1.5.2013 (Rabu). Pengembaraan kami di bumi Thailand terhenti di sini. Kami dikehendaki untuk check-out daripada kabin masing2 sebelum jam 11am. Pendek kata, selepas sarapan, kami dah boleh check-out la.
Situasi check-out di Cruise samasekali tak serupa dengan check-out di hotel2. Di Cruise, kami diberi no. giliran dan berkumpul di dalam dewan sebelum officially keluar dari kapal. Banyak prosedur sebenarnya. Kami dipanggil mengikut no.giliran yang telah diberikan untuk memulangkan kad ekses kabin. Selepas itu kami akan melalui kaunter untuk penyerahan semula passport dan seterusnya ke kaunter bagasi. Alhamdulillah, dengan adanya Haziq urusan kami segalanya dipermudahkan. Pihak pengurusan Cruise sangat prihatin dengan penumpang yang membawa anak2 kecik macam Haziq ni. Jadi, sekali lagi kami dihalalkan untuk 'memotong barisan' dan akhirnya selamat check-out lebih awal.
Memandangkan kami semua akan bergerak kembali ke Klang dengan bas sewaan khas, makanya kami terpaksa menunggu sehingga semua penumpang ada. Ceh..bab ni yang tak best ni..elok je tadi dapat settle awal ni terpaksa menunggu pulak. Alhamdulillah semuanya selamat selepas jam 12 lebih kurang. Agenda seterusnya lunch, pusing2 bandar di Pulau Pinang, memborong jeruk2 satu kemestian dan berangkat pulang.
Tamat sudah cerita pengembaraan kami. Tips daripada Mami untuk sesiapa yang berminat untuk bercuti dengan Cruise:-
- Bawa pakaian yang tak perlu digosok sahaja.
- Bawa ubat2an/minyak angin sebagai precaution step jika tiba2 demam/tak sihat.
- Bawak tupperware kosong sebab makanan yang disediakan di restoren boleh ditapau sebagai bekalan semasa berada di luar kapal (di Phuket terutamanya amat sukar mencari makanan halal)
- Jika ada anak kecik yang menyusu susu formula, dapatkan air panas daripada restoren kerana di dalam kabin tidak disediakan kettle. Pastikan flusk air dibawa bersama-sama.
- Suhu di dalam kapal/kabin lebih rendah daripada suhu bilik (agak sejuk), pastikan membawa sweater & setokin.
- Bawak baju mandi (terutama anak2) jika ingin merasa pengalaman bersukaria di kolam renang sebab tanpa baju mandi yang proper, pihak pengurusan kolam renang tidak akan membenarkan untuk mandi kolam.
- Jaga kad ekses kabin sebaik mungkin sebab selain daripada sebagai 'kunci' untuk membuka pintu kabin masing2, kad itu juga umpama passport dan kad kredit setiap penumpang. Semua urusniaga di dalam Cruise hanya menggunakan kad ekses dan sebelum check-out, total expenses akan disemak dengan menggunakan kad tersebut.
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.