Mami selalu citer pasal family je kan.. Pasal Haziq la yang paling banyak kot..kikiki.. Tapi kali ni Mami nak bercerita pasal rumah kami pulak. Alhamdulillah selepas setahun lebih berumahtangga kami ditakdirkan untuk membeli sebuah rumah dengan harga yang kami mampu milik. Rumah kami jenis teres 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air (asal2nya 1 je) berkeluasan lebih kurang 1337kps. Taklah besar sangat, cukup sekadar menjadi tempat yang selamat buat kami anak-beranak berteduh dari hujan dan panas..Alhamdulillah..
Kalau nak ikutkan rumah kami ni memanglah banyak 'defect'nya masa kami dapat vacant posession dulu. Maklumlah..rumah sub-sale katakan.. Lagi pulak bukan owner yang duduk, sewakan pulak kat budak2 bujang, bolah bayangkanlah camna condition rumah tu. Dengan anai2, bocor sana-sini, lantai pecah, macam tunggu masa nak roboh je.hohohoho..
Camni lah keadaan lantai & dinding rumah kami yang memang menyakitkan mata bila memandang. Tapi nak buat camne. Terpaksalah kami tutup sebelah mata & redha aje dengan keadaan ni sebab nak make over 100% takde modal..huhuhu..
Tapi mengenangkan susah payah PIL dok bargain si owner (vendor)untuk dapat better price dan di samping menyedari hakikat bahawa untuk memiliki rumah mampu milik pada zaman ini amatlah sukar dek kerana harga yang mahal, akhirnya termetrailah satu Perjanjian Jual Beli di antara kami dan owner(vendor) pada 28.12.2010 dengan harga belian sebanyak RM129k. Bermula saat itu, rumah ini secara amnya telah menjadi milik kami.
Selepas kami dapat vacant posession rumah ni, bermulalah misi renovation. Tapi tak dapatlah nak renovate dengan sempurna memandangkan kami pun bukannya berduit sangat. Sekadar repair mana yang rosak, touch up sini sikit, sana sikit. Itu pun dah menelan belanja lebih daripada RM40k!! So, pelan2 kayuh lah & hasilnya seperti gambar2 kat bawah ni..
Ruang tamu kami memang panjang. Masa belum ada perabot terasa besar sangat. Tapi memang beginilah yang kami nak. Ruang yang luas dan selesa untuk tetamu berborak, makan-makan & juga bermalam. Maklumlah, keluarga kami ni besar. Jika dah berkumpul ramai-ramai tu, haruslah perlukan space.
Ruang santai keluarga dan ruang makan untuk tetamu sekali bersambung tanpa dinding pemisah. Hanya susunan perabot yang mewujudkan perbezaan di antara ruangan ini. Perabot yang kami letak pun cukup sekadar yang basic sahaja sebab kami seboleh2nya taknak rumah kami terlalu sarat dan sesak.
Di sebalik dinding ruang menonton adalah bilik kedua. Sepatutnya inilah bilik Haziq, tapi memandangkan kami belum lagi bersedia untuk pisahkan tempat tidur dengan anak, maka bilik ni kami jadikan bilik baju & simpanan tilam bantal cum bilik tetamu.
Di sebelah bilik kedua, ada 1 lagi bilik. Tapi bilik ni kami buat ala2 setor aje. Tapi masih lagi selesa untuk bermalam kat bilik ni. Cuma tak berkatil aje. Mak & Abah Mami kalo datang rumah kami, memang kat sini lah diorang suka tidur, golek2 lepak2. Mungkin sebab bilik ni lebih lapang & ada tingkap.So, taklah suram macam bilik No. 2 tu..kikiki..
Di sebelah kanan bilik ni adalah sewing station. Dalam kotak A4 tu barang jahitan Mami & dalam kotak yang bergambar mesin jahit tu, of course la mesin jahit kesayanganku..Yang dalam open box tu pulak kain2 buruk yang besar buat lap lantai. (Tak tau nak simpan kat mana kekdahnye ni..huhuhuhu..)
Ni di sebelah kiri dinding bilik. Macam2 barang tersimpan kat sini. Ada kabinet yang siap attached ke dinding.. Apa yang ada kat dalam kabinet tu???
Tadaaaaa....
Ada 6 tingkat semuanya. Paling atas of course Mami letak barangan yang jarang digunakan. Tingkat 5 segala bagai tupperware yang selalu guna. Next, set cawan kopi. Tingkat 2 & 3, set caserol, mangkuk2 besar, dinner set & jug2 air. Tingkat bawah, khas untuk kategori barangan yang sekali sekala pakai.
bersambung....
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.