Friday, August 23, 2013

Raya raya raya..2013

Satu2nya gambar yang sempat di snap pada hari raya pertama..
Tahun ni 1 Syawal jatuh pada hari Khamis. Hari Selasa petang kami sekeluarga berangkat balik kampung. Alhamdulilah perjalanan balik kampung kami sangat lancar biarpun jumlah kereta bertambah. Kami selamat sampai di kampung Mami pada jam 10 malam. Di kampung sudah meriah dengan keluarga abang Mami yang sudah balik kampung lebih awal. Alhamdulillah, akhirnya dapatlah jugak merasa bersahur dan berbuka puasa dengan keluarga Mami. Kemeriahan menyambut Syawal di kampung sangat terasa bila semuanya berkumpul. Masing-masing komited dengan tugasan yang dipilih. Mak Mami sibuk dengan ketupat & rendang, Makyang sibuk dengan sup & kuih raya, Makteh kemas mengemas rumah, Mak usu mencuci pinggan mangkuk, Mami pulak bermandi peluh menggosok baju raya semua orang. Meriah dan sangat menyeronokkan. Terasa keakraban sesama adik-beradik yang jarang2 sangat dapat dirasa setelah masing-masing hidup membawa haluan masing2. Sesungguhnya silaturrahim di antara Mami & adik-beradik adalah sesuatu yang paling mahal yang tak boleh dibeli walau dengan harga yang berjuta..(huhuhu..tersyahdu syahdan plok..)

Aktiviti pagi raya macam biasa akan bermula dengan sarapan & seterusnya bersiap ke masjid untuk bersolat sunat Aidilfitri. Sepatutnya ada sesi bersalaman & bermaafan sebelum ke masjid, tapi memandangkan masing2 sibuk bersiap mengejar masa untuk ke masjid, terpaksa lah KIV dulu bab salam2 ni..boleh plak gitu kan? Tapi ada 1 lagi yang ekstravaganza di pagi 1 Syawal pada tahun ni sebab harijadi Mak Mami jugak kebetulan jatuh pada hari ini!! Wah...tambah meriah gitu!! Sambut raya dengan kek harijadi..!! Selesai solat sunat hari raya, kami berkunjung ke rumah Opah Mami sebentar sebab kalo tak pergi time ni, memang takkan sempat nak pegi lagi. Memang betul pun, sekembalinya kami dari rumah Opah, tetamu yang datang ke rumah langsung tak putus2, bersilih-ganti sehinggakan tak kering la tangan kami semua bersiap itu ini melayan tetamu. Sampai ke malam la kami melayan tetamu. Meriah betul suasana hari raya di kampung Mami. Adat kunjung-mengunjung sesama sanak saudara & jiran tetangga masih menjadi amalan. Teringat pengalaman berhari raya di kampung Abi yang sangat berbeza cara sambutannya. Lepas solat sunat hari raya, ziarah kubur, jika tak ke mana2, terus balik rumah, tengok TV. Takde rombongan orang masjid/surau, takde jiran tetangga yang datang berkunjung. Kalu ada pun budak2 je. Itu pun beberapa kerat. Langsung tak terasa meriah beraya. 2 kali Mami berpeluang beraya di kampung Abi, betul2 buat Mami rasa mati kutu. Pakai baju raya cantik2, tapi dok lepak kat rumah je. (Abi, sila jangan marah tau..sekadar berterus-terang..peace no war!!)

