Tuesday, July 16, 2013

Cruise Travel (part3)

Sambungan daripada entry lepas..(Maafkan Mami.entry ni memang dah jadi jeruk..hukhukhuk..)

Persinggahan di Patong, kami balik dengan tangan kosong sebab bagi kami harga barangan di sana agak mahal dan langsung tak berbaloi rasanya untuk membeli barangan yang juga boleh dibeli di negara sendiri dengan harga yang mungkin jauh lebih murah. Jadi selepas kami bersolat jama' takhir zohor-asar (di saat waktu yg hampir luput..huhuhuhu..) dan seterusnya bersolat jama' taqdim maghrib-isyak di surau yang sangat selesa itu, kami hanya berjalan2 di dalam mall dan makan di kiosk Shawarma Kebab sementara menunggu ketibaan bas yang membawa kami kembali ke jeti.

Jam 9 malam kami dihantar balik ke jeti. Menariknya di persisiran jeti tu ada pulak 'pasar malam' yang menjual pelbagai barangan termasuklah makanan dan tambah menarik lagi, ada peniaga Muslim yang pandai berbahasa melayu dialek kelantan. Alhamdulillah..sekali lagi perut kami 3 beranak terisi di 'pasar malam' tu selepas kami singgah untuk merasa sendiri tomyam (ejaan di sana 'Tom Yung') yang dimasak oleh warga Thai di bumi Thailand sendiri..perghhh...memang sedap!! Malam tu kami tidur dalam kekenyangan yang teramat sangat!! muahahahahahah...

30.4.2013 (Selasa)
Hari ke-3 kami di bumi Thailand. Acara hari ni kami akan ke Krabi yang letaknya tak jauh daripada Phuket. Perjalanan daripada Phuket ke Krabi dengan cruise mengambil masa lebih kurang 8-9 jam.

Acara bermula lepas jam 10 pagi, kami sekali lagi berkumpul mengikut kumpulan yang telah di agih2kan untuk menaiki bot ke Krabi sebab kapal kami berlabuh di tengah2 laut dan kami perlu ke tanah besar dengan kenderaan lain.  Sampai di darat, kami terpaksa berjalan kaki agak jauh juga untuk tiba di kawasan parking bas yang kemudiannya akan membawa kami menjelajah di pulau Krabi ini. (Ceh, memang tourist guide ni nak mendera kami agaknya..dah la kena mendukung Haziq yang kadang2 takmo duduk dalam stroller..fuhhh..berpeluh ketiak Mami!!)

Dipendekkan cerita, singgahan pertama kami ialah di Giant Catfish Farm. Katanye catfish (keli) tapi sesampai kami kat tempat tu rupa2nya lebih kepada breeding farm sebab menurut tourist guide tu, tujuan tempat ni diadakan lebih kepada nak membiakkan balik jenis2 ikan yang dah nak pupus kesan daripada tsunami dulu..

  

Dalam 20 minit jugak kami di kawasan ternakan ikan tu, next destination ialah makan-makan sebab pakej kami hari ni inclusive of lunch sekali. Jadi kami segerombolan dibawa makan di sebuah kedai makan muslim tempatan. Alhamdulillah..Mami kenyang biarpun makan sambil berkejaran dengan Haziq..

Lepas makan, shopping time la pulak..hihihi..mak suka tau!! Kali ni ke Ao Nang.. Memandangkan kami tak beli lagi apa2 buah tangan daripada bumi Thai ni, jadi kami all out shopping sakan la kat sini. Beli t-shirt dan kain untk adik beradik, anak buah & mak abah..Alhamdulillah, semuanya dapat buah tangan daripada kami.

      
 Rambang mata Mami dok belek baju t-shirt kat sini. Penat dok membanding2 harga & tawar-menawar untuk dapat better price..hihihihi..makcik ni bab tawar menawar memang taknak kalah..!!! gasak la..janji Mak beli harga murah kan..?

Sampai jam 4.30 camtu kami pun mula gerak balik ke jetty, beratur panjang untuk ambik bot ke cruise. Tapi Alhamdulillah, sebab ada Haziq yang masih dianggap 'baby', kami dapat potong Q terus dapat naik bot lebih awal berbanding geng2 yang lain..ngeh ngeh ngeh..tq Haziq...      

Sampai di kabin, sesi meluruskan tulang belakang la pulak..hihihi..lepas solat, rehat, tgk TV, makan2, jalan2 keliling kapal..itulah yang kami ulang2 sementara nak tunggu esok. Tapi malam selepas jam 10 camtu ada pulak acara khas sempena ulang tahun kelahiran bos Mami. Memandangkan dah 2 malam Mami tak peduli sangat dengan aktiviti kapal, malam terakhir mami decide untuk turut serta. Haziq yang dah tido Mami angkut jugak naik Dek 9 tu semata2 nak rasa pengalaman.Fuhh...angin malam memang super best. Rase macam nak je lena kat situ. Patutla Abi syok je kuar malam2..hihihi..

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, July 15, 2013

Cruise Travel (Part 2)

....sambungan daripada entry lepas yang dah basi berkulapuk..hahahha...

29.4.2013 (Isnin)

Tidur di dalam cabin yang comel tu memang selesa. suhunya tak lah terlalu sejuk & tak jugak terlalu panas. Tapi memandangkan Haziq budak kecik yang lapisan lemak dalam badannya tak setebal Mami & Abi, Mami sentiasa pakaikan Haziq setokin sepanjang di dalam cruise. Dada, belakang, perut & tapak kaki Haziq pulak Mami sapu dengan minyak hangat untuk mengelakkan Haziq selesema & kembung perut. 

