Thursday, August 27, 2015

Adakah Haziq mempunyai ciri2 anak yang bijak? Hohoho...

First of all, Mami nak declare yang isi kandungan entry hari ni memang bukan daripada Mami 100%. Mami cilok daripada newsfeed kat FB Mami je. Sambil2 tu sengaja Mami nak try test compare & contrast dengan Haziq..hihihihi..

To make short, jom kite go thru 1 by 1. Check tengok samada Haziq mencapai @ tak ukuran piawaian ni...

No.
Perkara
Bandingan ke atas Haziq
1.
Mengekalkan Maklumat
Jika kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Checked!
Haziq mampu ingat bermacam2 perkara. ABC, 123, Alif Ba Ta, Surah2 lazim Al-Quran, Doa2…etc even arah perjalanan ke sesuatu tempat dan kejadian2 yang telah berbulan2 lamanya berlaku pun masih boleh diingati.

Moral of the story, jangan suka berjanji dengan Haziq, jika tidak ditunaikan, dia akan ungkit sehingga dilunasi…
2.
Minat yang meluas
Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah seterusnya.
Eh, betul la!!
Di antara usia 1-3 tahun ni, macam2 yang Haziq obsess..bermula dengan zikir2 selepas azan di Astro OASIS, qasidah2 macam Ya Hanana, Nursery Rhymes, Upin & Ipin, Ultraman, Playdoh, Thomas & Friends, LEGO, Dinasours, jentera2 berat macam backhoe, crane..dan yang paling latest dia suka robot, fire engine & colouring…lepas ni tak tau apa pulak..

3.
Membaca dan Menulis di awal usia
Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.
Ada jugak nih!
Haziq start baca ABC ingat & kenal sehingga Z seawal usia 2 tahun. Now, dah 3 tahun dah baca hampir separuh Iqra’ 1..
Menulis: Usia 1 tahun 8bulan (if x silap) dah tau pegang pensel dengan betul. Awal2 dulu just scribble2 je..buat garisan panjang2, pendek2..then buat bulat2, menulis atas dot dot dot…now dah boleh control jari untuk warnakan gambar.

4.
Berbakat dalam seni muzik dan artistik
Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.

Memang..
Muzik tu setakat nyanyi2 jela..after all, kami pun tak expose dia dalam music pun..tapi dalam art memang Nampak berbakat. Contoh, Haziq bila mewarna dia suka warna campur2, agak kemas jika dibandingkan dengan budak sebaya. Pastu suka susun2 lego jadi bentuk2 binatang, kenderaan, robot..kira ada bakat seni le tu kan??

5.
Menunjukkan Konsentrasi
Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.

Hah..ni memang ada!!
Kalau tengah colour, susun lego..main gunting & tampal..asyik sangat!! sampai nak ajak buat benda lain pun payah. Concentrate la sangat!!
Lagi satu kalo ngadap learning program kat youtube..ralit betul dia..siap boleh ikut baca sekali. Kalau bacakan buku pun gitu jugak, lepas satu..satu buku dia nak mintak baca @ ajar dia..jenuh..tapi benda elok kan..ok aje..

6.
Mempunyai ingatan yang baik
Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.
Sangat!!
Kejadian tahun lepas pun dia masih ingat. Contohnya, bila tengok ambulance:-
Haziq:   Haziq pernah naik ambulans tu.
Mami:   Bila?
Haziq:   Dulu…dah lama dah
Mami:   Kenapa?
Haziq:   Sebab Haziq muntah2, doctor inject tangan Haziq.. (drip le tu..)
 Kejadian ni masa dia berusia 2 tahun…

7.
Susun kata yang maju berbanding usia
Kanak-kanak yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?

Oh, tak dinafikan!!
Boleh dikatakan setiap hari ada je vocab baru yang keluar daripada mulut Haziq, baik di dalam BM mahupun English.
Jika bercakap dengan dia, seolah2 sedang bercakap dengan budak besar. Mungkin sebab pendedahan persekelilingan.
Contoh, kejadian masa Mami keguguran dulu.. “kenapa Mami tak sayang baby? Haziq sayang baby tau.cepat mintak maaf dengan Haziq.” (marah selepas tengok scan pic baby takde dalam perut) ohohoho..dah la Mami tengah sedih, tapi dihiburkan pulak dengan keletahmu..terus tak jadi nak nangis..

8.
Memberi perhatian yang terperinci
Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya.

Pun ye jugak!!
Especially mainan atau barangan kegemarannya.. Haziq boleh ingat cara letak susunan barangnya jika kita teralihkan sikit pun.
9.
Bertindak sebagai pengkritik dirinya
Kanak-kanak di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya.

