Hari ni Haziq dah 5 bulan. Tapi masih lagi terpaksa campur dgn fm. Mami rasa impian Mami nak bagi susu Mami je without campur fm dah makin tipis. Sekarang pulak susu perahan Mami dah makin berkurangan. Kalau sebelum ni, Mami boleh bawak balik 7-8oz setiap hari, tapi minggu ni tak lebih dari 6oz je. Selalu perah sesi pagi dapat 3-4oz, tapi sekarang dapat 2oz je..aduh...sedih sangat.
Mami tau, Mami memang dari kategori yang tak banyak susu macam ibu2 lain. Mungkin untuk ibu2 yang lain satu sesi je dah boleh dapat 10oz. Tapi, bagi Mami, 7-8oz untuk 3x sesi memerah tu sangat bernilai buat Mami sebab sekurang2nya dengan 7-8oz tu, Mami boleh bekalkan untuk Haziq 3 botol EBM & selebihnya Mami terpaksa merelakan Haziq minum fm sebab Haziq perlukan sekurang2nya 24oz setiap hari sepanjang di rumah baby sitternya.
Hari2 Mami pikir apa lagi yang Mami perlu buat untuk banyakkan susu Mami. Mami faham sangat dengan konsep supply vs demand tu. Sebab tu la kat opis Mami sanggup memerah setiap 3 jam setiap hari. Cuma kat rumah je Mami jarang mengepam sebab Haziq selalu bergayut je kat Mami. Mami dah try macam2 milk booster, daripada yang mahal, sampai la yang murah2. Setiap kali lepas Mami solat, Mami takkan lupa untuk berdoa moga Allah banyakkan susu Mami. Apa lagi yang Mami perlu buat??? Mami dah buntu. Ya Allah...!!
Haziq sayang, maafkan Mami kerana tak dapat nak susukan Haziq dengan susu Mami sepenuhnya. Apa yang Mami nak Haziq tau, Mami akan terus berusaha untuk susukan Haziq selama mana yang boleh. Haziq penguat semangat Mami. Mami nak semua yang terbaik untuk anak Mami. Moga anak Mami terus membesar jadi anak yang soleh untuk Mami & Abi.
Ya Allah..
Bantulah hambaMu ini
Banyakkanlah susuku untuk anakku
Kasihanilah aku yang tidak berdaya ini
Tunaikanlah impianku
Kerana sesungguhnya aku ingin yang terbaik untuk anakku
amin ya Rabbal alamin
Nyawa Mami.. Mami sayang Haziq!! |
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.