Wednesday, January 2, 2013

M N H is for Muhammad Nidhal Haziq

Dah lama entry ni terbiar kat draf je. Now, bersempena dgn Haziq yang dah masuk 1 year ni, Mami nak post jugak entri ni. Mami nak cerita tentang rahsia disebalik keunikan nama anakanda kesayangan Mami, Muhammad Nidhal Haziq. Bukan nak menunjuk2, jauh sekali nak berbangga, tapi sekadar coretan kenangan untuk tatapan anakanda Mami bila dah besar & dan pandai membaca nanti.

Yang sebenar2nye nama Haziq diambil daripada pangkal nama Mami & Abi. Abi=MN, Mami=NH. Kalo nak ikut betul2 kene letak pangkal nama anak MNNH, tapi macam panjang sangat la pulak. So, to make short & precise, Mami & Abi decide utk guna pangkal nama anak huruf MNH sahaja.

Kenapa Muhammad Nidhal Haziq???

Muhammad= sempena nama Rasulullah & sama pangkal nama macam Abi, cuma ejaan je lain.

Nidhal= makna dalam bahasa Arab ialah 'perjuangan'. Bagi Mami, mengandungkan & melahirkan Haziq adalah 1 perjuangan. Kenapa Mami cakap camtu?? Ada 2 sebab,yang pertama Mami & Abi berusaha macam2 untuk buat Mami mengandung. Mami pergi hospital, doctor cakap Mami ada cyst & PCOS, Mami berubat kampung, katanya Mami kena 'gangguan', payah nak mengandung sebab kalo baby tu 'jadi' je, ada 'benda' yang 'makan' janin Mami..ishhhhhh..ngeri Mami dengar. Mami puas berubat sampai lebam2 1 badan. Mami berubat dengan Doktor Homeopati, dah dikatanya Mami ada masalah hormon yang tak seimbang. Ya Allah..dugaan sungguh. Mami hampir2 nak buat treatment di LPPKN tapi Alhamdulillah belum sempat Mami buat appoinment nak jumpa doktor, Mami dah disahkan pregnant. Hadiah Hari Ibu yang sgt bermakna utk Mami bila Mami akhirnya dapat BFP pada pagi Sabtu 7.5.2011 tu..
Sebab yang kedua ialah bila mana Mami nak melahirkan Haziq. Ya Allah..sangatla mencabar jiwa dan raga. Mami menahan sakit selama 16jam semata2 nak melahirkan Haziq secara normal, tapi Allah Maha Mengetahui, akhirnya Haziq lahir 'ikut tingkap'. 
Haziq=maksudnya 'bijak,pintar,pandai'. Sudah menjadi kemestian Mami untuk menamakan anak Mami dengan nama yang ada maksud pintar & cerdik dengan harapan anak Mami nanti menjadi seorang yang bijak pandai. After all, nama kan 1 doa jugak..setiap kali nama dipanggil dengan betul, maka secara tak langsung kita akan mendoakan utk orang itu.

Macam tu la ceritanya...

shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.