Friday, May 30, 2014

Selamat tinggal Sultanku..Selamat datang Sultan yang baru.

Tak terlewat lagi rasanya untuk Mami mengucapkan takziah kepada kerabat diraja Perak khasnya dan seluruh rakyat Negeri Perak amnya di atas kemangkatan baginda Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Sungguh fitrah setiap kejadian yang ada awalnya pasti akan berakhir, yang ada tidak akan kekal abadi melainkan Allah SWT. Kepada almarhum Tuanku Sultan, moga rohnya ditempatkan bersama salafussoleh. Perjalanan Tuanku di dunia ini telah bernoktah, moga pengganti Tuaku akan terus menyambung menabur jasa kepada kami semua. 

 

Kepada Sultan Perak yang baru, kami sebagai rakyat hanya mengharapkan Tuanku menjadi pemerintah yang adil & saksama. Yang sentiasa berlandaskan kepada ajaran Islam dan bukan bangsa melayu semata-mata. Semoga rakyat negeri Perak mendapat yang terbaik daripada baginda Tuanku.

shawqunnur.blogspot.com ®

Kesian baby tu..

Assalamualaikum & salam jumuah mubarakah.
Hari ni Mami nak post 1 entry luahan perasaan. Sekejap tadi Mami ada jumpa 1 post kat wall FB Mami berkaitan dengan seorang baby (detail nama dll Mami takmo disclose kat sini) yang berumur 5 bulan++ yang kini ditahan di wad paed sebab sakit paru-paru berair..Innalillahiwainnailaihirajiun..Allahuakbar..

Dari awal lagi Mami dok ckp dalam hati (bila baca post mak baby ni kat FB yang baby ni dok batuk la..demam lah..selsema la..) something goes wrong la ngan baby ni. Sebabnya batuk demam semua tu dah berhari2 kot. Macam takde perubahan je even mak dia dok pulun berubat dengan natural remedy.

Yang menambahkan lagi kehairanan Mami ni, si mak baby ni dok degil jugak takmo bawak baby dia pegi hospital/klinik jumpa doktor dengan alasan baby dia dah teruk kena sumbat antibiotik  sampai overdose (according to her) masa awal2 lahir dulu sehingga menrutnya baby ni terpaksa pulak menanggung side effect antibiotik tu menjadikan baby 'fat malabsorbtion' dan menyebabkan badan baby ni takmo jadi bambam macam anak2nya yang lain sebab semua nutrien daripada susu ibu yang baby ni dok minum hari2 tak boleh diserap dalam badan sepenuhnya..Allahu.. (Mami taktau apa yang mak baby ni claimed was actually from the diagnose by doctor atau andaiannya saja hasil research di internet..tapi as far as Mami nampak, memang baby ni kurus, kulitnya gelap & nampak seperti 'sedang menanggung kesakitan'..wallahu'alam)

Mami tak paham la kenapa mak baby ni dok obses sangat nakkan babynye jadi montel gebus gebas?? Asalkan anak sihat, tumbesaran seiring dengan usia pon bagi Mami dah besar rahmatnya. Memanglah...mak mana yang suka tengok anak kurus kering kan..tapi baby tak bambam bukan bermakna baby tu tak sihat or tak comel or etc.. Come on lah!! Tak payah nak banding2 sangat. Setiap budak kan berbeza even keluar daripada perut ibu yang sama. Memang dah terbaik bagi baby minum susu ibu je..tapi kena ingat, bukan asbab minum susu ibu tu je anak akan jadi bambam, sehat gebus gebas..Kalo Allah tak izinkan memang takkan jadi punye..ingat konsep "kunfayakun". Susu ibu memang anugerah Allah untuk semua baby. Dari segi khasiat memang terbaik..tapi kena faham betul-betul sebab ini melibatkan isu Aqidah, susu ibu bukan menyebabkan seorang budak itu montel, bijak, etc..yang  memontelkan, menjadikan budak tu cerdik semuanya dengan KUASA ALLAH SWT & BUKAN SEBAB SUSU IBU SEMATA2..Allahuakbar!!