Ada jugak gini!
Bila Mami drive berdua dengan Haziq & time hujan..Haziq biasanya akan cakap kesian dengan orang yang naik motor.. macam Abinya…basah kena hujan.
Jika ke kedai membeli roti, Haziq biasanya akan ambik 3 bungkus..1 untuknya, 2 lagi untuk Kakyong & Abang Am (sepupunya).
10.
Memahami konsep yang rumit
Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.
Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

Pun boleh!
Bab hubung kait tu memang ye. Contoh, baru2 ni Haziq buat ‘lagu..’
“rumah terbakar panggil bomba, ambulans datang bawa orang sakit, orang jahat polis tangkap, ikat (gari) tangan naik kereta polis..”

Fuhh..10/10 checked!! Alhamdulillah... Kembang sekejap Maminye..hihihi..

shawqunnur.blogspot.com ®

Air Tangan Mami#55




Homemade Fish Ball
(abaikan rupa paras fish ball Mami yang macam ball tak cukup angin tu ye..huhuhu..)

Bahan-bahan ( anggaran 3 org makan )
  • 400gm isi ikan tenggiri
  • 1 sudu kecil garam (paras rata)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah (better pakai yabg kisar sendiri di rumah sebab bebas MSG)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil tepung ubi
  • 60 ml air sejuk atau secukupnya
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • secubit serbuk perasa jika suka (Mami tak bubuh pun)

Cara-cara
  1. Masukkan isi ikan, lada sulah dan garam dlm mesin kisar (kalau guna food processor lagi best..huhuhuhu). Kisar hingga lumat & sebati.
  2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk kemudian kisar lagi sehingga sebati dan kenyal.
  3. Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil.
  4. Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis.
  5. Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat (Ala..macam kuih buah melaka tu la..).
 Selamat mencuba!!


shawqunnur.blogspot.com ®

Petua Madu & Kulit Kayu Manis


Madu merupakan satu-satunya makanan di atas muka bumi ini yang tidak akan basi mahupun rosak. Kalau nak tahu madu yang anda beli itu benar-benar asli, perhatikan pada bungkusannya. Jika terdapat "tarikh luput @ expiry date" tercatat di situ, maka sahlah madu yang anda beli itu madu palsu!


Apa yang terjadi apabila madu disimpan terlalu lama atau ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk? Ia hanya bertukar menjadi ''hablur'' atau "kristal" seperti gula! Bagaimanapun bentuknya, madu tetap madu dan apabila keadaan ini berlaku , anda hanya perlu didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas. Biarkan madu mencair secara tanpa pendidihan. Khasiatnya masih kekal biarpun telah melalui proses ini.

Madu adalah makanan/ubat ajaib ciptaan Allah yang boleh digunakan tanpa sebarang kesan sampingan bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Ianya juga tidak memberi mudarat kepada pengidap kencing manis sekiranya ianya diambil pada dos yang betul.

Di antara petua/ikhtiar perubatan yang boleh menggunapakai madu & kulit kayu manis adalah:-

1. Penyakit Jantung
Madu dan serbuk kayu manis diaduk menjadi pes dan disapukan pada roti. Amalkan setiap hari semasa bersarapan dapat membantu mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack) serta dapat mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) yang akhirnya akan menguatkan jantung.

2. Radang sendi (arthritis)
1 cawan air suam diaduk bersama 2 sudu teh madu dan 1 sudu serbuk kayu manis amalkan pada setiap pagi dan malam.

3. Jangkitan Pundi Kencing
2 sudu serbuk kayu manis dan 1 sudu madu dicampurkan ke dalam air suam dan diminum boleh membantu membunuh kuman di dalam pundi kencing.

4. Kolesterol
Ambil 2 sudu besar madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis, campurkan dengan 16oz air teh. Amalkan sebanyak 3 kali sehari.

5. Selesema
1 sudu besar madu dimakan/diminum bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis sebanyak 3 kali sehari, Insya Allah dapat menyembuhkan batuk yang berterusan, demam serta membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

6.Sebu Perut
Pengambilan madu bersama serbuk kayu manis mampu menyembuhkan sakit perut dan ulcers serta mengeluarkan gas dari perut (kembung perut).

7. Imun Sistem
Penggunaan madu dan serbuk kayu manis secara istiqamah dan berterusan membantu menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Kajian sains mendapati bahawa  madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi di dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (yang mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

8. Tak Hadam
Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

9. Influenza
Saintis dari Sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

10. Umur Panjang
Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)

11.Sakit tekak
Apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

12. Jerawat
3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

13. Jangkitan Kulit
Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

14. Hilangkan Berat Badan
Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

15. Kanser
Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

16. Lemah
Kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

17. Sukar Bernafas
Penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

18. Kurang @ hilang pendengaran
Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.


Allah sebaik-baik penyembuh , Dia menurunkan penyakit dan dari Dia disembuhkan segala penyakit. Assyafi , Arrahman ArRahim....kepada Allah kita mohon pertolongan...wa iza marid tu fahuyashfin!!

P/s: artikel ini diperolehi daripada emel yang di'forward'..

shawqunnur.blogspot.com ®