Monday, February 28, 2011

Aku dan Homeopati (part iii)

Pada 20.2.2011 hari tu, genaplah 42 hari aku melengkapkan semua 6 step 'ubat' homeopati, Alhamdulillah.. (Sekarang ni yang berbaki hanya ubat titis je, Insya Allah aku akan terus amik sampai habis..Chaiyok!! Chaiyok!!..heheheh..

So bercakap pasal kesan daripada 'ubat' ni, kesan yang paling ketara yang aku perasan minggu lepas ialah tentang keguguran rambut. Asbab aku amik 'ubat' ajaib ni & dengan izin Allah, rambut aku dah kurang gugur!!!!  Ya, Allah, bestnya!! Kalo sebelum ni, bila aku sikat rambut mesti segumpal rambut aku akan melekat kat sikat tu sampai aku jadi 'trauma' nak sikat rambut sebab takut botak..hehhehhe..Tapi sekarang...tiap kali lepas sikat rambut, aku dah bleh senyum tengok rambut yg tertinggal kat sikat tu cuma dlm 2-3 helai je..hhihiii..Alhamdulillah....

Kesan lain yang aku rasa lepas amik 'ubat' ni ialah tentang kitaran period aku. Surprisingly selepas hari ke21 aku amik 'ubat' ni, aku yang dah hampir 4 bulan tak period terus period..Pada mulanya aku tak la rasa teruja sangat sebab yang keluar tu just brownish jer. Tapi bila selang 24 hari kemudian, period aku terus kuar lancar. Aku excited sangat!! Maklumla, dah lama tak merasa period yang sebenar..hehehehh  and yang paling best, darah yang keluar lancar je, takde ketul2 & tak senggugut..Alhamdulillah...

Blogger Templates
shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.