Showing posts with label ASSTAF. Show all posts
Showing posts with label ASSTAF. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Haziq @ As-Solahuddin Smart Tahfiz (part 2)

Bismillahirrahmanirrahim..bersua kembali..

Nak  menyambung semula cerita tentang 'sekolah' anak bertuah kesayangan Mami tu.

Ok..Kenapa dalam banyak2 tadika, kami pilih SMART Tahfiz sebagai sekolah pertama untuk Haziq??

Image result for as salahuddin smart tahfiz school

Sebenarnya ada beberapa kriteria menarik tentang sekolah ini yang begitu membuatkan Mami (secara peribadi) rasa sangat rugi kalau tak dapat menempatkan Haziq untuk belajar di situ. Jom kita tengok satu persatu..

1. Umur kemasukan
Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan tadika hanya akan menerima anak-anak yang berumur 4-6 tahun sahaja. Namun, berbeza dengan SMART Tahfiz, mereka menerima pelajar yang berumur  seawal 3 tahun. Jadi, sesuailah.. 1 Jan 2015, Haziq kan dah berusia 3 tahun..
2. Waktu persekolahan
Kebanyakan tadika hanya mempunyai 1 sesi waktu persekolahan sahaja iaitu pagi hingga tengahari. Jika kami menghantar Haziq ke tadika lain, pastinya akan timbul masalah seperti siapa yang akan pick up Haziq from school, then Haziq pula terpaksa di'transit' di tempat lain sementara Mami & Abi masih di pejabat. Pastinya keadaan ini sangat leceh dan menyusahkan. So, kami pilih untuk menghantar Haziq ke Smart Tahfiz kerana waktu persekolahannya boleh di'extend' sehingga kepetang sebab di- Smart Tahfiz, parent boleh memilih samada untuk menghantar anak untuk sesi pembelajaran pada waktu pagi sahaja @ petang sahaja @ pagi-petang.

3. Modul & Tarbiyah
Di Smart Tahfiz, modul pembelajaran mereka sebenarnya lebih kurang sama dengan tadika2 lain, cuma yang specialnya di Smart Tahfiz ada nilai tambah tarbiyah yang pastinya akan membezakannya dengan tadika2 Islam yang lain.  Anak2 di Smart Tahfiz diajar untuk lebih mengimarahkan sunnah Nabi SAW. Mereka diwajibkan untuk solat secara berjamaah setiapkali waktu Dhuha, Zohor & Asar, makan di dalam dulang, bersiwak sebelum membaca Al-Quran, qailullah dll. Dan sesuai dengan misi penubuhannya, anak2 seawal usia 3 tahun sudah diasah mindanya untuk menghafal al-Quran bermula dengan surah2 lazim Juzu' 30. Mendengarkan hal ini, Mami terus terpaut hati untuk berusaha menyekolahkan Haziq di Smart Tahfiz kerana Mami percaya, jika Haziq yang masih kecik (2 tahun ketika itu) sudah mampu menghafal & mengenali ABC, 123, lagu2 Inggeris (nursery rhymmes) dengan lancar, inikan pulak ayat2 suci Al-Quran.Pasti Haziq juga mampu untuk menghafalnya biarpun masih lagi belum boleh membaca al-Quran @ mengenal huruf hijaiyah.
4. Alami & Fitrah
Apabila diberi penerangan tentang tatacara pemakanan di Smart Tahfiz, Mami rasa sangat bersyukur & bertuah kerana dipilih Allah untuk menghantar Haziq bersekolah di sini. Kerana apa? Kerana di Smart Tahfiz, pengusahanya sangat menitikberatkan pemakanan daripada sumber alami yang fitrah dan bebas chemical. Mereka hanya menggunakan sumber makanan yang organik, tanpa bahan perasa, pewarna yang akan menyebabkan pelbagai penyakit malah punca kepada permasalahan akhlak. Hatta jika ada dikalangan ibu bapa pelajar yang berhajat untuk meraikan harijadi di sekolah, pihak sekolah langsung tidak membenarkan parent menyediakan kek yang dibeli dikedai2 bakery, tetapi hanya kek yang dibuat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan2 yang alami sahaja yang dibenarkan. Bahkan goodie bag juga diharamkan sama sekali mengandungi jajan2 sepertimana yang biasa kita dapat bila pergi kenduri kawen @ majlis harijadi di tempat-tempat lain.

