Thursday, December 29, 2011

My pregnancy: 39 weeks

 Image result for 39 weeks pregnant
Sakit contraction dah mula terasa, dilation je xde progress...aduhhhhh...camne ni? Bile mami bleh bersalin kalo camni? Nak tunggu turun tande, bayang pon xde lg..mungkin Mami ni jenis yg xde tanda2 kot slain daripada sakit contraction je????
Tadi mami pegi hospital buat follow up check up. Doctor cakap kalo x besalin gak, 5/1/2012 nanti terpakse buat IOL (induce)...Ala...Mami kalo bleh xnk la smpai kene induce2 ni..ramai yg ckp kalo induce ni sakit sgt...huhuhuhu...Lg 1, Mami nk sgt ank Mami ni kuar thn ni gak..tp thn ni tinggal lg beberapa hari je lg...sempat ke????
Macam2 cara Mami dh buat utk mempercepatkn bersalin..tp nmpknye cam xjln je...air kelapa dh berbijik2 Mami telan, makan nenas la, kari la, byk2an berjalan la...tp stil xde progress dilation..ape lg yg Mami nk kene try ni????
Aduhai Baby anak Mami...kuar la cepat Sayang...Tlg la Mami..Mami xnk smpai kene induce..Mami nak bsalin secara natural & normal..Please Sayang...kuar la bile2 pon asalkan minggu ni gak...we really miss u!! Mmmmuahhhh!!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Sunday, December 25, 2011

My Pregnancy: 38 weeks

Image result for 38 weeks pregnant
Tinggal lagi 2 minggu utk complete 40 minggu bawak si tecit ni dlm perot. Aduh...Mami tertanya2..bile la agaknye anakanda kesayangan Mami & Abi ni akan kuar??? So far Mami langsung xde kuar apa2 tanda..jz rase perut mengeras, sakit pinggang & senggugut yang dtg cam chipsmore & kuar lendir yg melekit2 tu je..alahai....
Sepanjang 2 minggu ni gak dah 2x Mami admitted hospital. 1st time 12hb hari tu, sbb x cukup 10x counting kick chart. 2nd time 21hb lepas, sbb Mami dah rase contraction..Tapi malangnye contraction yg without progress dilation. Kali ke3 admitted harap2nye biar la kali yg terakhir. Mami dah tak sanggup nak kuar masuk hospital cam sbelum2 ni. Huhuhuhu......
Anakanda Mami, kuar le cpt sayang.. Sampai bile nak dok kat dlm perot Mami je? Mami & Abi dh rindu sgt nak peluk & dakap Baby kesayangan Mami & Abi ni. Selagi Baby x kuar, macam2 yg Mami risau. Baby kat dlm, Mami x nampak, Mami xleh pegang..Ape yg jadi pada Baby, Mami xtau..Kuar la Sayang.. Kuar la bila2 je dari sekarang. Mami harap sgt Baby kuar sebelum genap 40 minggu sbb kalo Baby x kuar2 gak, nanti Mami kene induce.. Mami ngeri..Mami takut..
Mami selalu doa pada Allah moga dipermudahkan Mami lahirkan Baby dgn selamat secara normal, dilancarkan proses bersalin & dipercepatkan bersalin lebih awal drp  tarikh yg dijangkakan.
Baby sayang... Semua org tgh tunggu Sayang.. Kuar cepat ye, anak Mami....

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, December 22, 2011

My Pregnancy: 37 weeks

Ohhhh....bila la Baby Mami ni nak kuar??? 4-5 hari kebelakangan ni Mami dah mula rase sakit. Tapi xde lak sakit yg beriya2 sgt. Nak g spital pon rase cm terlalu awal la plak. Aduyai.....

Bercakap pasal Baby cayang Mami, now Baby dah seberat 6.5 paun @ 2.8 kg dgn pjgnya lebih krg 20 inci @ 50cm. Kepala baby by right dah mula engage dlm ruang pelvis. So, keadaan ni memberi ruang pada kaki & punggung bayi spy lebih mmbesar.

