Thursday, April 23, 2015

Fakta Tentang Vitamin D

Dalam entry lepas Mami ada cerita yang Haziq tetiba dimaklumkan oleh doktor yang dia kekurangan Vitamin D. Masa dapat tau hal ni Mami macam percaya tak percaya je. Nak tergelak pun ada. Tapi kesian pulak. Selalu dok dengar kurang vitamin C..ini kurang vitamin D..haish..macam2..

As usual, Mami korek la info daripada prof Google. Godek punya godek..akhirnya hasilnya seperti berikut:-

1. Vitamin D terhasil apabila kulit kita memberi reaksi terhadap sinaran matahari dan juga boleh diperolehi daripada sumber makanan seperti salmon, swordfish (ikan todak), mackerel, tuna, sardin, kuning telur, hati lembu dan dan makanan yang diperkaya seperti bijirin dan susu.

2. Vitamin D penting untuk tulang yang kuat dengan membantu tubuh menyerap kalsium daripada makanan. Orang tua memerlukan vitamin D dan kalsium untuk membantu mencegah patah tulang dan tulang rapuh (Osteomalasia) manakala kanak-kanak memerlukan vitamin D untuk membina tulang yang kuat dan mencegah penyakit riket (sejenis penyakit yang menyebabkan kaki bengkok dan tulang yang lemah)

3. Vitamin D memperlahankan terjadinya penyakit Multiple Sclerosis (MS) iaitu sejenis penyakit yang mempengaruhi otak dan sumsum tulang belakang, yang mengakibatkan hilangnya kendali otot, penglihatan, keseimbangan, dan kemampuan untuk merasa (misalnya: mati rasa).

4. Orang yang obes (berat badan berlebihan) selalunya akan mempunyai paras vitamin D yang rendah di dalam darah kerana lemak badan memerangkap Vitamin D sehingga menyebabkan ianya semakin berkurangan. Kajian menunjukkan bahawa dengan menambah vitamin D kepada diet kalori terhad boleh membantu orang yang obes mengurangkan berat badan dengan lebih mudah.

5. Vitamin D memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan otak. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin D dengan dos yang banyak/besar membantu mengurangan kemurungan (mild depression).

6. Orang yang berkulit cerah cukup untuk berada di bawah sinaran matahari selama 5-10 minit beberapa kali seminggu berbanding mereka yang berkulit gelap bagi mendapat manfaat vitamin D

Saranan jika kekurangan Vitamin D
1. Mulakan harimu dengan menu sarapan yang kaya Vitamin D seperti susu, jus oren, bijirin, roti & yogurt.

2. Mengambil multivitamin (makanan tambahan) khas untuk meningkatkan paras Vitamin D. Ada 2 jenis; (1) D2 (ergocalciferol), dihasilkan daripada sumber makanan (2)D3 (cholecalciferol), dihasilkan daripada cahaya matahari.

 #Tapi jangan terlebih vitamin D pulak. Sebab menurut kajian, terlebih pengambilan supplement Vitamin D di kalangan orang dewasa boleh merbahayakan diri. Contohnya,  kalsium dalam darah akan meningkat sehingga boleh merosakkan salur darah, hati & buah pinggang!! So, nak selamat, kena pastikan pengambilan Vitamin D mesti tidak melebihi 4,000 IU  sehari.
Ok..cukuplah serba sedikit fakta tentang Vitamin D. Kalau nak tau lebih lanjut, silakan layari link ini:http://www.webmd.com/food-recipes/ss/slideshow-vitamin-d-overview

shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.