Alhamdulillah..kupanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T di atas rahmat & kasih sayangNYA yang telah kembali memeriahkan susuku. Hasil perahan pagi ni Mami dapat 3oz. Tersenyum lebar Mami bila menyaksikan perubahan ni. Maklumlah..dah 2 minggu susu Mami ala2 segan gitu nak keluar. Nak dapat 2oz setiap kali perah pon sangatlah susah sampai Haziq terpaksa di topup gak dgn fm walaupun ada dgn Mami di rumah.
Biarpun hasil yang Mami dapat pagi ni tidaklah terlalu banyak, tapi Mami rasa hepi sangat sebab Mami tau susu Mami sekarang ni Insya Allah dalam proses untuk kembali meriah. Mami rasa puas sebab usaha Mami untuk memperbanyakkan susu di samping doa yang tak putus2 ada natijahnya. Insya Allah lepas ni Mami akan terus berusaha menambahkan lagi kuantiti & kualiti susu Mami demi Haziq yang sangat Mami sayang. Moga2 impian Mami nak susukan Haziq hingga 2 tahun akan tercapai..Insya Allah.
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.