Insya Allah lagi 2 hari seluruh umat Islam khasnya di nusantara akan menyambut 'Idul fitdri' dan keluarga kecil kami akan memulakan destinasi balik kampung pada 6.8.2013 petang/malam esok. Frankly speaking Mami dah 'takde hati' nak bekerja, tapi kerana tugas..kuterpaksa..hohoho..
Bukan apa..yang sebenarnya mood nak raya dah membuak-buak ni. hihihi..macam budak kecik je kan??
Raya tahun ni, macam tahun2 lepas kami bersederhana. Persiapan untuk raya sekadarnya je. Tapi dalam pada kami bertiga, yang paling sedih Abi lah..sebab Abi terpaksa pakai baju melayu tahun2 lepas untuk solat sunat hari raya nanti. Semuanya gara2 Abi terlambat hantar kain ke tailor..hohohoho..(pengajaran utk Abi..lepas ni jangan bertangguh lagi nak buat baju..kalo tak...kena pakai baju lama lagi..huhuhuu..tak best!!!!!)
Alhamdulillah..untuk Mami dan Haziq, kami beraya dengan baju baru. Warna hijau pilihan tema kami tahun ni. Tapi hijau kami taklah seragam sangat sebab Mami ala2 hijau cendol, Haziq pulak more to hijau lumut & Abi pulak either hijau cam Mami or hijau epal. Gasaklah gayah...janji baju kan? hihihihi...Untuk 2nd day raya, kami pilih kaler ala2 maroon pink. Mami punya baju kurung pesak gantung, Abi & Haziq kemeja kotak2 sedondon. Utk raya ke3 & seterusnya, Mami pakai aje baju2 lama yang still nampak cantik..kikikikik..tapi bonus utk Abi & Haziq deme boleh melaram lagi dengan tshirt baru..kehkehkeh...
Habis bab baju raya. Mami nak cerita pasal kuih raya pulak. Tahun ni macam tahun2 sudah, Mami prepare kuih tunjuk je..hihihi...Mami memang teringin nak bake biskut raya, tapi facility kat rumah kami sangat2 tak mengizinkan. Oven cinonet je..hadiah kawen dulu. Kalo nak buat biskut 100pcs ntah brape sesi le nak masak biskut tu sebab sekali naik boleh masak dapat dalam 5 pcs je. Lepas tu oven Mami xde temperature indicator..pernah kononnye buat biskut beberapa kali sebelum ni, biskut Mami sokmonye hangus, kat luar dah ireng, dalam tak masak..macam2 la..so, Mami decide, no more baked biskut raya until Mami dah ada oven yang betul2 sesuai..hihihihi.. Tapi utk raya kali ni ada jugak 1 kuih raya yang Mami buat sendiri..biskut yang tak payah guna oven..goreng2 aje..kuih popia nestum..jadi la kan...hihihi..
Tahun ni Mami betul2 'berkira' order kuih raya. Mami taknak sejarah lama berulang kembali. Percaya tak, biskut raya tahun lepas punya pon masih ada lagi dalam tersimpan dalam peti ais kat rumah Mami?? Sebab tu la untuk tahun ni Mami just order/beli kuih yang betul2 Mami sure boleh cepat habis. Memandangkan Mami jenis yang hantu kerepek dan juga untuk mengelakkan pembaziran, pilihan kuih raya tahun ni lebih kepada kerepek2 saje. Biskut2 ada la dalam 2 3 jenis je buat penyeri balang kuih raya kata orang..kikikiki..
Ok lah..Mami penat berceloteh panjang2..Masa untuk kembali bekerja dah ni. Moga perjalanan balik kampung kami & kembalinya kami ke kota sentiasa dalam perlindungan dan peliharaan Allah SWT. Amin..
Jom layan aksi si kenit dok melaram baju raya..heh..tibe2 je kan..tititititi..sukati Mami la kan..
Si kenitku yang dah beso..
Elok2 je baju ni dengan Haziq..cuma seluar & panjang lengan kena lipat sikit
Big boy..1yr 6mo mase ni..pakai baju saiz 2 tahun pun ngam2 je..
Sebelum mengundurkan diri (macam tulis surat pulak kan?? hiiiiiii..) Mami mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan zahir & batin kepada sesiapa yang mengenali Mami & keluarga termasuklah mane2 silent reader blog ini. Salam 'Eid Mubarak minal 'Aidil wal Faizin.
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.