Kali pertama menulis entri dalam blog ini. Cuma sekadar ingin berkongsi cerita dengan pembaca sebab aku dah tak tertahan lagi rasanya nak menanggung beban perasaan selama ini. Siang tadi selepas selesai lunch dengan officemates, call la sorang ex-officemate dengan niat nak bertanya khabar sebab dah lama tak dengar khabar berita beliau. Macam2 hal kami berborak.
Tapi nak dijadikan cerita tiba2 ada sorang lagi member yg dok mendengar perbualan kitorang ni mencelah tanya. Bertubi2 soalan dia. "Ko bila nak dapat baby? Dah lama dah kawen ni, takde usaha apa2 ke? Taknak try ke IVF?"
Aku tergamam sekejap. Dalam hati ni dah rasa macam pedih terhiris. Tapi dengan suara friendly yg aku sengaja buat2, aku jawab, "Kak, nak buat baby bukan mudah macam nak buat nasik lemak, ni tengah berusaha la ni..IVF tu untuk kes yang dah kawen 5 tahun ke atas, aku kan baru aje nak masuk 2 tahun.."
Lepas tu dengan 'sadin'nya member tu cakap, "Eh, aku buat anak tak susah pun, senang, macam buat nasik lemak je!!". Dush!!! rasa tersinggung dan terhina betul mendengar kata2 itu. Macam tak percaya, kata2 itu keluar dari mulut member yang selama ini baik dengan aku sampai aku dah anggap dia macam sebahagian dari keluarga aku sendiri. Aku akui, memang rezeki member ni dapat anak memang mudah. Cakap aje, nak anak bila, tak payah usaha lebih2 dah boleh keluar baby seperti yang dirancang. Tapi itu kan bahagian masing2. Setiap orang dicipta dengan rezeki yang telah ditentukan. Kenapa perlu ada persoalan yang macam tu?
Disebabkan hal ini, aku terus hilang mood nak kerja petang tadi. Terngiang2 lagi suara tawa riak member tu. Ish, rasa menyesal pulak contact dia. "Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa sahabat-sahabatku..amin".
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.