Kebanyakan baby sekarang dah ada rambut yang lebat, dan sesetengahnye plak langsung xde rambut.. Emmm..camne la Cayang Mami ye? Berambut lebat cam Abi ke, rambut sikit cam Mami? heheheheh...kite wait & see jela...
Selain drp tu gak, skg ni hampir sume bulu lanugo yang menyaluti baby sejak baby berumur 26 minggu lagi dh mula hilang. Same gak ngan sebahagian besar verniks kaseosa @ bahan putih yg membalutnya. Baby jugak akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi2 lain & menyimpan semua ini dalam ususnya. Sume ni akn jd najis pertama baby @ mekonium yg akn dibuang sebaik shj baby dilahirkan nanti.

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, December 14, 2011

Peringkat-peringkat bersalin

Peringkat pertama : Leher rahim @ serviks  akan mengembang hingga 10cm dan peringkat ini terbahagi kpd 3 fasa, iaitu: - 
  • Fasa awal
  • Fasa aktif
  • Fasa peralihan.
 Peringkat Pertama-Fasa awal
  • Uterus mula mengecut atau menegang dengan tepat.
  • Kontraksi akan menjadi lebih sakit berbanding kontraksi Braxton Hicks
  • Pelvis akan berubah bergerak ke hadapan, menjadi lembut (seperti bibir) dan memeri, lebih nipis dan lebih anjal.  
Apa yang perlu dilakukan??
  1. Buat kerja ringan dalam rumah, keluar bersiar-siar, menonton DVD, mandi air panas atau tidur sebentar.
  2. Relaks sebanyak yang boleh.
  3. Makan snek ringan dan minum banyak cecair.
  4. Selalu membuang air kecil utk kosongkan pundi kencing.
Peringkat Pertama-Fasa Aktif
  • Serviks terbuka sehingga 4cm.
  • Kontraksi lebih kuat dan kerap (setiap 3-4 minit dan berlangsung selama kira-kira 60 saat), lebih panjang dan berasa sangat tegang, rasa seperti datang bertindih-tindih.
Apa yang perlu dilakukan??
  1. Boleh terus ke hospital
  2. Buat latihan pernafasan & teknik2 relaks.
  3. Cuba mandi air panas untuk membantu mengurangkan kesakitan
  4. Berjalan-jalankan di sepanjang koridor hospital
  5. Minta suami urut untuk membantu supaya lebih relaks
  6. Duduk atau baring mengiring
  7. Jika perlu, menangis untuk mengurangkan tekanan emosi dan "melepaskan" perasaan.
  8. Doktor memecahkan ketuban bagi mempercepatkan proses kelahiran sekiranya air ketuban belum pecah lagi.
Peringkat Pertama-Fasa Peralihan
  • Serviks mengembang dari 8-10cm
  • Kontraksi akan berlarutan sehingga 1 1/2 minit dan berlaku setiap 2-3 minit.
  • Ibu mungkin akan menggigil, menggeletar dan sakit.
  • Kontraksi yang sangat menyakitkan memberi tekanan kepada rektum yang mendorong untuk meneran.  
Apa yang perlu dilakukan??
  1. Berehat antara kontraksi
  2. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus perlahan-lahan melalui mulut. Buat secara beritma berulang2 kali
  3. Buang rasa malu untuk menjerit, meraung dan membuat bising. 
Peringkat kedua
  • Serviks sudah mengembang 10cm.
  • Rahim akan menolak bayi ke bawah vagina.
  • Masa untuk 'push' bagi mengeluarkan baby!!
Peringkat ketiga : Peringkat mengeluarkan uri @ plasenta
  • Selepas bayi dilahirkan, kontraksi akan berterusan selepas beberapa minit tetapi sakitnya sudah berkurangan.
  • Kontraksi ini akan menyebabkan plasenta terpisah dari uterus dan jatuh ke bawah ke bahagian bawah rahim.
  • Tunggu arahan dari doktor atau bidan untuk meneran.
  • Proses biasanya mengambil masa 5-15 minit
  • Ibu2 mungkin tidak sedar akan peringkat ketiga ini sebab fokus telah beralih kepada baby yg baru lahir.
  • Memandang, memegang baby dan memberikannya buah dada akan merangsang hormon membantu memisahkan plasenta.
 shawqunnur.blogspot.com ®

