Wednesday, June 13, 2012

Ohhhh...apa dah jadi???

Hari ni for the 2nd time Makteh will look after Haziq while Mami & Abi working. So, Mami gets up early in the morning & prepare everything untuk dibawa ke Shah Alam, The 1st thing is Haziq's stuff, then Mami & Abi's bag, then Mami's pum bag, cooler bag bagai..Sumenye perlu disediakan pagi ni coz semalam Haziq langsung taknak berenggang dgn Mami..Dah tu camne Mami nak wat keje?? 

Luckily Haziq ada tido sekejap petang tu, sempat la Mami prepare for dinner. Kalo tak, Mami terpaksa la makan ape je yang ada. Nak harap Abi tapaukan or jaga Haziq while Mami bz in the kitchen, memang tak dapek la sebab lepas aje solat Maghrib Abi dah keluar..

Dok ingatkan Haziq nak la lena lama2 sikit, so sempat le Mami nak settle down all those thing. Rupa2nya belum lagi Mami sempat nak solat maghrib, Haziq dah bangun..huhuhuhu...Bila dah bangun, start la nak 'melekap' aje sampai Mami nak solat pon kena curi2 waktu..Haziq..Haziq...

Pagi ni Mami tersedar sebelum subuh lagi. Tapi macam biasa la, 'gayut' time dulu. Selalunya Haziq tidur balik lepas dah menyusu, tapi pagi ni cerah lak matanya. So, Mami mintak tolong Abi take over layan Haziq while Mami packing barang. Tapi...packing punya packing, sekali Mami terlupa la nak bawak botol susu & corong pam!! Itu pon Mami realize masa nak start 1st session pam pagi tadi. Adui....camne nak pam setiap 3hrs kalo camni??huhuhuhuhu...

B Mami dah mula merengat2 sebab dah sampai waktu sepatutnya Mami pam. Alamak!!! Camne nak buat ni?? Thanks God rupa2nya dalam cooler bag Mami ada 1 botol extra. Apa lagi..Mami bergegas la ke surau. Dah xde pam, marmet aje la..Alhamdulillah dalam tak sampai 5min dah penuh 1 botol. Rezeki Haziq..Untuk next session, terpaksa la Mami simpan susu dalam plastik pulak..Moga2 rezeki Haziq untuk hari ni akan terus melimpah ruah..Amin..

Moral of the story, no matter how do prepare earlier!!! MESTI INGAT SELALU!!

p/s: Maybe next time Abi kena jadi alarm untuk ingat2kan Mami..Lagi best kalo Abi boleh turun padang join Mami prepare sama2, Mudah2an Mami tak lupa lagi..hihihihi..

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, June 12, 2012

Thank you...


Thank you Abi for giving me such a precious prezen. Really love it...
Mami janji akan jaga fon ni like i take care of u & Haziq.

Mood: tgh hepi sesangat sbb dapat henpon baru..ngeh ngeh ngeh...

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, June 8, 2012

2 + 1

Topic entry hari ni macam maths pulak,ada angka & simbol...hehehhe...Tapi gimik je tu. Mami bukan nak bercerita pasal matematik Mami sebenarnya nak cerita pasal plan weekend ni. Jeng jeng jeng.....

Ada apa dgn this weekend??? hihihihi...saspen je Mami ni kan???

Ok la..weekend ni for the first time Mami & Abi nak bawak Haziq jalan jauh..Petang ni lepas balik dari kerja, pengembaraan Haziq akan bermula. Nak pegi mana??

Actually, kazen sebelah Abi akan kawen hari Sabtu ni di Felda Palong, Negeri Sembilan. Hari Ahad pulak ada lagi sorang kazen Abi nak bertunang pulak di Rompin, Pahang. So, kami akan sekali harung meraikan kenduri kawen & majlis pertunangan uncle2 Haziq tu sambil makan angin..2 + 1 la tu...hihihi..

