Ingat tak satu ketika dulu sekitar bulan Mac - April tahun 2012.. dalam media, especially TV3 & Facebook dok hangat bercerita pasal Adik Ahmad Sufi..Ala.. baby yang lahir kat Sydney yang ada masalah paru-paru tu. Mami sangat2 yang mengikuti perkembangan adik Sufi ni time tu.. Kesian sangat kat baby ni. Tengok gambar2 yang ayah/ibunye post kat FB tu betul2 meruntun hati dan jiwa keibuan Mami ni. Hari2 Mami berdoa moga baby Sufi kuat semangat & cepat sembuh. Alhamdulillah berkat doa semua ibu ayahnya dan juga semua orang, sekarang Sufi dah sembuh.
Nak jadikan cerita, Ahad (28.7.2013) lepas kami sekeluarga berjalan-jalan pegi ke Purtajaya. Pegi pulak dah petang so, kami decide untuk berbuka di sana. Gamba memang takde sebab macam not in mood to snap pic..hahahahha..ada plak camtu kan??? Sementara nak tunggu waktu berbuka, Mami bawak la Haziq jalan2 kat sekitar tasik Putrajaya tu. Dalam dok eksaited2 jalan tu Mami bertembung pulak dengan sorang lelaki tengah dok layan budak kecik lebih kurang umur 1thn. Sekali imbas dalam hati Mami berdetik, "ish..rasa macam kenal la orang ni..tapi kat mana & siapa ye???" Puas Mami dok pikir. Mami dok usha lagi 2 beranak tu..last2..ping!!!! hah..Mami dah ingat..agak2 Mami, lelaki tu ialah En. Romi Agus & budak kecik tu ialah baby Sufi..Tapi time tu Mami still tak berapa sure..mana la tau, pelanduk 2 serupa ke..hihihi.. lagi pulak Mami tengok 'Sufi' macam kecik je..tengok dalam gambar macam bambam, lepas tu kulit putih melepak..tapi 'Sufi' ni lain sikit.. Takpe..Mami usha lagi tengok kot ada lagi klu lain yang boleh confirmkan..
Nah...rupa2nya meja diorang betul2 di belakang meja kami (kami dah booked table kat Hadramawt). Mami memang cam sangat dengan perempuan yang duduk kat meja tu.. Pn. Adlina..maknya baby Sufi. Subhanallah...memang tepat agakkan Mami. Mami bisik kat Abi.."kat belakang kita ni lah family baby Sufi yang dulu heboh kat MHI & facebook tu. Baby yang lahir kat Sydney, ada masalah pernafasan, dok kat ICU kat hospital sana." Abi macam biasa la respon dia..orang dah tua la katakan..hihihihi..sokmonye tak boleh nak recall. Tapi gaya macam tau..hihihi..jangan marah ye, Abi..
Nak jadikan cerita lagi, akhirnya Mami buat ringan mulut gi tegur En. Romi tu masa tu dok intai2 kek kat kaunter Secret Recipe selang beberapa table kami.
Mami: Ni adik Sufi ke?
En. Romi : Ye..
Mami : oh...inilah dia baby yang keluar kat MHI, facebook dulu..dah besar dia..dah sihat..saya selalu ikut perkembangan Sufi ni masa dia sakit dulu..
En. Romi : Ye ke..trima kasih lah..Sufi dah makin sihat sekarang..bla bla bla......
Camtu la kisah perbualan Mami dengan ayah Sufi..lepas tu Mami saja pegi jumpa pulak dengan ibu Sufi..salam & sembang lebih kurang...
Tak lama lepas tu, kami duduk di meja masing2 & concentrate dgn aktiviti masing2. Selesai berbuka, diorang bangun dulu..tapi yang best nya..diorang datang jumpa kami dulu sebelum balik..nice kan..
Sekian cerita Mami.. Cerita tentang keterujaan Mami sebab dapat bersua dengan Sufi yang Mami teringin sangat nak jumpa suatu ketika dulu. Alhamdulillah..Sufi dah pun 1thn 3 bulan, nampaknya semakin sihat. Pipinya masih bambam (tapi takdelah sebambam dulu @ cam gambar kat atas ni), rambut dah potong pendek..Dah takde lagi dok usung tong gas oksigen tu ke sana sini. Dah stop makan ubat..hanya follow up dengan hospital je sekarang ni. (Gamba Sufi yang terkini memang takde..Mami ada niat nak snap 1 pic dia sebelum berbuka hari tu..tapi Mami cam segan le pulak..hihihihi..) Alhamdulillah..Moga adik Sufi makin sihat..Allah pelihara adik Sufi & kita semua..amin..
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.