Friday, March 21, 2014

Air Tangan Mami#49

Honeycinnamon Fruit Salad
(nama resepi memang kena gempak sikit..tstststtst....)

Bahan-bahan:
1 biji Epal Merah
1 biji Epal Hijau
1 biji Oren
1 biji Pear
1 jurai Nenas madu
2 sudu besar Madu
1/2 sudu teh Cinnamon powder
secubit garam (jika suka)

Cara penyediaan:
Kesemua buah-buahan dipotong kiub & gaul sebati bersama madu, cinnamon powder dan garam. Siap!

P/s: Selain daripada buah2an di atas, boleh juga dicampurkan dengan tembikai, anggur, strawberi, kiwi, mangga, jambu air, jambu batu, tomato ceri atau buah2an lain yang sesuai. Cuma durian dan seangkatan dengannya je BIG NO..jangan dicampur tau. Kalo kome buat jugok...ater teman idok tanggungjawab kalo kome mabuk ke..pitam ke... penin ke..ye..hihihi..

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, March 20, 2014

Bila hati dah teruja

Tengok je tajuk entry kali ni memang macam tak boleh blah kan..? hihihi..Tapi itulah hakikatnya. Memang betul pun jika boleh dioperate 'hati' ni bukak tengok memang nampak sangat keterujaan Mami ni. Eh...pasaipa pulak dah Mami ni dok cakap gini? Apakah?

Ianya bukan seperti yang anda sedang fikirkan..jeng jeng jeng......

Nak tau jawapannya???





Jeng jeng jeng...(saspen sikit lagi) kuikuikui....









saspen lagi....





















eh takde mende pon?





















hahahahah.....






















Scroll down lagi..jangan tak scroll..




hihihihi....





















Ha...dapat agak tak?
Hihihihi..poyo je Mami ni kan?
Takde ape pon sebenarnye..just nak share rasa teruja yang teramat sangat nak bercuti di Cameron Highland weekend ni.
Sebab 1st time ever nak bercuti ngan Haziq kat atas tu..
Dulu2 memang dah banyak kali pegi..tapi berduaan je ngan hubby..now dah ade Haziq..lagi meriah la jadinye...
Tu je nak cite..babai.


CAMERON HIGHLAND....MU TUNGGU AKU DATANGGGGGGGG!!!!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, March 19, 2014

Entry suka suki

Assalamualaikum & selamat hari Rabu.
Mood nak mengarang dah datang.
Macam2 idea dah tersusun dalam otak ni.
Tapi buat masa ni biarlah rahsia dulu..ececeh...

Dah kata Wednesday adalah hari wordless..
So, Mami just nak up gambar2 ni je..jom layan....

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Cream Cheese Carrot Cake 

Moist Chocolate Cake

Kek Pound Oren

Kek Keju Meleleh

Wuhuuuuuuu...nampak tak apa yang dok bermain dalam fikiran Mami sekarang? oh my cake!!
Berair dah mulut ni nak makan kek...huhuhuhu...
Erkhhh...'mengidam' ke? jeng jeng jeng.....

(P/s: Gambar2 di atas adalah ihsan pakcik Google ye..)

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, March 11, 2014

Cerita si Kecil, si Ayah, si Ibu, si Tua & Mama

(Ku dedikasikan puisi ini buat Adikku yang amat ku rindui sempena memperingati hari lahirnya yang ke 26 pada 15 Mac nanti..al Fatihah)  

Ada 1 cerita
Kisah sebuah keluarga 3 beranak
Malangnya si Ibu telah menemui penciptaNya
Sebelum si anak puas bermanja
Amanat Ibu: "besarkanlah si Kecil dengan sempurna"
"Didiklah dia dengan iman dan taqwa"
"Agar kelak menjadi insan berguna"
"Jambatan buat Ibu Ayah ke syurga"

Tinggallah si Kecil dengan si Ayah
Malah keluarga Ibu jugak tidak membantah
Kerana mereka faham hati dan batin si Kecil
Pasti lebih parah jika berpisah pula dengan si Ayah
Jika itulah yang paling terbaik
Mereka sanggup beralah
Biarpun hati mereka gundah

Benar si Kecil hak mutlak si Ayah
Namun sepertinya si Tua yang lebih bersusah-payah
Makan, minum, mandi hatta tidur si Kecil
Si Tua lah yang lebih memberi perhatian
Mentanglah si Tua masih berqudrat
Si Ayah seolah mencuci tangan
Di manakah janji si Ayah kepada si Ibu dulu? 
Faham..si Ayah perlu mencari nafkah
Agar keperluan si Kecil sentiasa tersedia 
Tapi bukan sekadar keperluan yang si Kecil dambakan
Hakikatnya si Kecil kehausan perhatian dan kasih sayang Ibu dan Ayah
 Jika disiang hari si Kecil merindui si Ayah yang keluar mencari rezeki
Maka sisihlah sedikit waktu pada malamnya untuk si Kecil bermesra
Pasti si Kecil bahagia bila lenanya dalam pelukan si Ayah
Sambil diulit nyanyian dan dodoian manja
Terubatlah rindu si Kecil pada si Ibu yang telah tiada

2 tahun sudah berlalu
Akhirnya si Ayah tak betah bersendirian
Fitrah makhluk yang ingin berpasangan
Si Ayah membawa si Mama pengganti si Ibu
Si Kecil yang langsung tak pernah mengerti
Sungguh gembira menyambut ibu baru
Teruja hingga tidak terucap dengan kata-kata
Hati si Kecil kembang menggebu-gebu
Bangga dia juga mempunyai ibu
Betapa bahagianya si Kecil itu
Kerana Ibu yang dirindu akhirnya muncul di depan mata
 Seluruh dunia dicanang dan dijaja
"Inilah Mama saya!!"