Hari raya ke-2, sebelum solat Jumaat kami mula berangkat ke kampung Abi yang jarak perjalanan lebih 100km daripada kampung Mami. Di dalam perjalanan sempat jugak ziarah member Abi yang kebetulan kampungnya satu daerah dengan Mami. Lebih 1 jam perjalanan, akhirnya kami selamat sampai di kampung Abi pada jam 3 ptg. Seperti yang Mami dah jangka, hanya mak mertua Mami & Irfan yang ada menyambut ketibaan kami. Abang sulung dan abang no.2 masih beraya di rumah mertua masing2. (Agak ralat jugak sebenarnya sebab Abi nak cepat sangat sampai kat kampungnya sebab hari raya pertama di kampung Mami, langsung tak sempat Mami nak beraya ke mana2 menziarah sahabat handai. Tapi dah namanya isteri kan..terpaksa rela jela..) Berbalik kisah di kampung Abi, selepas makan tengahari ala kadar, destinasi pertama kami beraya di rumah Makwan, kemudian ke rumah Opah. Memandangkan Opah akan berkenduri esoknya, maka dah tentu2nya lah Opah akan bizi sepanjang hari. Istilah 'beraya' di rumah Opah tu macam sekadar pegi jenguk muka jela atau secara kasarnya, 'pepandai kau lah layan diri kau sendiri' wakakakakakka...

Malamnya selepas solat jamak taqdim maghrib & isyak, kami ke rumah kawan Abi. Kemudian sekali lagi ke rumah Opah dengan tujuan nak menolong2 apa yang patut untuk kenduri esok. Tapi setiba di sana, langsung tak ada apa2 kerja yang perlu dibuat. Sekadar lepak2 kosong, minum2 air je.

Hari raya ke-3, selepas bersarapan masing2 bersiap2 untuk ke rumah Opah. Acara bermula jam 12 tengahari. Lepas tu balik rumah. Prepare serba sikit untuk kenduri esok. Malam lepas solat jamak taqdim maghrib & isyak kami ke rumah Maklah yang hanya selang beberapa pintu daripada rumah mak abah Abi. Acara bidan terjun sebenarnya sebab Pakcik nak sangat abang sulung Abi bagi tazkirah di rumahnya. Jam 10 lebih kurang kami semua balik ke rumah & tidur.

Hari raya ke-4, awal2 pagi masing2 dengan tugasan masing2 membantu apa yang patut membuat persiapan untuk kenduri tengahari nanti. Seperti biasa mak sebagai masterchef, Abi pembantu tukang masak, Mami memotong2 & menyiang udang, biras no. 1 menyiapkan sarapan, biras no.2 menyapu dan mengemas rumah, abang2 ipar susun atur meja kerusi, sepupu2 menyudahkan apa yang belum siap. Apa yang penting kenduri pada kali ni Mami tak rasa letih sangat sebab keluarga abang no.1 & 2 tiba lebih awal dan banyak membantu. Semasa kenduri dah berlangsung pun Mami relax aje. Petang selepas asar, abang no.1 balik ke rumahnya, abang no.2 balik ke rumah mertuanya. Yang tinggal hanya kami anak-beranak.

Hari raya ke-5 jam 10 kami mula bergerak balik ke kampung Mami semula. Tapi singgah dulu di Manjung di rumah cikgu Abi ber'mini reunion' di sana. Jam 5 petang baru sampai di kampung Mami. Yang tinggal hanya adik bongsu Mami, mak & abah. Hasrat hati nak menagajak abah dan mak beraya di rumah mak sedara, tapi semuanya terpaksa ditangguhkan sebab adik Mami yang tiba2 diserang athma masih lagi belum betul2 pulih.

Hari raya ke-6. Pagi2 selepas sarapan kami beraya di rumah jiran yang masih belum sempat dikunjungi. Selepas zohor kami sambung berhari raya di rumah jiran yang lain pulak, kemudian terus ke rumah Alang di Kati dan kembali balik ke rumah. Esok kami akan pulang ke rumah kami. Jadi pada waktu malamnya lebih banyak masa dihabiskan dengan melipat baju2 dan mengemas beg.

Hari raya ke-7. Kami kembali pulang ke kota. Cuti selama 8 hari telah tamat pada hari ini. Esok Mami & Abi akan mula bekerja seperti biasa. Tapi yang paling best, mak & abah Mami turut ikut kami. Jadi, biarpun kami cuma beraya di kampung selama beberapa hari, tapi kami masih berpeluang beraya dengan mak & abah di sini, di rumah kami.

Sekian kisah raya kali ini. Semoga kita semua masih diberi peluang untuk terus menyambut Ramadhan & Syawal pada tahun2 yang akan datang.Amin..

shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.