Alhamdulillah tahun ke-2 berpuasa sebagai Mami. Tahun lepas Haziq kecik lagi. Baru pandai angkat2 bontot nak merangkak. 1st day solat terawih Mami dengan penuh rasa semangat bawak Haziq ke masjid untuk sama2 berterawih. Haziq ok aje..tak menangis pon even masa tu baru nak masuk 7 bulan. Tapi Mami tak boleh tahan dengan budak2 lain lep plak. Time Mami solat ade yang cuba nak dukung Haziq la, main dengan Haziq over2 sangat la sampai menjadikan Mami agak kecut perut & tersangat bimbang untuk teruskan solat dengan terawih & biarkan Haziq sorang2. So, the best solution is terpaksa la tunggu tahun depan (which is tahun ni) utk teruskan niat berterawih di masjid.
Tahun ni Mami kembali berkobar2 nak join solat terawih di masjid. Tapi Mami buat keputusan untuk bersolat di ruangan 'warga emas' je memandangkan ruang solat wanita terletak di tingkat 1 masjid dan keadaan ini mungkin akan mengundang bahaya kepada Haziq disebabkan Mami takut Haziq main tangga.. (yela Haziq kan dah 18bln..berjalan dah laju..!!)
Dipendekkan cerita, tahun ni sekali lagi Mami nampaknya terpaksa berterawih sendirian di rumah..huhuhu.. Kali ni bukan sebab Haziq kacau Mami solat, tapi Mami takut jemaah lain terganggu sebab Haziq ada sekali dua tu berlari kat depan saf. Even masa tu belum mula solat, tapi Mami ada terperasan makcik2 kat situ macam tak selesa ada budak kecik macam Haziq ni dok kat ruang solat tu. Jadi, sebelum ada orang bukak mulut complaint itu ini yg akhirnya akan buat Mami sakit hati & bertambah dosa, Mami decide untuk lupakan keterujaan berterawih di masjid dan akan berterawih dengan Haziq saja di rumah.. Dalam hati Mami memang kecewa yang teramat sangat tapi nak buat camna kan..biah masjid di kebanyakan tempat di Malaysia ni (kecuali masjid UIA tempat Mami belajar dulu) memang tak mesra kanak2. Bagi jemaah terutama makcik2 & pakcik2 yang tua2 tu, baby2 & anak2 kecik tak sesuai dibawak ke masjid, sedangkan bagi generasi berilmu seperti generasi Mami yang dah open minded ni memang sangat menggalakkan anak2 kecik dipupuk dengan budaya cinta masjid dan sangat tak bersetuju dengan istilah 'Masjid hanya untuk org2 tua'..oh..apalah daya Mami yang hanya berseorangan nak menyedarkan 'mereka' yang ramai itu..huhuhuhu..Mami terpaksa redho..Oh..terpanjang pulak luahan perasaan..hihihih..
Ok berbalik pada cerita puasa. Tahun ni Mami nak jadi lebih bersistematik dan berdisiplin dengan pengurusan waktu. Maklumlah..Mami kan isteri & ibu yang berkerjaya yang dalam masa yang sama nak serve the best utk familiy..So, puasa tahun ni Mami dah siap2 dengan plan menu yang sesuai utk kami anak-beranak. Contohnya:
MENU BERBUKA PUASA/SAHUR (Minggu pertama)
10/7/2013 (Rabu)
Ikan Sardin Goreng Berlado
Sayur Bayam Tumis
Soya Cincau
11/7/2013 (khamis)
Acar Ikan Tenggiri
Kangkung Tumis
Sambal sotong
Jus Mangga
12/7/2013 (Jumaat)
Pindang Serai Ikan
Tauge Tauhu Tumis
Air sunquick
13/7/2013 (Sabtu) Kerutub Ayam
Ulam-ulaman + Sambal Kuini
Puding Cendol
Air Soya
14/7/2013 (Ahad)
Siakap 3 Rasa
Timun + Sambal Serai
Caramel
Teh Herba
Iklan jap....Iklan jap...
Berselera je Haziq bersahur
Lepas makan tengok TV le plak ye Haziq..senangnye hidup jadi budak2 kan?? hihihi..
Apa2 pon Mami mengharapkan Ramadhan kali ni akan dapat dilaksanakan dengan cemerlang..amin Insya Allah...
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.