Wednesday, January 26, 2011

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Perkongsian cerita kali ini berkisar tentang pengalaman aku ber'family day' anjuran opis aku. Awal2 nya memang aku rasa teruja sangat nak experience event ni. Maklumla..1st time..hehehhe. Walaupon kena travel naik bas, dengan seat yg muat2 je utk aku & hubby hhehehe..lakibini bombom & mengharungi perjalanan yang jauh (lebih kurang 8 jam), aku tetap rasa hepi & cam x sabar2 nak pegi.

So, hari Khamis malam lepas aje solat maghrib kat umah, aku & hubby terus bergerak ke opis aku utk sama2 bergerak naik bas menuju ke T'ganu. 'Pelajaran' pertama yang aku 'dapat' sebaik sahaja sampai di perkarangan opis aku ialah "kekeliruan cara berpakaian". Maksud aku, staff2 aku ni, aku boleh kategorikan sebagai failed dari segi berpakaian & menutup aurat. Tudung bukan lagi sebagai material untuk menutup aurat, tapi macam accessory je..Pakai tudung, tapi rambut keluar terjuntai2, pakai tudung, tapi pakai legging ketat melekat sampai nampak kesan seluar dalam, pakai tudung, tapi bajunya hanya berlengan pendek, pakai baju & seluar panjang dah ok, tapi kat atas kepala just selendang aje, leher, telinga, rambut semua nampak!! Itu yang perempuan, yang lelaki pulak, dengan tanpa rasa segan silu, selamba je pakai short..Dalam hati aku, terdetik, diorang ni tak sejuk ke? Pakai baju siap dengan lengan panjang, ber'sweater' lagi..tapi kaki sekerat je yang bertutup..pelik.pelik.!!

Dalam bas lain pulak halnye..awal2 dalam bas, yang bertudung, semuanya cantik je tudung melekap atas kepala. Tiba2 bila bas stop kat 1 tempat, yang bertudung litup tadi dah 'togel' pulak kepalanya, hilang tudung!!  Aduhai..nak kutegur nanti dikata aku ni bz  body pulak..Istighfar aje la banyak2 dlm hati sambil berdoa moga diorang akan dapat hidayah & akan berubah..amiin..

Kemuncak rasa kekecewaan aku masa di Cherating. Alkisahnya, petang tu aku ajak hubby aku keluar ambik angin kat tepi pantai. Sampai aje kat sana, terus aku terpempan seketika sambil mengucap panjang melihat karenah staf2 aku. Di ofis bertudung litup, di luar tudung hilang, pakai short!! Aku rasa sedih yang teramat sangat melihat keadaan mereka. Tapi aku tak berdaya untuk berkata apa-apa. Hanya mampu menjauhkan diri dari mereka dan berdoa moga Allah mengampuni aku & mereka..  

So, peringatan utk aku dan kepada yang membaca entri ini, sesungguhnya melarang kemungkaran itu sebahagian dari Iman. Amar ma'ruf dan nahi mungkar itu satu kewajipan sebab Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam sebuah hadith;
"Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman".


Wahai dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam memegang teguh agama-Mu..amin ya Rabbal 'alamin..








Monday, January 17, 2011

Buang bayi

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Bergenang air mata ini membaca kisah2 tragis pembuangan bayi yang semakin menjadi2 ini. Apakah langsung tidak terselit rasa bersalahkah hati mereka2 yang begitu 'kering' membuang bayi comel yang mereka sendiri usung di dalam perut ke sana ke mari selama 9 bulan? Atau tidakkah terdetik langsungkah di dalam hati mereka rasa kasihan terhadap bayi comel yang hanya mampu menangis bila diperlakukan sebegitu? Manusia apakah mereka ini????

Bayi kecil yang perlu dibelai dan dimanja dibiarkan di tepian jalanan, menjadi mangsa hurungan semut ataupun gonggongan anjing2 yang lapar.

Di manakah sifat perikemanusiaan mereka ini? Tergamak menyumbatkan anak ini ke lubang tandas yang busuk dan memualkan!!
 Hanya kerana semata-mata untuk menutup 'aib' yang mereka sendiri 'cipta', anak yang masih belum mengerti apa-apa ditinggalkan dengan harapan ada insan lain yang boleh menggantikan 'tanggungjawab' mereka.

Wahai pembuang-buang bayi, seseungguhnya azab Allah itu amatlah pedih dan menyiksakan. Jika di dunia ini mungkin kamu boleh terlepas daripada hukuman, ketahuilah di akhirat nanti, kamu langsung tiada ruang untuk mengelak. 

Thursday, January 13, 2011

Aku dan Homeopati.

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Aku nak berkongsi pasal homeopati. Walaupun aku ni bukanlah arif sangat nak bercerita pasal benda ni, tapi aku sekadar nak berkongsi pengalaman.

Sebenarnya dah lama aku kenal dengan homeopati ni sebab satu ketika dulu aku pernah buat rawatan resdung dengan homeopati. Tapi malangnya aku tak berapa nak istiqamah sangat amik ubat2nye, jadi resdung aku sampai ke hari ni tak baik2.padan muke!! hahahahha..