Fakta tentang "air ketuban"

  • Dikenali sebagai cecair amnion yang berada di dalam kantung membran & berfungsi utk melindungi Baby semasa dlm rahim.
  • Pecah ketuban ialah situasi di mana terdapat cecair jernih sedikit kekuningan, dan selalunya bercampur dgn sedikit darah keluar melalui serviks & Miss  V bila kantungnya terkoyak.
  • Ketuban boleh pecah dlm pelbagai keadaan & peringkat kelahiran.
  • Majoriti wanita pecah ketuban semasa bahagian akhir pada peringkat pertama proses kelahiran (serviks dh terbuka penuh)
  • 1 drpd 10 wanita mengalami pecah ketuban di penghujung kehamilan walaupun proses kelahiran belum bermula dan dlm keadaan ini, doktor akan terus meng'induce'kan wanita tersebut sekiranya wanita itu belum lagi berjaya melahirkan selepas 24 jam.
  • 2% wanita mengandung pecah ketuban awal sebelum mencapai 37 minggu kehamilan.
  • Cara cecair ketuban keluar adalah berbeza, ada kalanya seperti menitis keluar beberapa titisan shj, ada juga yang keluar secara memancut dgn jumlah yg banyak dan deras.
  • Ketuban pecah yang pecah terlalu awal (kurang drp 37 minggu kehamilan) hendaklah dirawat kerana boleh menyebabkan maslah jangkitan kerana jangkitan boleh terus masuk ke uterus dari Miss V.
  • 9 drpd 10 wanita yang pecah ketuban selepas 37minggu kehamilan akan berjaya melahirkan anak secara normal dalam masa 24-48 jam selepas ketuban pecah.
  • Wanita yang telah pecah ketuban masih selamat untuk  mandi tetapi dilarang melakukan seks kerana ini akan meningkatkan risiko jangkitan.
     
    Apa yang perlu dilakukan jika ketuban pecah??
  1. Pastikan kadar denyutan jantung dan pergerakan baby diperiksa oleh bidan atau doktor setiap 24 jam sehingga mencapai peringkat proses kelahiran secara semulajadi @ sehingga di'induce'.
  2. Periksa suhu badan setiap 4 jam untuk memastikan sama ada demam atau tidak. 
  3. Perhatikan sebarang perubahan dalam warna dan bau air ketuban untuk memastukan tiada sebarang jangkitan berlaku.
  4. Pastikan baby bergerak seperti biasa.
  5. Jika tedapat apa2 tanda jangkitan atau demam atau baby kurang gerak, segera ke hospital berdekatan kerana rawatan antibiotik intravena dan induce perlu dilakukan dengan segera. 
shawqunnur.blogspot.com ®

Ohhh....its the time!!! Welcome to the world, Baby!!

Macam mana nak tau kita dh nak bersalin?? Persoalan ini sering berlegar2 kat ruang fikiran Mami sekarang. Yang Mami tau, nak bersalin ni mesti ade rase sakit. Tapi, sakit yg macam mana??? So, Mai pon try surf kat tenet bagaimana yg dikatakan simptom2 dah nak bersalin. Jom kite baca same2..
 
Secara generalnya, setiap orang mempunyai simptom nak bersalin yg berbeza2. Di bawah ni hanyalah guideline yang Mami berjaya senaraikan & jika seseorang tu telah mengalami 1 atau lebih drpd 5 perkara ni, maka bersiap sedialah kerana baby akan kuar bila2 masa je. So, segeralah ke hospital yg berdekatan.
  1. Serviks jadi nipis & lebih lembut (pemendekkan) dan mengembang – sehingga 10cm. 
  2. Kontraksi lebih pendek & kerap, lebih lama & lebih sakit.
  3. Sakit kat bwh blakang, cramp macam nak period.
  4. Ada kuar sikit darah dari Miss V (macam discharge kaler kecoklatan @ bercampur dgn darah).
  5. Pecah ketuban yg disertai dgn sakit kontraksi. 
Kalo salah 1 drpd 5 perkara kat atas ni dah mula terjadi, Mami2 hendaklah:-
  1. Minum banyak air.
  2. Selang-selikan di antara berjalan & berehat.
  3. Mandi dgn air panas.
  4. Berehat secukupnya. 
Simptom2 yang menandakan Mami2 akan bersalin tak lama lagi termasuklah:-
  1. Rasa lebih ringan (sbb kepala baby dah menurun ke bawah pelvis)
  2. Discharge dari Miss V makin byk
  3. Ada sikit pendarahan (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur darah);
  4. Kontraksi Braxton Hicks lebih kerap & lebih kuat
 
