Wednesday, November 13, 2013

Haziq @ 1 yr 9mo (21mo)

Entry basi patut publish last month..tapi disebabkan Mami bizi yang teramat sgt maka Mami peram entry ni sampai dah masuk November..(dush!!) Betuuul..Mami tak tipu..!!

Takmo bebel panjang2..jom Mami story sikit milestone budak comot yang cute ni from 1.10.2013 up to 31.10.2013.

Alhamdulillah...Yeay...akhirnya Haziq dah rela nak gosok gigi.!! Sebelum ni paksa la camne pon Haziq tetap takmo gosok gigi. Even bila Mami hulurkan brush kat dia & dia amik brush tu, tapi still brush xkan sampai ke mulut..sokmonye nak guna brush tu buat gosok baldi la..lantai la..huh..jenuh kot Mami dok 'peda' dok halang bagai..geli oii..berus gigi p buat gosok tang tempat yang tak sepatutnya!!..eeeiiiii..yekkkk!

Biyakkkkk...word yang paling Haziq suka sebut. Samada dia memang betul nak poo poo @ tengah poo poo @ dia nak mandi (main air)..Pendek kata pantang betul nampak sungai, laut, air paip, tasik, air terjun etc & even gambo kat dinding, buku, or kat TV..maka si comel ku ini akan sibuk la nak bukak seluar & baju sambil cakap "biyaaaaak" sebab nak main air..bijak betoi!!...

Kalo masa umur 1thn 8bln Haziq bacaan doa makan setakat "Allahumma..amin"..tapi bila masuk umur 1thn 9bln..doa dah panjang sikit.. Haziq akan baca "Allahumma..enna..enna..enna...amin". Tapi kalo dah tak sabor sangat nak makan/minum..alamatnye takde dah la Allahumma..terus Amin..and ngap!! hihihi.. 

Haziq pandai tunjuk yang dia rindukan Mami..especially bila Mami balik keje (lama kot dok kat umah BS tu..dari pagi sampai dah maghrib baru jumpa Mami..mau tak rindu..). Selalunya (in case Abi yang jemput Haziq la) bila Mami sampai aje kat depan pintu Haziq terus terpa kat Mami sambil cakap "Mi Mi..Mi Mi..." siap peluk cium2, pegang tangan Mami takmo lepas. Kalo Mami sengaja lepaskan Haziq siap ambik balik tangan Mami letak kat dada dia sambil peluk erat2 & usap2 tangan Mami..huh..betul2 buat Mami terharu & rasa tak sanggup nak tinggalkan Haziq lagi..Tapi apakan daya..Mami terpaksa bekerja mencari rezeki utk kite sekeluarga..Maka Mami terpaksa berkorban rasa kesian Mami pada Haziq & tinggalkan Haziq kat BS sementara Mami bekerja...huhuhu.. Mami berharap 1 day Mami dah tak perlu kerja lagi & hanya menguruskan anak2 & suami di rumah saja..

Ohhh...Haziq terlalu obses dengan kartun Upin Ipin. Celik aje mata Haziq akan sibuk mintak "Pin..Pin.." Sampai nak tidur pon nak tengok Upin Ipin.Tak jemu2..siap ngigau pon boleh sebut "pin..Pin.." Ajaib betul penangan Upin Ipin ni. Nasib baik jalan ceritanya bagus..ada pengisian positif. Yang bestnya Haziq siap dah boleh hafal plot cerita tu..dah tau whats the next..boleh gelak terkekek2 bila sampai kat part yang lucu. siap cakap "awaknya" (lawaknya) lagi..adoi la anak..comel & bijak sungguh kamu!! (bergenang air mata Mami ..terharu)  Kartun lain Haziq layan jugak..macam Boiboiboy,Spongebob,Tom&Jerry,Wonderpet..tapi taklah obses sangat macam Upin Ipin ni. (Mujur jugak. Sebab bagi Mami kartun2 tu, except Wonderpet ada unsur2 yang -ve, macam lawan2 & gaduh2.)

Haziq suka tambah "nya" di hampir semua perkataan yang dia sebut. Contoh, "witnya" (duitnya), "kitnya" (sakitnya)..selain daripada tu..vocab Haziq memang dah banyak sangat bertambah. Mungkin sebab belajar daripada cerita upin Ipin kot..heheheh.. Ade lagi seperkara..Haziq dah pandai sebut air dengan betul..dulu2 Haziq sebut "ayaq ko"..sekarang "hahair"..kikiki..jadi la..asalkan boleh paham...

Ok..cukup dulu bebelan Mami setakat ni..jumpa lagi next entry. tapi sbelum challo..macam biasa Mami 'sajikan' dengan pic Haziq yang sangat membuatkan hati keibuan Mami ni cair..ceeeewah!!

Ada orang sakit leher...pakai 'neck supporter' paling kreatif dlm dunia..
Merenung Haziq ketika tidur boleh buat Mami rasa syahdu syahdan & mengalirkan air mata. Mami akan rasa amat bersalah jika sebelum tido tu Mami ada marah2 budak tecit ahli syurga ni..ooooh....isk isk...Mami marah kerana sayang..


shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.