Berbalik pada topic di atas, tahun ni secara tak sengaja aku 'terjebak' balik dengan perubatan homeopati ni. Kali ni bukan untuk merawat resdung, tapi sebagai satu ikhtiar untuk memudahkan aku  & hubby dapat zuriat kami sendiri. (Mudah-mudahan...amiiin!!)

Ceritanya bermula bila anak buah kepada jiran sebelah rumah PIL aku yang dah 7 tahun 'mencuba' tapi sekarang dah berjaya preggy (dengan izin Allah) selepas mencuba rawatan Homeopati dengan seorang doctor di Kg. Gajah, Perak. Teruja dengan kisah itu, terus PIL aku cadangkan aku ngan Hubby try. Lagi2 doktor tu kebetulan 1 'kawasan jajahan' ngan my PIL. So, senang bangat la!!!!

Dipendekkan cerita, hari Sabtu (8.1.2011) last week aku ngan hubby pon try la utk step yang pertama. So far, pengalaman aku dah seminggu (termasuk hari ni) amik ubat (dalam bahasa homeopati, remedi) ni, takde ape2 perubahan yang ketara lagi. Cuma pada hari ke-2 je aku buang angin yang amatlah kerap dan baunya melantong-lantong sampai naik fenin kapla aku dan orang2 disekitar..hehhehe dan Hubby aku lak esoknye (hari ke-3) terus sakit perot, CB sampai lembik lotek plus demam. Mungkin tu sume salah satu petanda healing process kot. Ntah la.. Ape pun terjadi, aku tak kesah pon..just anggap sume tu cabaran je. 

Hari ni, set utk 1st step dah selamat aku khatamkan. Hubby belum lagi, gara-gara sakit pada hari ke-3 tu dia stop sekejap. Ada lagi 5 step yang aku & hubby kena follow. Tak sabar nak rasa perubahannya. Mudah-mudahan usaha kali ni menjadi..amiin...

Ok la, panjang betul pot pet pot pet aku kali ni. hehheheh...bukan apa, rasa keterujaan yang melampau je...
So, crita ni takkan mati kat sini je..next time aku bukak balik dengan new experience lak.

Daaaaa......  

Sunday, January 9, 2011

Day 30- Who are you

Who i am?

I am a daughter of a great parent, 
a wife of a wonderful soulmate, 
a mother to my future babies (Insya Allah),
the eldest sister in my big & cheerful family
and the most important is
I am the vicegerent of ALLAH S.W.T.

Day 29- In this past month, what have you learned.

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Di antara pelajaran & pengajaran yg aku dapat:-
1. Kena berani mencuba sesuatu yg baru
2. Always Jujur & telus
3. Kena luangkan masa walaupon selalu tak cukup masa
4. Rajin dah semestinya point utama.

Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?

2010
Pic tahun ni belom ade lagi. Tapi x byk berubah pon. Same je...

Monday, January 3, 2011

Day 27- Why are you doing this 30 day challenge?

Kenapa aku nak sahut cabaran 30 hari?



Jawapannye senang je..



1. Sebab saja suka2 nak try sesuatu yg baru.
2. Ada gak modal aku nak 'hidupkan' blog ni dgn update2 terkini..heheheh..
3. For fun!!

Hehehheeh...

Day 26- What you think about your friends?

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Bercerita pasal kawan-kawan, kalau nak dikupas satu2 memang takkan habis sebab sepanjang usia aku yg dah nak masuk 20++ tahun ni, memang dah bermacam2 jenis kawan yang aku dah jumpa. Ada yang baik, betul2 baik sampai sanggup berkorban segalanya. Ada yang baik juga tapi mintak dibalas balik setiap kebaikannya. Ada yang boleh dibuat kawan, tapi hanya jika dia di dalam kesusahan. Ada jugak yang hari ni kata kawan tapi esok jadi lawan.
Jadinya, nak mudahkan cerita, cukupla sekadar aku cakap,"Kalau ada org yg nak berkawan dengan aku, aku akan jadi kawan dia seadanya. Selagimana dia baik dengan aku, aku akan terus berbaik2 dengan dia, tapi jika sekali dia 'tikam' aku, sampai bila2 aku dah tak percaya."
Sekian.  

Day 25- What I would find in your bag?

Warghhhhh!!!!! Jom selongkar beg!!!!
Benda2 wajib yg mesti aku angkut dlm handbag aku:-
1. Purse
2. Hanpon
3. Lipbalm
4. Tissue
5. Pen
6. Minyak wangi onedrop ceh..promote!!
7. Minyak angin cap kapak
8. Kunci keta & umah
9. Brooch
10. Ketip kuku
11. Pantyliner/Pad
Huiyo!!! Byknye!!!! hahaha..mmg byk. Sbb tu la aku suka beg yg besa2 n byk compartment..;) ;) ;)