Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong
adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang
menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam.
Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati
hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith
dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk
bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang
yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat
tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu
dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan
kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam
hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s. a. w.
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah
orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang
yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun
tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk
adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai
senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil
mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang
yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri
lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu
mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah
orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan
dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Siapakah orang yang miskin?
Orang
yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai?
Siapakah orang yang pandai?
Orang
yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang bodoh?
Siapakah orang yang bodoh?
Orang
yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang
yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur
dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan
haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
Siapakah orang yang gila itu?
Orang
yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat
saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama
sekiranya ia haid/nifas dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah
orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang
yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu
berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling
cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang
yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit
lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai
akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.