Ya Allah...inilah yang Mami impikan selama ini. Mami mahukan anak Mami membesar bukan hanya dengan sumber rezeki yang halal, tapi juga thoiyiban. Sedari Haziq baby lagi Mami sedaya upaya mengawal pemakanannya sebab Mami percaya, otak yang bijak, akal yang cerdas adalah bermula dengan pemakanan yang sihat.


credit to FB As Solahuddin Smart Tahfiz

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, January 14, 2015

Haziq @ As-Salahuddin Smart Tahfiz (part 1)

Ye..sekarang Haziq dah sekolah. Biarpun baru masuk 3 TAHUN! Tak dinafikan ada yang mempertikai kenapa Haziq disekolahkan terlalu awal?? Kesian..takut nanti anak jemu..bla..bla..bla..

Untuk soalan2 itu, Mami ada jawapan yang tersendiri.
  1. Haziq lahir pada 1 JANUARI 2012 & menurut apa yang difahamkan (oleh PPD Selangor), Haziq akan memulakan darjah 1 pada Januari 2018 (advance setahun). Sesi persekolahan bermula biasanya pada 5 @ 6 Januari. Ketika itu, Haziq telah pun genap berumur 6 tahun sama seperti anak2 yang lahir pada tahun sebelumnya (2011). Jadi, Haziq perlu memulakan darjah 1 lebih awal selepas mengambilkira umur murid yang mendaftar darjah 1 pada hari pertama persekolahan biasanya masih berusia 6 tahun sehingga tiba tarikh lahir, barulah boleh dianggap genap usia 7 tahun. Jadi, Haziq 3 tahun pada 1 Januari 2015 = anak lahir tahun pada/selepas 7 Januari 2011-31 Disember 2011.
  2. Haziq rela hati nak sekolah & kami tak pernah paksa dia. Haziq sentiasa teruja & bersemangat bila sebut pasal sekolah. Bila sebut pasal 'rumah nenek' (baby sitter) cepat aje Haziq cakap TAKNAK. Mungkin Haziq dah jemu di situ, atau ada sesuatu yang membuatkan dia rasa kurang seronok untuk terus tinggal di rumah baby sitter (BS)..wallahu'alam. So, secara kesimpulannya, Mami beranggapan yang  Haziq TELAH BERSEDIA untuk disekolahkan.
  3. Mami berusaha untuk potty train Haziq semenjak Haziq berusia 2 tahun setengah dan sehingga mencecah usia 3 tahun Haziq dah hampir 90% berjaya . Malangnya usaha potty train ini HANYA DI RUMAH SAHAJA & TIDAK DITERUSKAN bila Haziq ditinggalkan di rumah BS (di rumah BS, budak usia 4 tahun pun masih pakai diaper!! Mami tak dapat bayangkan jika budak itu adalah Haziq..sedih!!). Jika Haziq disekolahkan, usaha ini akan berterusan sebab seperti yg sedia maklum, budak yang dah ke tadika mesti diaper free.
  4. Untuk mengelakkan pembaziran, especially diaper. Makin besar budak, makin besar size diapernya & makin mahal harganya. RM100+ (untuk 3 bungkus diaper brand Drypers size XL) perlu dilaburkan setiap bulan untuk diaper sahaja dan bagi Mami ini adalah satu pembaziran. Bunyinya macam Mami agak berkira. Tapi Mami memang patut berkira sebab zaman sekarang semua benda mahal. Mana yang tak sepatutnya, kita boleh cut off kita cut off. Lagi pun Haziq kan dah besar, sepatutnya usia 2-3 tahun dah tak perlukan lagi diaper atau setidak2nya dikurangkan penggunaanya. Tapi sebaliknya berlaku bila Haziq ditinggalkan ke BS. Bayangkan antara jam 9 pagi-7ptg, Haziq dibekalkan sebanyak 5 keping