Sejak Haziq kini sudah pun berusia 2 tahun ++, Mami dah tak update lagi milestone Haziq every month. Noooo...bukan malas ke ape. Tiap2 hari Mami observe tentang perkembangan Haziq. Sangat eksaited ok..tapi sebab Mami dah plan awal2 by age of 2 Mami akan update milestone Haziq 3-4 bulan sekali..so, just follow jela kan...(wink..wink..)
ok back to the main point..jom layan cerita Haziq pulak..sebelum tu, Mami nak bagi amaran dulu..semua yang tersenarai di bawah ini bukan modal utk Mami mengatakan oh..anakku lah yang paling bijak or whatsoever, tapi semua ini adalah untuk rekod Mami sebagai rujukan untuk anak2 akan datang/kenangan Mami membesarkan anak yang bernama Haziq ini.
Perkembangan fizikal:
Berat (setakat 11.4.2014) = 12.2kg
Tinggi (setakat 11.4.2014) = 96.5cm
BMI = 13.1(underweight) huhuhuhu...kene gain weight about 1.5kg lagi ni baru boleh dapat healthy weight.
Actually Haziq ni memang jenis yang 'pemakan' tapi dalam masa yang sama jenis yang senang 'membuang'. Minimun sehari 2 kali..biasa 4-5 kali. Mungkin gak kot ini penyebabnya kenapa Haziq susah nak jadi montel. Ditambah lagi dengan tahap aktifnya yang tak boleh dok diam tu, lagi lah membuatkan lemak dalam badan Haziq jadi macam touch & go, tak boleh nak 'stay' lama..cepat aje terbakor...tsssskkkk...
Perkembangan pertuturan:
Alhamdulillah..80-90% percakapan Haziq boleh difahami oleh orang sekeliling. Susunan ayatnya jugak dah mula teratur cuma agak pelat. Tapi bukan semua perkataan dia sebut dengan pelat, ada jugak yang disebut dengan jelas. Biasalah..nama pun budak kecik kan.Vocab Haziq baik dalam BM atau English semakin bertambah.
Perkara yang membanggakan Mami & Abi:
Banyakkk..di antaranya:-
1. Dah hafal doa makan & doa nak tidur. Doa makan boleh baca dengan sangat lancar & betul.
2. 90% nyanyian yang keluar daripada mulutnya setiap hari adalah zikir2, Lailahaillallah..selawat..istighfar..
3. Di samping kartun, juga menggemari qasidah & nasyid..(Nampak aje telefon Mami / Abi, terus request nak Ya Hanana. Masuk aje dlm kereta, jangan harap kami boleh dengar radio lain selain daripada kena layan Ya Hanana...obses betul dengan Ya Hanana sampai terkadang tu pening gak Mami & Abi ni..hihihi..)
4. Pandai makan nasik pakai tangan (suke sangat tengok Haziq cubit lauk, pastu combine dengan nasik & sayur terus suap masuk mulut..comel sangat!!).
5. Gemar menulis/melukis dengan gaya pegangan pen/pensel yang betul & pandai kontrol tangan untuk menulis/melukis.
6. Boleh mengira 1 - 10 dalam bahasa melayu dengan turutan yang betul.
7. Ingat sebahagian ABC & Alif Ba Ta..
8. Gemar menonton sambil imitate nyanyian dan gaya dalam klip video.
9. Pakai selipar dengan betul, takde terbalik2 lagi.
10. Mula mengenal warna.
11. Walau belum pandai membaca, tapi Haziq boleh tau siapa yang call Mami dengan hanya melihat nama yang muncul di skrin telefon (sebab Haziq dah boleh hafal jika hurufnya gini2...maka huruf2 itu merujuk kepada nama Abi. Sama juga dengan penggunaan telefon. Tau aje dia godek2)
12. Berdikari..semua nak buat sendiri. "biar Haziq buat.." katanya. Nak minum ribena gi bancuh sendiri, nak minum air, gi tekan sendiri kat water cooler..lipat baju pun nak lipat sendiri. pantang nampak penyapu sampah, dok pegang penyapu jelah kerjanya..adoi...
13. Dah tak perlu sangat paksa2 sangat nak gosok gigi.
Perkara yang masih dalam wishlist Mami:
1. Potty train. Haziq bagitau bila nak buang air, bukan bila dah membuang baru nak cakap.
2. Minum susu kat rumah nenek (babysitter) tak pakai botol lagi.
3. Boleh bukak baju (tshirt) sendiri tanpa bantuan.
4. Hafal surah2 pendek.
5. Kenal ABC, Alif Ba Ta, 123
6. Nak Haziq jadi montel sikit.
Ok..done bab mengarang, now time to enjoy pic plak..Jom layannnnnn...
Melukis...
Mami: gambar ape tu Haziq?
Haziq: Lipas....
Mami: .........oo lipas camtu ye?
Tengah layan YaHanana...mengada2 dok gigit jari plak. Lagi Mami larang, lagi dia dok galak buat..
Tembakkkkk....Tengah2 hari buta pakai baju tidur semata2 baju tu ada gambar Otomen..haishhh!!
Makan yogurt
Gara2 nak lipat baju/kain sendiri..layankan jelahhhh...
Main masak2 kat IKEA...
Chef cilik Mami..share dapur dengan Amoi kecik..hihihihi...
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.