Berbalik semula kisah tadi, akhirnya mak bapak baby tu mengalah dan kini baby dirawat di hospital. Tapi selepas semuanya menjadi lebih parah. Allah!! Jauh di sudut hati Mami, sangat terkilan dengan tindakan mak bapak baby tu. Dek kerana sifat ego tak bertempat diorang, baby kecik yang tak tau apa2 terpaksa menanggung akibatnya. Allahu... Mami cakap gini sebabnya:-

1. Mak baby seolah-olah terlalu taksub dengan 'research' yang dia buat yang mostly dapat melalui internet. Memang bagus kalo kita rajin research itu ini kat internet, tapi kita kena rujuk jugak kat mereka yang mempunyai kepakaran. Pada Mami apa yang kita dapat dalam internet hanya boleh dibaca tapi utk percaya 100% itu tak sepatutnya. Sebab yang dok tulis dalam internet tu pon kita tak tau dia sapa..mungkin betul dia doktor @ fake doctor..tulisan yang kita dok baca tu pon ntah dari mana sumbernye pon kita xtau..p la bubuh kat notakaki..notatangan yang so & so statement ni cross referred to so & so..tapi bukan kita dok semak pon..betul tak...?

2. Natural remedi memang bagus..Mami pon amalkannya as a first choice before further treatment. Tapi as mak/bapak kena jugak tengok pada kesesuaian. Cthnya kalo baby dah demam sampai tahap 39˚C suhu dok tang tu ja..takmo turun2 even dah jelum bagai, tambah pulak lebih daripada 24jam, it must be something wrong..maknanya mungkin bukan setakat demam nak beralih bulan ke ape..so, go & seek for further treatment/advise la.. Ni mak baby ni lebih rela dok sapu peevo garlic je kat badan baby tu walaupon dok batuk selsema lebih seminggu  & takdak tanda2 nak sembuh pun..adoi..sian baby tu..Jadi mangsa ketaksuban mak sendiri.

So, pengajaran daripada kisah ini, Mami ingin berpesan kepada diri sendiri & jugak kepada ibu bapa yang lain:-

1. Jangan terlalu obses dengan sesuatu. Kalau nak bereksperimen sekali pun, jangan sampai ada pihak yang terpaksa merana menanggung akibatnya. Bab nyawa bukan boleh ditukar ganti.

2. Jika kita sedar kita bukan pakar dalam sesuatu bidang, let the experts do their job. Jangan nak memandai2 memperbodohkan diri sendiri. Bila keadaan jadi bertambah buruk, nak menyesal pun dah tak berguna.

3. Bila kita bercakap/menulis di FB, twitter, blog etc..biar percakapan/tulisan kita tu bersandar dengan konsep Aqidah. Maksudnya, dahulukan Allah sebagai yang MAHA BERKUASA daripada benda2 lain yang hanya menjadi asbab sesuatu itu berlaku dengan izinNYA.

Cukup sekadar ini. Akhir kalam, Mami berdoa dan berharap agar baby malang ini diberi kesembuhan oleh Allah SWT, pulih dan membesar dengan sihat. Amin..

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, May 19, 2014

Studio Apartment!!

Baru2 ni kami sefamili berpeluang untuk 'bercuti' di Melaka. Di sana kami menginap di Bayou Lagoon Park Resort dan memilih bilik jenis studio apartment. Makcik first time dapat stay kat bilik camni agak jakun gak la..Bilik memang spacious (check kat website, keluasannya ialah 76 m²) lebih kurang sebesar apartment kos rendah gitu. Kalau 1 family ada 5 orang pon masih boleh dok sini dengan selesa. Cuma kena bawak tilam bantal sendiri la sebab pihak resort designed bilik ni untuk 2 orang je..hihihi.. Ok..tak payah nak gebang panjang2, jom jelajah gambo yang Mami sempat snap kat sana...

 Image result for studio apartment bayou lagoon park resort melaka



Bukak aje pintu bilik, nampak mini bar ni dulu. Yang paling Mami suka kat part ni ialah tiang divider tu. Moden kontemporari gitu. Bestnye lahai kalo dapat buat divider gini kat rumah...hihihi..