diaper & surprisingly kelima-lima keping diaper tu langsung tak pernah berbaki. Mami agak pelik sebab sepanjang Haziq di rumah bersama Mami (waktu cuti & ketika belum potty train), daripada start bangun tido sehingga bangun tidur keesokkannya (24 jam), Mami hanya perlu menukar diaper Haziq paling banyak pun 4-5 keping sahaja, berbanding jika di rumah BS, dalam tempoh 10 jam, habis semua 5 keping diaper yang Mami bekalkan. Nonsense!! Mami syak 2 perkara:-
    i) Haziq dipakaikan diaper baru setiap kali selepas mandi biarpun diaper sebelumnya masih boleh dipakai (BS Haziq memang rajin memandikan budak & menggantikan baju).
    ii) Semua diaper dikeluarkan dari beg & disimpan di tempat lain atau dijadikan stok. Tapi BS tak pernah pulak return bakinya..huhuhu..
  5. Sebagai alasan untuk Mami (mungkin juga Abi) berhijrah. Mami tak malu nak mengaku, akhir2 ini (selepas Mami tak lagi prepare bekalan Haziq ke rumah BS @ semenjak Haziq berusia 2thn 4 bulan) Mami dah makin payah nak jadi seorang yang punctual & berdisiplin. Bangun lambat, punch kad lambat, kerja bertangguh..Semua itu dah mula menjadi sebati dalam hidup Mami (juga Abi). Mami tau, keadaan sebegitu memang sangat2 tak bagus dan tak wajar. Tapi bak kata orang, bila kita nak berubah daripada keburukan kepada kebaikan memang payah jika tanpa sokongan/semangat yang kuat. Sebab itu lah perlu ada sesuatu yang mendorong Mami untuk berubah dan jawapan kepada permasalahan ini adalah dengan menyekolahkan Haziq, kerana seperti yang tersedia maklum, setiap sekolah semestinya ada peraturan yang tersendiri (lebih2 lagi yang berkaitan dengan masa). Suka atau tidak, peraturan wajib dipatuhi. Secara tak langsung Mami & Abi yang menguruskan anak ini kena rombak jadual masing-masing agar Haziq tak terlewat ke sekolah & Haziq ke sekolah dalam keadaan yang semuanya well prepared. 
  6. Harapan Mami (Abi jugak) untuk melihat anaknya cemerlang dunia & akhirat. Kami menaruh harapan yang tinggi agar Haziq menjadi sorang intelek ulama, cemerlang dalam akademik & juga seorang huffaz. Angan-angan ini tidak mungkin akan berjaya jika kami tidak memulakannya sedari Haziq kecil2 lagi. Tidak dinafikan ada yang berjaya menjadikan anak yang usianya baru 2 3 tahun sudah hafal al-quran hanya dengan homeschooling oleh ibu ayah. Tapi bagi Mami, mana mungkin untuk seorang Mami yang bekerja sepenuh masa ini dapat fokus mengajar Haziq jika masa yang masih berbaki hanya 3 jam (7-10malam) setiap hari?  Jujurnya, Mami tak mampu. Dengan badan & otak yang penat setelah seharian bekerja, ditambah dengan tugas hakiki di rumah sebagai ibu & isteri, Mami kurang yakin Mami akan berjaya 'menghasilkan' Haziq al- Hafiz. Jadi, jalan terbaik Haziq perlu disekolahkan. Lagi cepat dia disekolahkan lagi cepat dia pandai/hafal al-Quran.
6 alasan Mami kira logik & supportive kenapa kami sekolahkan Haziq lebih awal. Insya Allah next entry Mami akan ceritakan pulak kenapa kami pilih As-Salahuddin Smart Tahfiz.. Tungguuuuu....!!



shawqunnur.blogspot.com ®