Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
Cuti hujung minggu bermula selepas aku baloik dari kerja petang Jumaat sehingga sebelum tido malam tadi. Hujung minggu ni aku kesunyian sebab Hubby terpaksa meninggalkan aku seketika atas urusan kerja. Oh, sedihnya!! 4 hari berjauhan dengan Hubby membuatkan aku merasa seperti 4 bulan lamanya. Jadi, untuk mengelakkan aku dari terus kebosanan dalam kesediahan ditinggalkan tanpa teman, aku dah susun cantik2 aktiviti hujung minggu aku..yeahhh!!
Lepas pemergian Hubby, terus ke dapo menyiapkan makan malam utk adik teruna aku..Simple je..nasik goreng. Masih dalam mood sedih..malam tu aku hanya bermalas2an tgk tv & tido.
Sabtu
Awal2 lagi dah bangun, menyiapkan bekal untuk si teruna tu. Lepas sarapan, pegi ke pasar, beli ayam, ikan & sayur buat stok. Balik dari pasar, meneruskan dengan misi menyiang ikan & ayam. Lepas tu cleaning time!!! Sapu sampah, lap sana lap sini, cuci baju bla bla bla....Tengahari, dah penat membakar lemak dan kalori, masa untuk tidur..Petang, menyambung kembali cleaning mission & this time khas utk dapoku yang comel pulak. Sampai maghrib aku menyental dapoku..hasilnya dapoku berkilat lip lap!!!! Huaaaaa..sukenye!!! Rase cam sayang je nak masak kat situ sebab taknak bagi kotor balik!!!
Kerahan tenaga & sesi membakar lemak bersambung balik lepas Isyak, meng'iron'kan baju2 stock 3 minggu punya pulak. Aduh!!! lenguh giler kaki & bahu. Tapi puas bile tgk baju2 yg dah di'iron' kemas tersangkut dlm lemari...hehehehhehe..

Ahad


Padatkan aktiviti hujung minggu aku?? X payah susah2 gi jogging, buat keje dlm rumah pon aku dah bleh bakar lemak & kalori. hehhehehhe...
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.