Ok tak??? hihihihih... 


shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, June 6, 2012

Bila Mami hepi..lallalallalallala..

Alhamdulillah..kupanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T di atas rahmat & kasih sayangNYA yang telah kembali memeriahkan susuku. Hasil perahan pagi ni Mami dapat 3oz. Tersenyum lebar Mami bila menyaksikan perubahan ni. Maklumlah..dah 2 minggu susu Mami ala2 segan gitu nak keluar. Nak dapat 2oz setiap kali perah pon sangatlah susah sampai Haziq terpaksa di topup gak dgn fm walaupun ada dgn Mami di rumah. 

Biarpun hasil yang Mami dapat pagi ni tidaklah terlalu banyak, tapi Mami rasa hepi sangat sebab Mami tau susu Mami sekarang ni Insya Allah dalam proses untuk kembali meriah. Mami rasa puas sebab usaha Mami untuk memperbanyakkan susu di samping doa yang tak putus2 ada natijahnya. Insya Allah lepas ni Mami akan terus berusaha menambahkan lagi kuantiti & kualiti susu Mami demi Haziq yang sangat Mami sayang. Moga2 impian Mami nak susukan Haziq hingga 2 tahun akan tercapai..Insya Allah.




shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, June 1, 2012

Disebalik susu..

Hari ni Haziq dah 5 bulan. Tapi masih lagi terpaksa campur dgn fm. Mami rasa impian Mami nak bagi susu Mami je without campur fm dah makin tipis. Sekarang pulak susu perahan Mami dah makin berkurangan. Kalau sebelum ni, Mami boleh bawak balik 7-8oz setiap hari, tapi minggu ni tak lebih dari 6oz je. Selalu perah sesi pagi dapat 3-4oz, tapi sekarang dapat 2oz je..aduh...sedih sangat. 

Mami tau, Mami memang dari kategori yang tak banyak susu macam ibu2 lain. Mungkin untuk ibu2 yang lain satu sesi je dah boleh dapat 10oz. Tapi, bagi Mami, 7-8oz untuk 3x sesi memerah tu sangat bernilai buat Mami sebab sekurang2nya dengan 7-8oz tu, Mami boleh bekalkan untuk Haziq 3 botol EBM & selebihnya Mami terpaksa merelakan Haziq minum fm sebab Haziq perlukan sekurang2nya 24oz setiap hari sepanjang di rumah baby sitternya.

Hari2 Mami pikir apa lagi yang Mami perlu buat untuk banyakkan susu Mami. Mami faham sangat dengan konsep supply vs demand tu. Sebab tu la kat opis Mami sanggup memerah setiap 3 jam setiap hari. Cuma kat rumah je Mami jarang mengepam sebab Haziq selalu bergayut je kat Mami. Mami dah try macam2 milk booster, daripada yang mahal, sampai la yang murah2. Setiap kali lepas Mami solat, Mami takkan lupa untuk berdoa moga Allah banyakkan susu Mami. Apa lagi yang Mami perlu buat??? Mami dah buntu. Ya Allah...!!

Haziq sayang, maafkan Mami kerana tak dapat nak susukan Haziq dengan susu Mami sepenuhnya. Apa yang Mami nak Haziq tau, Mami akan terus berusaha untuk susukan Haziq selama mana yang boleh. Haziq penguat semangat Mami. Mami nak semua yang terbaik untuk anak Mami. Moga anak Mami terus membesar jadi anak yang soleh untuk Mami & Abi.

Ya Allah..
Bantulah hambaMu ini
Banyakkanlah susuku untuk anakku
Kasihanilah aku yang tidak berdaya ini
Tunaikanlah impianku
Kerana sesungguhnya aku ingin yang terbaik untuk anakku
amin ya Rabbal alamin 

Nyawa Mami..
Mami sayang Haziq!!

.
shawqunnur.blogspot.com ®