Saat si Mama bersetuju menerima si Ayah
Pasti dia juga bersedia menerima si Kecil
Namun timbul pula isu kedua
Si Tua seolah kurang percaya
Bermacam dalih si Tua cipta
"Si Kecil lasak Mama pasti penat"
"Kasihan Mama yang belum terbiasa"
Si Kecil yang teruja ingin bermanja dengan Mama
Menjadi mangsa si Tua yang tamak kuasa

Si Mama hanya pihak ketiga
Masakan mampu dirinya bersuara
Si Ayah diam 1000 bahasa
Membiarkan si Kecil terus didominasi si Tua
Padahal si Kecil itu hak mutlaknya

Mungkin dia telah lupa tujuan utama menikahi si Mama
Juga syarat sebelum si Mama diterima
"Si Kecil adalah subjek utama"
"Jika si Kecil Mama terima, Mama diterima dengan berlapang dada

 Apakan daya nasib si Kecil
Jiwanya meronta batinnya merintih
"Kenapa si Tua perlu pisahkan dia daripada Ayah Mama?"
"Bukankah anak perlu tinggal bersama ibu bapanya?"
"Kenapa bukan Ayah dan Mama yang menguruskan dirinya?"
"Kenapa perlu berjadual untuk serumah dengan Ayah Mama?"

Kasihan si Kecil ketandusan kasih sayang
Setiap detik merindukan si Ayah dan si Mama
Tetapi tak mampu meluahkan dengan kata-kata
Hanya tangisan bukti kesedihan
Setiapkali si Tua memaksanya ditinggalkan
Kasihan si Kecil mangsa keadaan

Benar sayangnya si Tua tiada bandingan
Si Kecil dilayan bak putera raja
Namun batin si Kecil tetap menderita
Hak bermanja dengan Ayah Mama dihalang si Tua 
Jika beginilah selamanya
Mampukah si Mama untuk terbiasa?

Wahai si Ayah
Kamu lelaki sejati yang bukan dayus
Berusahalah menjaga 'amanah'mu dengan qudratmu sendiri
Sudah-sudahlah kamu bergantung dengan si Tua
Kasihanilah si Kecil yang masih belum mampu bersuara
Ayuh besarkan si Kecil sepertimana amanat si Ibu

Wahai si Tua
Terimalah hakikat si Ayah telah mempunyai si Mama
Positifkanlah tanggapanmu terhadap si Mama
Sesungguhnya dia mampu menggantikan si Ibu
Letakkanlah dirimu di tempat si Kecil
Bagaimana perasaanmu bila diperlakukan sebegitu?
Sesungguhnya si Kecil, si Ayah dan si Mama berhak membina keluarga mereka tersendiri

Wahai si Mama
Buktikanlah kemampuanmu kepada si Tua
Suarakan hasratmu kepada si Ayah
Biar dia tahu biar dia faham
Kamu dan si Ayahlah yang bertanggungjawab ke atas si Kecil
Si Kecil adalah amanah Allah untuk kamu dan si Ayah
Bukan si Tua dan bukan juga orang lain
Kerana kamu bertiga adalah 1 keluarga 

Kepada si Ibu
Tenanglah dikau di sana
Sungguh si Mama adalah penggantimu
Tapi dia tetap tidak setandingmu
Moga kamu aman dan baik-baik sahaja
Beristerehatlah menunggu si Ayah dan si Kecil bila tiba waktunya
Agar semuanya bersatu kembali untuk selamanya

*Puisi ini adalah nukilan khas luahan perasaan seorang pemerhati yang sangat prihatin tetapi suaranya tidak mampu terluah malah bicaranya juga bagaikan angin lalu kerana siapalah dia yang hanya pihak ketiga. Besar harapan si penukil kiranya pembaca puisi ini yang lebih memahami situasi sebenar agar menyampaikan suara hatinya kepada si polan dan si polan watak terpenting di dalam puisi ini agar maksudnya bisa disampaikan*
 shawqunnur.blogspot.com ®

MH370

Sana sini orang dok bercerita pasal MH370. Mami pun terpanggil jugak nak up enrty special utk big issue ni. Ye betul..aircraft ni sejak 8.3.2014 tiba-tiba tidak dapat dijejaki and 1 dunia sedang berteka-teki di manakah MH370 ini telah pergi? Secara peribadi tiada kenalan atau sanak-saudara Mami yang terlibat dalam misteri ini. Tapi selagi namanya manusia normal yang ada rasa perikemanusiaan, Mami turut bersedih di atas apa yang terjadi.

Namun, Mami percaya dan sangat yakin bahawa disebalik kehilangan ini pasti ada hikmah besar yang tersembunyi. Tiada siapa yang dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha Luas itu. Sebagai manusia biasa, yang termampu hanyalah membuat carian berteorikan ilmu saintifik yang usul asalnya juga adalah ciptaan Allah 'azzawajalla. Samada pencarian itu akhirnya memberikan ebuah jawapan yang positif atau negatif semuanya bergantung juga kepada taqdirNya yang Maha Menentukan.

Jauh di sudut hati ini sangat mengharapkan MH370 kembali bersama penumpang-penumpangnya dan kesemua anak kapal dengan selamat. Marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka yang terlibat.

shawqunnur.blogspot.com ®