Monday, March 26, 2012

Doa Mami di setiap solat


 Ya Allah Ya Rahman Ya Razzaq Ya 'Alim Ya Matin
Kau permudahkanlah segala urusan kehidupanku 
Permudahkanlah aku untuk susukan anakku
Perkenankanlah hajat dan impianku untuk menyusukan anakku sehingga usia 2 tahun
Agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan
Sesungguhnya aku ingin sekali mendapat fadhilat menyusukan anak seperti yang Engkau janjikan
Ya Allah Ya Rahim
Engkau juga yang Maha Mengetahui betapa aku telah berusaha sedaya upaya demi memperbanyakkan susu badanku
Maka Kau bantulah aku
Perbanyakkanlah susu badanku untuk anakku, berkatilah setiap usahaku
Sesungguhnya aku tidak berdaya melainkan semuanya dengan qudrat dan iradatMu
Ya Allah Ya Rahman
Seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini
Seberapa banyak susu yang anakku minum,
Penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu
Semoga dengan limpahan kasih sayangMu, susu yang sedikit menjadi bertambah banyak dan mengenyangkan anakku
Sesungguhnya hanya kepadaMu aku berserah dan hanya kepadaMu kupohon pertolongan.
Amin ya Rabbal 'Alamin.
shawqunnur.blogspot.com ®

Mami, Haziq & Susu

Impian Mami  sejak belum preggy smpai la dah preggy and dah betul2 jadi mak skg ni nak fully breastfeed (BF) anak sampai usia 2 tahun. Mami dah arif sgt khasiat susu ibu ni. Itu yang Mami harap & Mami doakan tiap2 hari agar Mami dapat exclusively BF Haziq. Tapi, bukan sume impian kite dapat dicapai camtu je. Perlu ade sikit susah payah n pengorbanan.

Setakat ni, Mami masih lagi gigih berusaha untuk mencapai impian Mami tu. Mami start bagi Haziq susu Mami mase umo Haziq 4 hari. Time tu Mami dah discharge dari wad bersalin and mami dah bleh berada bersama2 Haziq 24jam. Kenapa dah 4 hari baru dapat? Citernye di sini

Kisah penyusuan Mami ni penuh dgn liku2. Bermula dgn Haziq yang langsung taknak direct feeding (DF),  dgn susu Mami yang sgt la sikit ala2 segan nak keluar sampai Mami pernah berkali2 menangis disebabkan perkara ni. Nasib baik Mami jenis yang cepat recover walaupon mengalami saat2 down yang teruk. Ape yg Mami pikirkan sume yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Sebab tu la Mami xjemu2 ajar Haziq DF setiap hari sampai Haziq kadang2 tertidur camtu je sbb dah letih menangis. Hari2 Mami pujuk Haziq, merayu dgn Haziq DF la mcm baby2 lain, Mami usaha sungguh2. Akhirnye pada usia Haziq 14 hari, Haziq dah pandai DF. Alhamdulillah. Mami syukur sangat.

Namun, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Haziq tetiba macam merajuk pulak bile langsung xnak DF ngan Mami pas 2-3 hari pandai DF. Mungkinkah Haziq merajuk sbb Mami salu terjerit2 sakit bile Haziq terus nyonyot xnk henti2 sampai cik N Mami melecet atau Haziq merajuk sbb nyonyot bagai nak rak, tapi dapat susu sikit sangat?? Kalo disebabkan 'keceluparan' mulut Mami, Mami memang tak dapat maafkan diri Mami. Oh..maafkan Mami, anakku..

Bermula dari saat itu, terpaksa la Mami kembali bersusah payah memerah susu setiap kali Haziq nak susu dan setiap hari Mami terus berusaha & berdoa agar Haziq nak DF balik ngan Mami and susu Mami kuar mencurah2. 

Tanggal 8.3.2012 Mami xkan lupakan tarikh ni sampai bila2. Petang Khamis tu, lepas balik dari kerja, Mami macam biasa amik Haziq kat umah babysitter. Spt biasa, Mami berusaha train Haziq untuk DF sementara menunggu waktu Maghrib. Macam dalam mimpi tibe2 je Haziq terus nyonyot cik B Mami sebaik saje Mami offer. Ya Allah.. Mami hepi sangat. Rasa terharu campur bahagia sebab usaha Mami selama ni x sia2 dan doa Mami agar Haziq pandai DF seperti semasa dia berumur 14 hari dahulu dah diperkenankan oleh Allah!!  Allahuakbar!!! Gembiranya Mami hari tu sampai rasa nak jerit kat 1 dunia biar sume org dapat share kegembiraan Mami. Tapi tak kan la Mami nak buat camtu kan? hihihihi...

