Entry ni sepatutnya nak publish pada bulan September lepas. Tapi dek kebizian yang terlampau Mami langsung tak berkesempatan nak mengedit & menerbitkannye sehinggalah ke hari ni..huhuhuhu..(ampun!!)
Ok, back to the main topic..Cerita tentang Haziq pada usia 1 thn 8 bulan..Alhamdulillah tahap tumbesaran Haziq sangat memberangsangkan. Secara fizikal, Haziq dikategorikan sebagai budak tecit yang kurus tinggi (berat lebih kurang 11kg je tapi tingginye dah hampir 1m..belum 2 thn..). Dari segi perkembangan mental plak, memang tak dapat dinafikan Haziq setiap hari makin terserlah kepintarannya (ups...puji anak sendiri plak.kikiki..jangan marah aaah...) Logik la kan..dah makin membesar, mesti la makin 'berakal'..something wrong la kalo makin beso tapi takde perkembangan mental..huhu..wanau'zubillahiminzalik!!
Ok..Jom Mami nak story serba sikit tahap mane lah bijaknye budak tecit yang bernama Haziq ni..kui3..(ni bukan nak show off..tapi just sebagai kenangan..so that bila Haziq dah besar & pandai baca nanti Haziq boleh tau kisah perkembangan tumbesarannya)
Macam biasa, favourite segmen kat Astro Oasis "Indahnya Iman" sebelum & selepas masuk waktu solat..(cis..promote Astro Oasis lagi!!)..kalo dulu Haziq just tengok aje sambil goyang2 badan..now, Haziq dah pandai ikut berzikir..Boleh la paham apa yag dizikirkannya tu..
Pandai pakai & handle selipar sepit (kinda slipper jepun tu la...)Yang bestnye Haziq bukan setakat tu je..siap pandai susun selipar kat rak kasut bila nak masuk rumah. Sekali aje Mami ajor, dia dah paham.
Pandai bagitau dah "biyak" (poo poo)..Hmmm..mungkin sikit masa lagi Mami dah boleh try potty train. Tapi kadang tu akal je..yang sebenarnya lebih kepada seronok nak main air dalam bilik air tu la..
Bila tanggalkan diaper, nak buang sendiri diaper kotor tu dalam bekas sampah. Kalo Mami/Abi sibuk nak tolong buangkan, alamatnye Mami/Abi kena kutip balik dari bakul sampah & bagi kat Haziq semula untuk dia sendiri yang buangkan..Kalo tak...hohohoho..budak tecit tu bleh ngamok tau..ceh!!
Mula rapat dengan Abi. Sikit2 Abi..(jeles Mami tau!!) Bila Abi terpaksa outstation, Haziq dah pandai tunjukkan dia rindukan Abi..Cthnya dia akan 'telefon' Abi..Tengok gambar2 Abi @ apa2 barang yang ada kaitan dengan Abi sambil mulut tak henti2 dok sebut Abi..Abi..
Pandai baca doa nak makan & nak minum sendiri..tapi sekadar "Allahumma...amin"..kihkihkih..kelakar je..
Dulu Haziq solat dengan gaya je..berdiri angkat tangan (takbir), qiyam sekejap lepas tu terus sujud, duduk tahiyat. Tapi sekarang dah pandai ruku' & dah ada bunyi2 sohsehsohseh 'bacaan' dalam solat.. Tapi ntah apa yang dibaca dia aje yang paham..kikiki..
Sangat suka baby @ budak kecik..(erkkk..petanda Haziq dah sedia nak adik ni..huhuhuhu..) Kalau jumpa budak kecik @ baby Haziq akan berusaha nak pegi peluk cium budak tu. Even gambo je pon Haziq akan cium. siap ade bunyi mmmmuah lagi..hihihi..comey je..
Banyak cakap & suka nyanyi..celik aje mata, mulut tak henti2 pot pet pot pet.. Kalo menyanyi yang boleh Mami paham zikir qasidah Ya Hanana & Lailahaillallah..yg lain2 tu "lagu Haziq" compose sendiri..hik3
Favorite words Haziq sepanjang 1 bulan lepas "Ayaq Qo" (air kosong), "biyak" (poo poo), "haiyo..tat nnne" (hello..kat mane), "wow", "Abi", "abiss" (habis), "Abiah" (alhamdulillah), "alam" (salam/assalamualaikum), "Opah", "Abang", "Tatak"(kakak), "Atit" (Haziq/adik)..n banyak lagi la yang Mami pon macam dah tak berapa nak ingat.. Yang bestnye Haziq dah pandai cakap dalam dalam bentuk ayat lebih drp 2 patah perkataan!!
English vocab pun dah makin bertambah, contohnya, kiss, hug, get in, more, wash, banana, chilli, chicken, fish..
Kalo Mami call Opah & Tokwan kat kampung depan2 Haziq..Jangan harap la Mami nak dapat pegang henpon & bercakap. Dengan tanpa rasa bersalah henpon tu akan jadi 'hakmilik' Haziq & dengan gaya yang tak boleh blah dia akan potpetpotpet 'bergayut' je dengan Opah & Tokwan..kikikiki..comey sangat negok gayanya..
So, I think enough for that. Banyak2 sangat kang naik riak Mami rasa dah cukup panjang lebar Mami berceloteh. Mami sangat bersyukur Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Takde kata2 yang mampu terucap selain daripada segala puji kepadaMu ya Robb yang telah memberikan kepada kami peluang untuk bergelar Mami & Abi kepada anakanda tersayang yang kini telah pun berusia 20 bulan @ 1 thn 8 bulan. Sesungguhnya kami amat mensyukuri kurniaan terindah ini. Hampir 3 tahun kami berTTC akhirnya Haziq dilahirkan dalam suasana yang penuh emosi yang Mami takkan lupakan memori ini sampai mati, Insya Allah. 1 thn 8 bln berlalu dengan pantas. Haziq makin hari membesar & berkembang dengan semakin bijak. Macam2 karenah dan fi'il yang adakalanya membuatkan Mami & Abi gerammmm sangat. Namun begitu, Haziq lah racun Haziq lah penawar. Karenah budak nak membesar, indirectly ujian buat Mami & Abi. Benar kata orang tua, membela lembu sekandang lebih mudah daripada membesarkan anak nan seorang. Mami bukan nak merungut jauh sekali menyesali di atas anugerah ini. Cuma Mami sedang mengingatkan diri sendiri bahawa Haziq adalah amanah Allah buat Mami & Abi. Kami yang mencoraknya dan kami yang mendidiknya. Buruk baik Haziq adalah bergantung kepada asuhan dan didikan kami..Allahu Rabbi!!! Besar betul tanggungjawab kami. Moga Haziq terus membesar menjadi insan yang berguna, sebagai batu loncatan buat Mami & Abi untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah..
Bermain bersama binatang.. |
Budak zaman IT..hamboih!! |
Jeling sapa tu?? |
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.