Wednesday, March 30, 2011

Bila ajal menjemput

Terkejut dan tergamam seketika bila diberitakan salah seorang daripada rakan sepengajianku (Almarhum Rudi Yanto bin Abdullah) telah kembali ke rahmatullah petang tadi. Sungguh, aku bagaikan tidak percaya dengan perkhabaran itu.
"Kenapa dia meninggal? Sakit apa? Sekarang masih di mana?" Semua persoalan itu berlegar-legar dibenak hatiku.
Dari sumber yang boleh dipercayai, almarhum dikatakan menghidap tumor otak dan menurut sumber itu juga almarhum dipercayai meninggal dunia akibat daripada jangkitan selepas pembedahan..wallahu 'alam.
Mengenang kematian ini, aku teringat pada kelas pengajian agama kendalian Almarhum Tok Faqih Siddiq yang suatu ketika dulu pernah memberitahu kami bahawa setiap nyawa yang dilahirkan di dunia ini telah tercatat namanya di sehelai daun pada sebatang pohon di 'Arasy Allah dan apabila daun itu gugur, maka matilah hamba itu..wallahu 'alam.
Kepada almarhum Rudi, aku berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman. Al-Fatihah..


Blogger Templates
shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.