 Image result for studio apartment bayou lagoon park resort melaka
 Then ade mini living are yang simple yet interesting..

Image result for studio apartment bayou lagoon park resort melaka
 TV tu dilapik dengan 'tray kayu' yang boleh dipusingkan 360˚.. so, kalo rasa nak menonton movie sambil berbaring santai2 dalam selimut, pusingkan aje TV tu menghadap ke katil..walla!!

Disebalik langsir tu ada pulak balkoni. Tapi view tak menarik sebab menghadap blok sebelah..
Image result for bayou lagoon park resort

Berhadapan dengan mini living area ada katil single 2 buah yang boleh dirapatkan menjadi queen size. Bab yang ni Mami tak berapa berkenan sangat sebab kami kan bertiga. Bila semua sekali nak tido kat atas katil tu, sesapa yang dok kat tengah boleh jadi silap haribulan akan jatuh/tersepit di antara 2 katil tu. Nayaaa...
Tapi Alhamdulillah..walaupun begitu keadaan katilnya, kami bertiga dapat tidur dengan selesa selepas dapat idea dengan men'transform'kan 2 seater sofa di living area tu sebagai 'portable baby cot' untuk Haziq. Caranya, rapatkan sofa ke katil serapat mungkin & alaskan dengan comforter untuk menaikkan lying space supaya sama paras dengan ketinggian tilam..  


 Image result for studio apartment bayou lagoon park resort melaka 
(Gambar: credit to iBilik) 

Di sebelah katil ada mini wardrobe yang tersimpan di dalamnya beberapa batang hanger & sebuah seterika. So, kalo sesapa datang sini tak perlu susah2 bawak iron dari rumah @ nak call receiptionist mintak iron. Semuanya tersedia...
Ok..bersebelahan dengan wardrobe tu nampak macam tingkap kan? Iye..memang betul tingkap. Tapi itu bukan sebarangan tingkap tau..Itu ialah tingkap yang boleh nampak bilik air. 
 Tak percaya? Meh tengok gambar ni..

Image result for studio apartment bayou lagoon park resort melaka

Menarikkan?? Boleh main intai2...cakkk!!
Image result for studio apartment bayou lagoon park resort melaka
Bilik air studio apartment ni memang besar. Bukaan lebarnya saja 8-9 kaki @ 1/2 daripada lebar bilik. Susun atur kat dalam pun cute je..tapi menarik..
Boleh main kejar2 dalam bilik air sebab luas sangat...Mami suka design sinki & top tu..modern gitu...


Image result for bayou lagoon park resort
Last but not least, di sebelah kanan pintu bilik air ada mini pantry yang lengkap dengan kabinet & freezer. Mami sukaaaaaa...
Dok berangan kalo pasni datang lagi sini bawak baby kecik memang takde masalah lah kalo kata nak masak puree/baby poridge..@ nak simpan EBM.. BF mom friendly gituuuu!
Dengan kabinet yang comfortable tu, bertambah seronoklah Mami dok loading stock makanan kami sementara kat sana.ngeeeee.... 
(tapi gambonye Mami tak teringat pulak nak snap)
Bawah sinki...tempat tong sampah kecik & demi menjaga kebersihan & juga mengelakkan mata Mami naik serabut, kabinet bawah sinki ni Mami jadikan stor penyimpanan kasut/sandal kami...jadi, bilik kami selamat daripada kasut2 yang bersepah...

  Kesimpulannya, Mami berpuas hati dengan kemudahan & kelengkapan yang tersedia dalam Studio Apartment Bayou Lagoon Park Resort Melaka ni. Jika nak diskalakan dengan bilangan bintang, Mami bagióóó daripada óó óóó 
 Sekian review Mami.

Jika ada yang berminat untuk lalui pengalaman bermalam di sini, alamatnya seperti di bawah:-


Bayou Lagoon Park Resort
Jalan Wakaf Utama
Bukit Katil
Ayer Keroh
Melaka


RM286/day (harga termasuk sarapan pagi)

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, May 16, 2014

Haziq @ IKEA

1 May lepas sempena cuti Labour Day Mami & Haziq dengan ditemani Makcik sedara Haziq a.k.a Acik Yana pergi ke IKEA, berjalan2 sambil memcuci mata. Malas nak celoteh panjang2..jomlah layan gambo...

