Monday, March 26, 2012

Mami, Haziq & Susu

Impian Mami  sejak belum preggy smpai la dah preggy and dah betul2 jadi mak skg ni nak fully breastfeed (BF) anak sampai usia 2 tahun. Mami dah arif sgt khasiat susu ibu ni. Itu yang Mami harap & Mami doakan tiap2 hari agar Mami dapat exclusively BF Haziq. Tapi, bukan sume impian kite dapat dicapai camtu je. Perlu ade sikit susah payah n pengorbanan.

Setakat ni, Mami masih lagi gigih berusaha untuk mencapai impian Mami tu. Mami start bagi Haziq susu Mami mase umo Haziq 4 hari. Time tu Mami dah discharge dari wad bersalin and mami dah bleh berada bersama2 Haziq 24jam. Kenapa dah 4 hari baru dapat? Citernye di sini

Kisah penyusuan Mami ni penuh dgn liku2. Bermula dgn Haziq yang langsung taknak direct feeding (DF),  dgn susu Mami yang sgt la sikit ala2 segan nak keluar sampai Mami pernah berkali2 menangis disebabkan perkara ni. Nasib baik Mami jenis yang cepat recover walaupon mengalami saat2 down yang teruk. Ape yg Mami pikirkan sume yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Sebab tu la Mami xjemu2 ajar Haziq DF setiap hari sampai Haziq kadang2 tertidur camtu je sbb dah letih menangis. Hari2 Mami pujuk Haziq, merayu dgn Haziq DF la mcm baby2 lain, Mami usaha sungguh2. Akhirnye pada usia Haziq 14 hari, Haziq dah pandai DF. Alhamdulillah. Mami syukur sangat.

Namun, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Haziq tetiba macam merajuk pulak bile langsung xnak DF ngan Mami pas 2-3 hari pandai DF. Mungkinkah Haziq merajuk sbb Mami salu terjerit2 sakit bile Haziq terus nyonyot xnk henti2 sampai cik N Mami melecet atau Haziq merajuk sbb nyonyot bagai nak rak, tapi dapat susu sikit sangat?? Kalo disebabkan 'keceluparan' mulut Mami, Mami memang tak dapat maafkan diri Mami. Oh..maafkan Mami, anakku..

Bermula dari saat itu, terpaksa la Mami kembali bersusah payah memerah susu setiap kali Haziq nak susu dan setiap hari Mami terus berusaha & berdoa agar Haziq nak DF balik ngan Mami and susu Mami kuar mencurah2. 

Tanggal 8.3.2012 Mami xkan lupakan tarikh ni sampai bila2. Petang Khamis tu, lepas balik dari kerja, Mami macam biasa amik Haziq kat umah babysitter. Spt biasa, Mami berusaha train Haziq untuk DF sementara menunggu waktu Maghrib. Macam dalam mimpi tibe2 je Haziq terus nyonyot cik B Mami sebaik saje Mami offer. Ya Allah.. Mami hepi sangat. Rasa terharu campur bahagia sebab usaha Mami selama ni x sia2 dan doa Mami agar Haziq pandai DF seperti semasa dia berumur 14 hari dahulu dah diperkenankan oleh Allah!!  Allahuakbar!!! Gembiranya Mami hari tu sampai rasa nak jerit kat 1 dunia biar sume org dapat share kegembiraan Mami. Tapi tak kan la Mami nak buat camtu kan? hihihihi...

Alhamdulillah..sampai ke saat ini, Haziq akan DF dgn Mami sepanjang Mami bersamanya. Cuma 1 je lagi. harapan dan doa Mami moga2 susu Mami akan terus melimpah ruah untuk Haziq kerana buat masa ni, Haziq masih lagi terpaksa campur dgn FM, especially bila di rumah BS memandangkan stok susu Mami sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Moga impian dan hasrat Mami nak susukan Haziq sampai usianya 2 tahun akan dipermudahkan oleh Allah..amin

Saaaaaayang anak Mami!!!

shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.