Monday, April 6, 2015

Haziq @ As-Solahuddin Smart Tahfiz (part 2)

Bismillahirrahmanirrahim..bersua kembali..

Nak  menyambung semula cerita tentang 'sekolah' anak bertuah kesayangan Mami tu.

Ok..Kenapa dalam banyak2 tadika, kami pilih SMART Tahfiz sebagai sekolah pertama untuk Haziq??

Image result for as salahuddin smart tahfiz school

Sebenarnya ada beberapa kriteria menarik tentang sekolah ini yang begitu membuatkan Mami (secara peribadi) rasa sangat rugi kalau tak dapat menempatkan Haziq untuk belajar di situ. Jom kita tengok satu persatu..

1. Umur kemasukan
Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan tadika hanya akan menerima anak-anak yang berumur 4-6 tahun sahaja. Namun, berbeza dengan SMART Tahfiz, mereka menerima pelajar yang berumur  seawal 3 tahun. Jadi, sesuailah.. 1 Jan 2015, Haziq kan dah berusia 3 tahun..
2. Waktu persekolahan
Kebanyakan tadika hanya mempunyai 1 sesi waktu persekolahan sahaja iaitu pagi hingga tengahari. Jika kami menghantar Haziq ke tadika lain, pastinya akan timbul masalah seperti siapa yang akan pick up Haziq from school, then Haziq pula terpaksa di'transit' di tempat lain sementara Mami & Abi masih di pejabat. Pastinya keadaan ini sangat leceh dan menyusahkan. So, kami pilih untuk menghantar Haziq ke Smart Tahfiz kerana waktu persekolahannya boleh di'extend' sehingga kepetang sebab di- Smart Tahfiz, parent boleh memilih samada untuk menghantar anak untuk sesi pembelajaran pada waktu pagi sahaja @ petang sahaja @ pagi-petang.

3. Modul & Tarbiyah
Di Smart Tahfiz, modul pembelajaran mereka sebenarnya lebih kurang sama dengan tadika2 lain, cuma yang specialnya di Smart Tahfiz ada nilai tambah tarbiyah yang pastinya akan membezakannya dengan tadika2 Islam yang lain.  Anak2 di Smart Tahfiz diajar untuk lebih mengimarahkan sunnah Nabi SAW. Mereka diwajibkan untuk solat secara berjamaah setiapkali waktu Dhuha, Zohor & Asar, makan di dalam dulang, bersiwak sebelum membaca Al-Quran, qailullah dll. Dan sesuai dengan misi penubuhannya, anak2 seawal usia 3 tahun sudah diasah mindanya untuk menghafal al-Quran bermula dengan surah2 lazim Juzu' 30. Mendengarkan hal ini, Mami terus terpaut hati untuk berusaha menyekolahkan Haziq di Smart Tahfiz kerana Mami percaya, jika Haziq yang masih kecik (2 tahun ketika itu) sudah mampu menghafal & mengenali ABC, 123, lagu2 Inggeris (nursery rhymmes) dengan lancar, inikan pulak ayat2 suci Al-Quran.Pasti Haziq juga mampu untuk menghafalnya biarpun masih lagi belum boleh membaca al-Quran @ mengenal huruf hijaiyah.
4. Alami & Fitrah
Apabila diberi penerangan tentang tatacara pemakanan di Smart Tahfiz, Mami rasa sangat bersyukur & bertuah kerana dipilih Allah untuk menghantar Haziq bersekolah di sini. Kerana apa? Kerana di Smart Tahfiz, pengusahanya sangat menitikberatkan pemakanan daripada sumber alami yang fitrah dan bebas chemical. Mereka hanya menggunakan sumber makanan yang organik, tanpa bahan perasa, pewarna yang akan menyebabkan pelbagai penyakit malah punca kepada permasalahan akhlak. Hatta jika ada dikalangan ibu bapa pelajar yang berhajat untuk meraikan harijadi di sekolah, pihak sekolah langsung tidak membenarkan parent menyediakan kek yang dibeli dikedai2 bakery, tetapi hanya kek yang dibuat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan2 yang alami sahaja yang dibenarkan. Bahkan goodie bag juga diharamkan sama sekali mengandungi jajan2 sepertimana yang biasa kita dapat bila pergi kenduri kawen @ majlis harijadi di tempat-tempat lain.

Ya Allah...inilah yang Mami impikan selama ini. Mami mahukan anak Mami membesar bukan hanya dengan sumber rezeki yang halal, tapi juga thoiyiban. Sedari Haziq baby lagi Mami sedaya upaya mengawal pemakanannya sebab Mami percaya, otak yang bijak, akal yang cerdas adalah bermula dengan pemakanan yang sihat.


credit to FB As Solahuddin Smart Tahfiz

shawqunnur.blogspot.com ®

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.