Kebetulan masa kami pegi tu IKEA buat sambutan utk Children's Week, makanya memang banyaklah display stuff utk anak2 kecik ni..apalagi....Haziq jadi rambang matalah..semua benda dia nak sentuh, nak main.. tapi paling minat ngan mainan masak2..haishhhhh...agaknye Haziq beso esok nak jadi chef kot???

Mami: Apa tu Haziq?
Haziq: Sayur..

"Nak acak cayur"

Sibuk di dapur..

Kongsi dapur ngan amoi...

Banyaknyeeeee...rambang mata Haziq tak tau nak main yang mana 1..

"awak nak makan ape?"

"wow..kek..nyamnyam...sedap!!"

Main khemah pulak..Masuk kot kiub hijau tu, ikut pulak terowong kecik masuk dalam khemah kuning-merah...

Kemain seronok dia main sampai takmo balik...

Akhirnya Mami 'terjebak' jugak belikan Khemah kuning merah tu utk Haziq..

Penat..rehat jap...

Cukup cerita pasal Haziq, Mami nak cerita pulak barang2 kat IKEA yang Mami minat.. Jom...

Ni lemari baju 2 pintu... Mami berkenan sangat..

Murah..

Ni dalam lemari tu (tak termasuk aksesori)..Cantik kalo buat lemari baju untuk Haziq 

Lagi..bahagian dalam lemari...kat bawah tu boleh letak box..simpan baju2 Haziq yang dah x muat

Ni meja kecik beroda..Kalo beli Mami nak buat tempat letak TV dalam bilik..
kat atas letak TV, kat bawah letak player..

RM99..boleh la kan..?

Rak buku...ni molek gak kalo letak kat our SOHO. Takdelah files sume berderet je susun ats meja..
Tak pun elok jugak dijadikan tempat utk Mami susun atur barang kat dapur..kikikik...

Murah & berpatutan...

Ni meja kecik..Mami dah beli pun..tapi tak dapat kaler ni..dapat kaler merah menyala cam kaler tag tu..Mami beli sebab gantikan 'meja study' Haziq yang Abi dah ambik buat letak TV dalam bilik...

Rak buku lagi....dah lama Mami dok aim rak ni..Asal2nye Mami plan kalo beli rak ni nak letak kat ruang tamu. Tapi rak ni tak bertutup plak..Kalo letak magazines confirm jadi tempat paling best utk Haziq 'berkreativiti' plak nanti..Mungkin the best jadikan  storage kat SOHO kami..

Harga maintain..tak turun2, tak naik2..

Sekian...cerita IKEA..
  
shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, May 14, 2014

Haziq @ Perkembangan usia 24-28 bulan (2-2thn 4bln)

