Satu ketika dulu ada kawan Mami share tentang kaedah perangkap nyamuk kat facebook & Mami ada salin kat tempat lain tapi ter'missplace' pulak. Tiba2 kelmarin Mami terjumpa balik post tentang ni. Terus Mami ambik keputusan nak salin dalam bentuk entry blog ni sebab confirm takkan hilang punya selagi Mami masih berblog..kihkihkih...
Ok..jom kita belajo cara kekdahnye..
Bahan-bahan:-
1 botol kosong (100plus 1.5L)
200ml air panas
50gm gula perang
1gm yis/ibu roti
Cara-cara penyediaan:-
Potong botol kepada 2 bahagian. Ketepikan bahagian atasnya.
Bancuh gula dengan air, sejukkan dan letak dalam botol (1/2 bahagian yang bawah)
Masukkan yis (tak payah kacau2 nak bagi sebati)
Ambik balik 1/2 bahagian botol bahagian atas yang diketepikan, fit in dalam bahagian yang dimasukkan air gula & yis tadi
Balut botol dengan sebarang material gelap/hitam
Letak di sudut2 tersembunyi kegemaran cik nyamuk bermastautin
Lepas 2 minggu boleh la tengok hasil tangkapan..
Senang sangat kan??? Teruja betul Mami nak try...Insya Allah..lapang2 sikit nanti pasti Mami akan buat jugak..
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.