Tuesday, November 23, 2010

Akhirnya..."dia" muncul juga..

Baru semalam kuberangan-angan akan dapat berita gembira, tiba-tiba hari ni angan-angan itu telah hancur musnah seperti istana pasir di tepian pantai yang dilanda ombak. "Tetamu" yang tidak kuundang tetap menjengahkan dirinya. Luluh perasaan ini bila "dia" muncul lagi setelah lebih 2 bulan "dia" menyepi. Di manakah silapnya sehingga "dia" datang menjengah kembali? Aku semakin tidak mengerti.

Kehadirannya benar-benar merubah emosiku. Aku menjadi terlalu sedih, pilu dan kecewa. Untuk kesekian kalinya air mata ini tumpah membasahi hati yang remuk dan luka parah, menangisi nasib yang masih belum menyebelahiku. Aku tau semua ini atas kehendakNya. Siapalah aku untuk mempersoalkan ketentuanNYA. Tapi hatiku tidak seutuh gunung dan sekeras batu untuk menghadapi realiti ini. Aku seakan tidak berdaya untuk berdepan dengannya kerana aku amat berharap "dia" akan berehat daripada mengunjungiku sekurang-kurangnya untuk 9 bulan lagi.

Tuhan, bilakah penantian ini akan berakhir?? Masih adakah lagi peluang untukku bergelar seorang IBU dan suamiku bergelar AYAH?? Kiranya ada ihsanMu terhadap kami, hambaMu yang lemah ini, KAU limpahkanlah Rahmat dan Kasih SayangMu dengan mengurniakan kepada kami si kecil, buah hati pengikat cinta kasih antara kami suami isteri, penyambung keturunan ummat Muhammad S.A.W, Rasul kami. Tidak ada daya dan kuasa melainkan dengan Qudrat dan IradatMu, Allah dan hanya kepadaMU selayaknya tempat kami meminta. Ameen.


Monday, November 22, 2010

Harapan & Impian

Ada sikit masa lapang semalam aku ziarah blog sorang sahabat. Nampak pulak ticker lilypie dia, preggy 2nd baby dah 9weeks.. aku pun godek2 la kat Lilypie tu. Ni lah hasilnya..

Bestnya..tak sangka dah 2 bulan. Harap sangat ini bukan sekadar angan-angan. Dah lama aku & Hubby nantikan saat ini. Moga harapan & impian kali ini akan jadi kenyataan..ameen.  

cerita bila bosan.

Hari ni terasa malas betul nak pergi keje gara-gara "Monday Blues". Ditambah lagi hujan yang turun renyai-renyai. Berganda-gandalah lagi tahap kemalasan ni. Adui...
Dengan separuh hati, terpaksa jugak aku kuatkan semangat bangun dari tilam yg empuk tu, pegi mandi.
Pukul 8.55 sampai opis. Huh..lengang je parking. Mesti ramai yg pegi holiday ni. Yela..cuti skolah dah start. Keje2 kat opis dah banyak yg setel last week. Double kelegaan....hehhehe.. Kebetulan pulak internet ok..terus la surf internet..sedar2 dah lunch hour..Yeay!!! Tinggal lagi beberapa jam je nak balik umah..hehehe..


Tuesday, November 9, 2010

Kisahnya...

Kali pertama menulis entri dalam blog ini. Cuma sekadar ingin berkongsi cerita dengan pembaca sebab aku dah tak tertahan lagi rasanya nak menanggung beban perasaan selama ini. Siang tadi selepas selesai lunch dengan officemates, call la sorang ex-officemate dengan niat nak bertanya khabar sebab dah lama tak dengar khabar berita beliau. Macam2 hal kami berborak.
Tapi nak dijadikan cerita tiba2 ada sorang lagi member yg dok mendengar perbualan kitorang ni mencelah tanya. Bertubi2 soalan dia. "Ko bila nak dapat baby? Dah lama dah kawen ni, takde usaha apa2 ke? Taknak try ke IVF?"
Aku tergamam sekejap. Dalam hati ni dah rasa macam pedih terhiris. Tapi dengan suara friendly yg aku sengaja buat2, aku jawab, "Kak, nak buat baby bukan mudah macam nak buat nasik lemak, ni tengah berusaha la ni..IVF tu untuk kes yang dah kawen 5 tahun ke atas, aku kan baru aje nak masuk 2 tahun.."
Lepas tu dengan 'sadin'nya member tu cakap, "Eh, aku buat anak tak susah pun, senang, macam buat nasik lemak je!!". Dush!!! rasa tersinggung dan terhina betul mendengar kata2 itu. Macam tak percaya, kata2 itu keluar dari mulut member yang selama ini baik dengan aku sampai aku dah anggap dia macam sebahagian dari keluarga aku sendiri. Aku akui, memang rezeki member ni dapat anak memang mudah. Cakap aje, nak anak bila, tak payah usaha lebih2 dah boleh keluar baby seperti yang dirancang. Tapi itu kan bahagian masing2. Setiap orang dicipta dengan rezeki yang telah ditentukan. Kenapa perlu ada persoalan yang macam tu?
Disebabkan hal ini, aku terus hilang mood nak kerja petang tadi. Terngiang2 lagi suara tawa riak member tu. Ish, rasa menyesal pulak contact dia. "Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa sahabat-sahabatku..amin".