Monday, March 7, 2011

TTC News - Urgent Info for Dads-to-be

Hari ni aku nak share lagi info special untuk TTC couples yang aku cedok & extract melalui pembacaan aku di Baby Center.

Menurut Baby Center, lelaki @ suami menyumbangkan sebanyak 32% di dalam masalah ketidaksuburan. Jadi, para suami janganlah sewenang-wenangnya menuding jari hanya kepada isteri jika masih gagal mendapat zuriat. Menurut Baby Center lagi, melalui diet yang sihat, ianya akan memberi peluang kepada pasangan itu untuk memliki zuriat. Persoalannya, apa jenis diet sihat yang bakal papa ni perlu amalkan?

Jom kita  scroll down!!!
  1. Pastikan diet yang mengandungi zink, folat (asid folik) & lain-lain makanan yang kaya dengan antioksida, seperti Vit C. Semua ni penting untuk penghasilan sperma dan menyuburkannya. Sumber zink boleh didapati daripada daging cincang, kacang panggang (baked beans) & ayam. Makanan yang kaya dengan folat pula termasuk sayuran hijau seperti brokoli, taugeh, betik & kentang.  227g / 8oz jus oren mengandungi 124mg vitamin C. Pastikan pengambilan sekurang-kurangnya 60mg vitamin C setiap hari dan tambahkan lagi sehingga 100mg sekiranya anda merokok.
  2. Teruskan minum kopi kerana kafein boleh meningkatkan keupayaan sperma bergerak aktif. Walau bagaimana pun, sehingga kini masih tiada bukti yang jelas mengenai peluang untuk hamil dengan peningkatan pengambilan kafein. ---- Hmm..bab ni aku agak confuse sebab dalam artikel sebelum ni ada menyebut kena avoid kafein.. Camne tu??.
  3. Jauhkan diri dari alkohol. Untuk maklumat lanjut, sila lawati di sini.
  4. Berdiet mengikut piramid makanan.

Blogger Templates

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.