Sambungan daripada entry lepas..(Maafkan Mami.entry ni memang dah jadi jeruk..hukhukhuk..)
Persinggahan di Patong, kami balik dengan tangan kosong sebab bagi kami harga barangan di sana agak mahal dan langsung tak berbaloi rasanya untuk membeli barangan yang juga boleh dibeli di negara sendiri dengan harga yang mungkin jauh lebih murah. Jadi selepas kami bersolat jama' takhir zohor-asar (di saat waktu yg hampir luput..huhuhuhu..) dan seterusnya bersolat jama' taqdim maghrib-isyak di surau yang sangat selesa itu, kami hanya berjalan2 di dalam mall dan makan di kiosk Shawarma Kebab sementara menunggu ketibaan bas yang membawa kami kembali ke jeti.
Jam 9 malam kami dihantar balik ke jeti. Menariknya di persisiran jeti tu ada pulak 'pasar malam' yang menjual pelbagai barangan termasuklah makanan dan tambah menarik lagi, ada peniaga Muslim yang pandai berbahasa melayu dialek kelantan. Alhamdulillah..sekali lagi perut kami 3 beranak terisi di 'pasar malam' tu selepas kami singgah untuk merasa sendiri tomyam (ejaan di sana 'Tom Yung') yang dimasak oleh warga Thai di bumi Thailand sendiri..perghhh...memang sedap!! Malam tu kami tidur dalam kekenyangan yang teramat sangat!! muahahahahahah...
30.4.2013 (Selasa)
Hari ke-3 kami di bumi Thailand. Acara hari ni kami akan ke Krabi yang letaknya tak jauh daripada Phuket. Perjalanan daripada Phuket ke Krabi dengan cruise mengambil masa lebih kurang 8-9 jam.
Acara bermula lepas jam 10 pagi, kami sekali lagi berkumpul mengikut kumpulan yang telah di agih2kan untuk menaiki bot ke Krabi sebab kapal kami berlabuh di tengah2 laut dan kami perlu ke tanah besar dengan kenderaan lain. Sampai di darat, kami terpaksa berjalan kaki agak jauh juga untuk tiba di kawasan parking bas yang kemudiannya akan membawa kami menjelajah di pulau Krabi ini. (Ceh, memang tourist guide ni nak mendera kami agaknya..dah la kena mendukung Haziq yang kadang2 takmo duduk dalam stroller..fuhhh..berpeluh ketiak Mami!!)
Dipendekkan cerita, singgahan pertama kami ialah di Giant Catfish Farm. Katanye catfish (keli) tapi sesampai kami kat tempat tu rupa2nya lebih kepada breeding farm sebab menurut tourist guide tu, tujuan tempat ni diadakan lebih kepada nak membiakkan balik jenis2 ikan yang dah nak pupus kesan daripada tsunami dulu..
Dalam 20 minit jugak kami di kawasan ternakan ikan tu, next destination ialah makan-makan sebab pakej kami hari ni inclusive of lunch sekali. Jadi kami segerombolan dibawa makan di sebuah kedai makan muslim tempatan. Alhamdulillah..Mami kenyang biarpun makan sambil berkejaran dengan Haziq..
Lepas makan, shopping time la pulak..hihihi..mak suka tau!! Kali ni ke Ao Nang.. Memandangkan kami tak beli lagi apa2 buah tangan daripada bumi Thai ni, jadi kami all out shopping sakan la kat sini. Beli t-shirt dan kain untk adik beradik, anak buah & mak abah..Alhamdulillah, semuanya dapat buah tangan daripada kami.
Rambang mata Mami dok belek baju t-shirt kat sini. Penat dok membanding2 harga & tawar-menawar untuk dapat better price..hihihihi..makcik ni bab tawar menawar memang taknak kalah..!!! gasak la..janji Mak beli harga murah kan..?
Sampai jam 4.30 camtu kami pun mula gerak balik ke jetty, beratur panjang untuk ambik bot ke cruise. Tapi Alhamdulillah, sebab ada Haziq yang masih dianggap 'baby', kami dapat potong Q terus dapat naik bot lebih awal berbanding geng2 yang lain..ngeh ngeh ngeh..tq Haziq...
Sampai di kabin, sesi meluruskan tulang belakang la pulak..hihihi..lepas solat, rehat, tgk TV, makan2, jalan2 keliling kapal..itulah yang kami ulang2 sementara nak tunggu esok. Tapi malam selepas jam 10 camtu ada pulak acara khas sempena ulang tahun kelahiran bos Mami. Memandangkan dah 2 malam Mami tak peduli sangat dengan aktiviti kapal, malam terakhir mami decide untuk turut serta. Haziq yang dah tido Mami angkut jugak naik Dek 9 tu semata2 nak rasa pengalaman.Fuhh...angin malam memang super best. Rase macam nak je lena kat situ. Patutla Abi syok je kuar malam2..hihihi..
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.