shawqunnur.blogspot.com ®

Balik Kampung

Tahun ni 1 Muharram jatuh pada hari Ahad. jadi cuti dapat di carry forward ke hari Isnin. Mami & Abi amik kesempatan cuti ni utk balik kampung Abi. Petang Sabtu (26.11.2011) , pukul 3.20pm kami terus balik kampung. Sampai kampung hari dh malam.  Xde sape2 yang sampai lagi kat sana. Yang ada Mak & Abah je. Makan malam pon ala kadar je. Tapi yang bestnye ade DURIAN!!! Mami nk pulun makan, tp Mak dah warning jgn makan banyak2. Adoii!!!! Malam tu lps je abis tgk Master Chef Malaysia, Mami mandi, solat & terus tido.

Esoknya, hari Ahad (27.11.2011) @ 1 Muharram 1433H. Full agenda bermula. Pagi2 lagi dah bangun. Abah seawal pukul 7 dah standby nak pegi kutip durian kat dusun. Ikut hati Mami nak je ikut. Tapi keadaan x sesuai  le plak...(ade ke patut mak buyung tgh sarat nk masuk hutan???) Buat kene marah je kalo cakap nk join gak..hehhehhe...

Disebabkan x kemana2, maka Mami hanya temankan Abi beli sarapan je kat pekan..Lps mkn, rehat2 kejap, pastu terus siap2 nk pegi kenduri. Tapi disebabkan blom lagi jengah Opah, maka Mami & Abi pon singgah le kat 'seberang' dulu. Sampai je kat sane....nahhhhh.....macam pesta durian pon ade. Berlonggok durian kat lama rumah Opah menanti untuk dipunggah ke dalam lori.

Dah puas makan durian & sume org dh ready, kami pon berkonvoi beramai2 pegi kenduri..Ding dong ding dong pas kenduri, terus balik umah...


shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, December 12, 2011

my pregnancy: 36 weeks

Masa yang dinanti2kan semakin hampir. Oh..Mami neves campur excited!!! Saat merasa baby kicking dlm perut adalah moment yang paling indah dalam hidup Mami yang Mami pasti akan merinduinya bila Mami dah bersalin nanti. Selama 9 bulan ni, kemana-mana saja Mami pegi, apa yang Mami buat, semuanya ‘berteman’. Biarpun ‘teman’ Mami xdpt dilihat secara zahir, tp Mami bahagia. Kalo pon Mami berbual2 dgn Baby, Mami tak rasa mcm mami bercakap sorang2 sbb Mami tau, Baby mendengar apa yg Mami cakap, Baby dapat rasa apa yg Mami rasa!! Subhanallah…ini lah nikmatnya bila dikurniakan Allah peluang menjadi seorang ibu..Terima kasih ya Allah kerana memakbulkan permintaan hambaMu ini..




Minggu ini check up Mami di klinik Ibu Mengandung dah jadi check up mingguan.Semalam pagi Mami pegi la check up macam biasa kat klinik kesihatan yg berdekatan ngan umah Mami. Setel kat klinik tu lbh krg kul 9.30 pagi. Tapi disebabkan Mami belom lagi booking utk bsalin kat mana2 hospital, makanya doktor yang attend Mami pagi tu, terus buat 1 surat referral utk Mami bawak gi hospital. Kat hospital regis aje. Nk terus wat check up doktor pakar lak xde.So, esoknye kene pegi lagi
Alhamdulillah..Baby Mami yang sihat terus membesar dgn jayanya. Apa yang Mami tau, berat badan Baby akan bertambah kira2 28gm sehari sampai la ke saat dia dilahirkan. Dianggarkan berat Baby skg telah pun mencecah 6 paun @ 2.7kg & panjangnya lebih kurang 19 inci @ 45cm. Alhamdulillah…!! Baby Mami dah sempurna sekarang ni & bleh kuar pada bila2 masa je. Tak sabarnya!!!!!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, December 5, 2011