Alhamdulillah..sampai ke saat ini, Haziq akan DF dgn Mami sepanjang Mami bersamanya. Cuma 1 je lagi. harapan dan doa Mami moga2 susu Mami akan terus melimpah ruah untuk Haziq kerana buat masa ni, Haziq masih lagi terpaksa campur dgn FM, especially bila di rumah BS memandangkan stok susu Mami sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Moga impian dan hasrat Mami nak susukan Haziq sampai usianya 2 tahun akan dipermudahkan oleh Allah..amin

Saaaaaayang anak Mami!!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, March 22, 2012

Haziq sayang

Mami belum penah lagi citer pasal bb Mami yang chumel tu kan?? Ok la..entri kali ni dedikasi khas untuk anakanda Mami, Muhammad Nidhal Haziq bin Mohamad Najib yang sgt cute..hehehhe..

Haziq Mami & Abi yg sgt cute!!!
Haziq lahir 1.1.2012. Kire cam new year prezen la kat Mami & Abi + anniversary prezen gak utk kami. Masa baru pas lahir Haziq sgt 'girlish'. Muka lebar, bulat, mulut kecik je,bibir merah, pipi cam pakai blusher, kulit putih gebu samapi sume org bile 1st time pandang je akan ckp Haziq baby girl. And yg paling best, ramai yg cakap Haziq banyak ikut muka Mami..lalalallaalla..rase bertuah & bangga sgt. hihhihihi...Abi jgn jeles ye...!!



Sian anak Mami...huhuhuhu..

Tapi ade citer sedih..Haziq lahir2 aje dh kena Hipo. So, Haziq dgn Mami terpaksa duduk wad asing2 lepas aje lahir memandangkan Haziq perlu rawatan yg rapi untuk menstabilkan paras glukos dalam darahnye. huhuhuu.. Lagi sedih, Mami langsung takde chance nak susukan Haziq.

Hari ke2 baru Mami dapat pegang & peluk bb. Itu pon kene pegi visit kat wad kanak2 time lunch hour. Ya Allah..hancur luluh hati Mami tgk wayar berselirat kat bdn Haziq. Matanye ditutup sbb kene letak kat bawah lampu, lengannye berbungkus pasang drip masuk air. Ya Allah..Mami sedih sgt time tu. Kalo boleh biar aje Mami yg ganti kat tempat Haziq. Sian sgt tgk bb sekecik tu dah dicucuk sane sini. Mami x dapat bayangkan camne raungnye Haziq bile kene cucuk camtu. Lagi sedih, Mami diberitau darah Haziq terpaksa diambil setiap 3 jam untuk pantau tahap gulanya..Ya Allah...kesiannya anakku..Sedih macam mana pon Mami terpaksa redho sbb itu saja cara untuk membantu Haziq. Alhamdulillah, Mami berjaya mengawal emosi Mami setiap kali melawat Haziq tanpa menumpahkan walau setitis pun air mata. Hari ke-5 Haziq dah discharge dari wad & boleh balik umah. Mami hepi sgt. Moga2 Haziq xkan masuk wad lagi..amin.

Diam aje kepala kena botak..hihihihi.budak baik ni.
Genap 7 hari Mami & Abi baru announce nama Haziq sepertimana yang disunatkan. Kepala Haziq dibotakkan, cuma rambut yang dicukur tu tak plak ditimbang untuk diconvert dgn nilai emas.hihihi..ini kesilapan Abi. Moga2 x diulang lagi kesilapan ni pada adik2 Haziq nanti..insya Allah.

Aksi Haziq yang mencuit jiwa..
Itu citer Haziq masa baru2 lahir. Sekarang Haziq dah makin membesar. Lagi 9 hari usianya 3 bulan. Haziq dah pandai mengagah, dah mula kenal orang, pandai main & yang paling best Haziq tak keliru puting lagi..Alhamdulillah.

Mami tak sabar nak tunggu appoinment awal bulan 4 ni sbb nak tgk berapa berat & tinggi Haziq. Moga Haziq terus membesar dengan sihat, bijak & jadi anak yang soleh kepada Mami & Abi..Insya Allah.

Haziq budak tinggi..
Nak bilang jari, tapi jari dalam sarung le plak..hihihihi...


shawqunnur.blogspot.com ®