Bulan Mei ni Mami kurang sangat menjenguk blog a.k.a open diary Mami ni. Bukan apa, kat rumah & opis ada tenet problem. Nak update story guna fon, henpon Mami 'canggih' la sgt.. hihihi..org lain dah x pakai dah henpon cam Mami ni...dah season! Tapi season pon season la..Asal boleh Mami buat call out, org boleh call in, sms sudah la....itu pon dah cukup memudahkan Mami..Alhamdulillah..Eh...melalut suda...hihihii...
So, hari ni, Mami tumpang tenet opis jap sementara keje tak banyak sgt ni, Mami amik peluang utk update blog Mami ni jap memandangkan blog ni dah lama sgt bersawang..Hihihihi....
Ok back to the topic. Dah sampai hujung bln 5 ni cikgu cikgi & budak2 sekolah berseronok sakan la. Cuti sekolah la katakan. Tapi Mami yang bukan cikgu ni pon syok jugak. Sbb cuti sekolah sgt sinonim dgn kenduri kawen..Yessss!!!.. hujung minggu Mami bleh gi makan kenduri..hihihihhi... & yang paling best, Mami boleh tutup dapur jap..hahhaha...
Tahun ni, kebetulan ada pulak kazen Abi kawen & bertunang, jadinya Insya Allah, kalo takde halangan Mami akan turut sama meraikan majlis mereka. 2/6/12, kenduri kat kampung, 9/6/12 Insya Allah ke Negeri Sembilan, esoknya 10/6/12 ke Pahang pulak..
Mengimbau balik zaman2 Mami sekolah dulu, especially masa sekolah rendah, cuti2 sekolah ni memang sgt ditunggu2 oleh Mami. Bukan ape, tak payah bangun pagi2 nak mandi air sungai yang super sejuk tu.
Family Mami bukan la senang sangat. Kalo orang lain time cuti sekolah parent bawak gi jalan2 makan angin, Mami & adik2 memang takkan kemana2. Tapi walaupun kami hanya duduk kat rumah aje, aktiviti kami padat. Pagi2 kalo tak pegi library, Mami & adik2 berkubang kat sungai bila agak2 matahari dah naik sikit. Kami tangkap ikan, udang.. Tengahari tapau nasik dari rumah berkelah kat sungai sambil main 'makmak', petang sikit bila dah redup main basikal pusing2 kampung. Kadang2 kami ikut mak abah gi kebun kutip
getah sekerap. Kemudian, dekat nak maghrib kami ramai2 berkubang kat sungai lagi. Malam lepas mengaji lepak ngan mak abah, makan2, bercerita itu ini, lepas tu masing2 pegang buku cerita, layan sampai lena. Tak pon, kalo ade bekalan homework yang cikgu suruh buat masa cuti sekolah, time2 malam camni la yang Mami buat. Ni la rutin kami 24jam sepanjang cuti sekolah. Kat rumah kami takde TV. Rumah pun agak jauh ke dalam. So, kebanyakan masa Mami bersama2 dgn adik2 je.
Dari dulu sampai sekarang, asal cuti sekolah je, ade orang kawen. Jadi opah (mak Mami) taknak lepaskan peluang tambah income sambil pegi kenduri. Ape kami buat?? Jual aiskrim, kerepek & kacang pedas!. Mak bagi komisyen 20sen untuk setiap seringgit yang kami jual. Upah yang Mami dapat memang kalo nak ikutkan tak seberapa. Tapi seronok sebab hasil jualan habis. Duit yang Mami dapat, Mami simpan dalam tabung buluh.
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.