maka aktiviti malam kami cuma menonton TV dan akhirnya tidurlah..(melainkan yg bujang2 & yg terlebih tenaga je masih dok merayap kat pasar malam)

23.3.2014 (Ahad)- Mami langsung tak jengah dapur untuk bersama-sama menyiapkan breakfast (ada cerita disebalik cerita sebenarnya tapi Mami taknak cerita di sini..mungkin di entry yang lain). Menu pun seadanya je sebab jam 10.30pagi lagi kami semua dah kena check out. Tapi sebelum kami bertolak balik ke KL, sempat jugak kami singgah di Bee Farm & Strawberry farm (nama ladang tu dah lupa).

Kesimpulannya, (ceh..macam buat karangan masa sekolah pulak kan..hihihihi) percutian kami pada kali ini ada menyimpan pelbagai kenangan pahit manisnya tersendiri. Jika ditanyakan kepada Mami, rasa teringin untuk bertandang lagi ke CH memang tinggi. Maklumlah..Mami memang sangat sukakan tempat2 sejuk ni, tapi biarlah pada masa itu kami bercuti sesama kami je anakberanak. Lebih privacy. Hingga ketemu lagi Cameron Highlands....chow!! 

shawqunnur.blogspot.com ®