cuti2 malaysia 2012

Tengok tajuk je mesti dah dapat agak kan? Hehehehhe...Plan tahun depan memang kalo bleh nak manfaatkan annual leave yg company bagi tu utk pegi bercuti2 Malaysia. Dalam otak ni dh rancang banyak tempat nk pegi. Tapi kena la tgk bajet dulu camne2 pon.. Mami dah google tgk waktu2 yg seswai..jom layan..!!

Date
Occasion
For
Komen Mami
1 January
Sunday
New Year
Selangor included
Confinement/maternity
23 January
Monday
Chinese New Year
Nationwide
Confinement/maternity
24 January
Tuesday
Chinese New Year (2nd Day)
Selangor included
Confinement/maternity
5 February
Sunday
Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
Confinement/maternity
7 February
Tuesday
Selangor included
Confinement/maternity
1 May
Tuesday
Labour Day
Nationwide
To be considered
17 May
Thursday
Wesak Day
Nationwide
To be considered
2 June
Saturday
Malaysian King’s Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
Dok umah aje
6 August
Monday
Nuzul Al-Quran
Selangor included
To be considered
19 – 20 Aug
Sun & Mon
Hari Raya Puasa *
Nationwide
Harap2 dapat extra cuti..hehhehe
31 August
Friday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
To be considered
16 September
Sunday
Malaysia Day &
Sabah Governor’s Birthday
Nationwide
Sabah
Best ni..cuti carry fwd. To be considered
26 October
Friday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
Alah..turn kat umah mertua. Umah pon dekat sgt..
11 November
Sunday
Nationwide, except for Sarawak
Best ni..cuti carry fwd. To be considered
15 November
Thursday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
To be considered
11 December
Tuesday
Sultan of Selangor’s Birthday
Selangor only
To be considered
25 December
Tuesday
Christmas
Nationwide
To be considered


 shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, December 2, 2011

My Pregnancy: 35 weeks

 
Minggu terakhir Mami berada di bulan ke-8!! Wahhhhh!!! Cam x pecaya je Mami dh hampir smpai ke penghujung pregnancy. Now, baby Mami dah seberat 5.25 paun @ 2.4kg & pjg lak lbh krg 18 inci @ 45cm. Memandangkan perut Mami dh semakin boyot & kulitnye agk menipis, Mami cam dpt agk part2 bdn baby cayang Mami yg berbonjol2 bila Baby gerak2. Ada 1 pagi tu, Mami cm terdengar bunyi ‘pop’ dari dalm perut Mami masa Baby tgh sibuk dok kicking. Bunyi apakah itu??? Jari2 kaki baby yg meletop ke??? Huh…misteri nusantara sungguh!!! Whatever pon, yg penting pd minggu ni Baby Mami dah menunjukkan kuku2 & ada sepasang buah pinggang yg terbentuk sempurna. Hepar @ hatinya jugak dah bleh memproses.

Mami dinasihatkan untuk minum banyak air pada minggu ini memandangkan mami dh kerap buang air. Mami mesti kurangkan minum minuman jenis diuretik mcm the & kopi, sebab air jenis ni akan menyebabkan Mami akan buang air lebih kerap. Ala…..Mami dah la penggemar kopi. Nampaknye terpaksa la Mami lupakan dulu sekejap kopi ni..

Mulai minggu ni jugak, check up Mami di klinik ibu2 mengandung akan jadi lebih kerap @ seminggu sekali sampai la mami bersalin nanti. Maknanya, Mami kena pegi klinik sekurang2nya 1-3kali lagi sblm deliver. Alahai…dh la cuti dah abis..terpaksala Mami pegi keje jgk lepas check up…huhuhuu…


shawqunnur.blogspot.com ®