Sejak Haziq kini sudah pun berusia 2 tahun ++, Mami dah tak update lagi milestone Haziq every month. Noooo...bukan malas ke ape. Tiap2 hari Mami observe tentang perkembangan Haziq. Sangat eksaited ok..tapi sebab Mami dah plan awal2 by age of 2 Mami akan update milestone Haziq 3-4 bulan sekali..so, just follow jela kan...(wink..wink..)
ok back to the main point..jom layan cerita Haziq pulak..sebelum tu, Mami nak bagi amaran dulu..semua yang tersenarai di bawah ini bukan modal utk Mami mengatakan oh..anakku lah yang paling bijak or whatsoever, tapi semua ini adalah untuk rekod Mami sebagai rujukan untuk anak2 akan datang/kenangan Mami membesarkan anak yang bernama Haziq ini.
Perkembangan fizikal:
Berat (setakat 11.4.2014) = 12.2kg
Tinggi (setakat 11.4.2014) = 96.5cm
BMI = 13.1(underweight) huhuhuhu...kene gain weight about 1.5kg lagi ni baru boleh dapat healthy weight.
Actually Haziq ni memang jenis yang 'pemakan' tapi dalam masa yang sama jenis yang senang 'membuang'. Minimun sehari 2 kali..biasa 4-5 kali. Mungkin gak kot ini penyebabnya kenapa Haziq susah nak jadi montel. Ditambah lagi dengan tahap aktifnya yang tak boleh dok diam tu, lagi lah membuatkan lemak dalam badan Haziq jadi macam touch & go, tak boleh nak 'stay' lama..cepat aje terbakor...tsssskkkk... 
Perkembangan pertuturan:
Alhamdulillah..80-90% percakapan Haziq boleh difahami oleh orang sekeliling. Susunan ayatnya jugak dah mula teratur cuma agak pelat. Tapi bukan semua perkataan dia sebut dengan pelat, ada jugak yang disebut dengan jelas. Biasalah..nama pun budak kecik kan.Vocab Haziq baik dalam BM atau English semakin bertambah.
Perkara yang membanggakan Mami & Abi:
Banyakkk..di antaranya:-
1. Dah hafal doa makan & doa nak tidur. Doa makan boleh baca dengan sangat lancar & betul.
2. 90% nyanyian yang keluar daripada mulutnya setiap hari adalah zikir2, Lailahaillallah..selawat..istighfar..
3. Di samping kartun, juga menggemari qasidah & nasyid..(Nampak aje telefon Mami / Abi, terus request nak Ya Hanana. Masuk aje dlm kereta, jangan harap kami boleh dengar radio lain selain daripada kena layan Ya Hanana...obses betul dengan Ya Hanana sampai terkadang tu pening gak Mami & Abi ni..hihihi..)
4. Pandai makan nasik pakai tangan (suke sangat tengok Haziq cubit lauk, pastu combine dengan nasik & sayur terus suap masuk mulut..comel sangat!!).
5. Gemar menulis/melukis dengan gaya pegangan pen/pensel yang betul & pandai kontrol tangan untuk menulis/melukis.
6. Boleh mengira 1 - 10 dalam bahasa melayu dengan turutan yang betul.  
7. Ingat sebahagian ABC & Alif Ba Ta..
8. Gemar menonton sambil imitate nyanyian dan gaya dalam klip video.
9. Pakai selipar dengan betul, takde terbalik2 lagi.
10. Mula mengenal warna.
11. Walau belum pandai membaca, tapi Haziq boleh tau siapa yang call Mami dengan hanya melihat nama yang muncul di skrin telefon (sebab Haziq dah boleh hafal jika hurufnya gini2...maka huruf2 itu merujuk kepada nama Abi. Sama juga dengan penggunaan telefon. Tau aje dia godek2)
12. Berdikari..semua nak buat sendiri. "biar Haziq buat.." katanya. Nak minum ribena gi bancuh sendiri, nak minum air, gi tekan sendiri kat water cooler..lipat baju pun nak lipat sendiri. pantang nampak penyapu sampah, dok pegang penyapu jelah kerjanya..adoi... 
13. Dah tak perlu sangat paksa2 sangat nak gosok gigi. 
  
Perkara yang masih dalam wishlist Mami:
1. Potty train. Haziq bagitau bila nak buang air, bukan bila dah membuang baru nak cakap.
2. Minum susu kat rumah nenek (babysitter) tak pakai botol lagi.
3. Boleh bukak baju (tshirt) sendiri tanpa bantuan.
4. Hafal surah2 pendek.
5. Kenal ABC, Alif Ba Ta, 123
6. Nak Haziq jadi montel sikit.
Ok..done bab mengarang, now time to enjoy pic plak..Jom layannnnnn...
Melukis...
Mami: gambar ape tu Haziq?
Haziq: Lipas....
Mami: .........oo lipas camtu ye?

Tengah layan YaHanana...mengada2 dok gigit jari plak. Lagi Mami larang, lagi dia dok galak buat..

Tembakkkkk....Tengah2 hari buta pakai baju tidur semata2 baju tu ada gambar Otomen..haishhh!!

Makan yogurt

Gara2 nak lipat baju/kain sendiri..layankan jelahhhh...

Main masak2 kat IKEA...

Chef cilik Mami..share dapur dengan Amoi kecik..hihihihi...
shawqunnur.blogspot.com ®