Berbalik kepada cerita Cruise, pagi2 lagi kami dah keluar dari kabin kami dan terus ke Dek 10 untuk melihat pemandangan sunrise. Haziq yang dah sememangnya bangun awal takde masalah untuk kami bawak ke Dek 10 tu even pada awal pagi..

Awal pagi di atas Dek 10.Kami dihembus angin Laut Andaman yang sejuk & sangat selesa..

Lepas sarapan, kami akan meneruskan kembara di bumi Allah ini dengan menjelajah Phuket. Awal2 lagi tiket untuk Phuket Sightseeing & Shopping ditempah oleh Management ofis Mami dan pengembaraan kami akan bermula seawal jam 9 pagi dan akan berakhir pada jam 9 malam.

Jam 9.30 gitu kami check out dari cruise, berkumpul mengikut kumpulan yang dah ditetapkan semalam. Kami 1 grup di bawa menjelajah kawasan sekitar pulau Phuket tu dengan bas persiaran. Kalo nak diikutkan apa yang tercatat kat dalam 'tiket' kami, 1st experience hari ni ialah Promthep Cape. Memandangkan kami hanya duduk aje dalam bas, maka tourist guide yang sangat peramah tu la yang dok celoteh itu ini kat kami sepanjang perjalanan kami tu. Semuanya cerita tentang tempat2 yang best kat area Phuket ni la..Tapi Mami lupa pulak sapa nama tourist guide tu..heheheh..
 
The most memorable part yang Mami boleh describe tentang Phuket is sitem pendawaian letrik mereka yang pada pendapat Mami sangat 'menyeramkan'. Tengok lah...wayar letrik dan telefon semuanya pada 1 tiang yang sangat berselirat dan kadang2 sehingga berada betul2 di atas bumbung rumah orang..phewwww...(xmo imagine perkara buruk yang akan berlaku)

 

Persinggahan pertama Monkey School..layan la sekejap tengok monkey show..

 
Pastu elephant show pulak..

 
& last sekali Elephan Treking la...Pengalaman pertama Mami naik gajah dengan Haziq. Hoi..scary giler..tinggi wooo..kalo le tibe2 gajah tu utergelincir & kitorang terjatuh...huhuhuhu..xmo bayangkan..memang kecut perut. The worse part masa kami naik gajah bila gajah tu tetiba je singgah mandi & disemburnye kami yang dok kat atas balakangnye dengan air paya yang kotor & busuk tu...eeiiiiii.... 

Next destination ialah ke Sri Burapa Cashew Nut Factory and Shop.  Kat sini  sebenarnya ala2 kilang la. Tapi kecik je. Kat luar 'kilang' ni ada pokok gajus yang besar dengan buah yang lebat meranum. Sekali kami tertipu da...adeh...rupa2nya buah plastik je..yang ori hanya ada beberapa biji, itu pon masih putik..cis!!.. Tentang kacang gajus pulak, ada macam2 perisa yang diproses dan dijual kat sini. Tapi bagi Mami semua tu biasa2 je & harganya pon bukan murajh sangat. So, Mami decide utk tak beli apa2 kat sini except 4 keping fridge magnet je yang berharga 100 baht (RM10) dan hanya 'merasa' kacang gajus yang free tu aje...hihihihi..
 
Ape2 pon..kat sini kene selalu aware tentang ingredient dalam makanan tu sebab pork & alcohol memang dah jadi perisa asasi dalam makanan diorang kat sini.

Kemudian, kami ke Wat Chalong pulak melawat the the biggest and most ornate kuil Buddha di Phuket ni. Tapi Mami tak turun pon sebab rasa macam malas sangat nak berpanas kat luar tu semata2 nak nengok kuil..hihihih..Tapi akhirnya Mami terpaksa jugak turun sebab si Haziq dah poo poo..so kena la basuh..ceh.. 

Then, kami dibawak pulak ke Premium Outlet. Katanya tempat ni menjual barang2 branded dengan harga kilang. Tapi pada pandangan Mami, price lebih kurang cam kat Malaysia je. Takde apa yang menarik untuk dibeli pon..

Destinasi terakhir sebelum kami berangkat kembali ke Cruise ialah di Jungceylon Shopping Mall yang terletak berhampiran pantai Patong. Kalo kat Malaysia , shopping mall ni lebih kurang macam kat Mid Valley la.. Masa sampai kat sini, jam dah pun menghampiri ke pukul 6 ptg. Dengan kami yang masih lagi belum solat zohor dan Asar, makanya kami decide utk solat jamak ta'khir di sini saja. Tapi mencari musolla di tempat ni memang satu pengalaman yang Mami tak boleh lupa sampai bila2. Fuhhhh...hampir2 luput waktu Asar baru kami berjumpa surau. Alhamdulillah ada yang membantu kami..syukur..akhirnya dapat la kami bersolat dengan aman. Siap buat jamak taqdim lagi untuk waktu maghrib & isyak. Haziq pon siap mandi la kat surau tu..hihihih.. Cuma yang bestnye tentang surau tu, even banyak nyamuk & agak daif keadaannya, tapi surau tu dilengkapi dengan aircond...fuh..memang selesa la..hihih





shawqunnur.blogspot.com ®