Impak zuriat dalam hidup kita terlalu besar. Kerana zuriat, suami isteri berbahagia, kerana zuriat juga rumahtangga boleh hancur berkecai.
Setiap yang berkahwin pasti mahukan sekurang-kurangnya seorang cahaya mata sebagai penyambung kasih-sayang dan keturunan. Walaupunpun kadang-kadang ada yang merancang untuk melewatkan kehadiran si kecil dengan pelbagai alasan dan faktor, tetapi penamatnya pasti mahukan cahaya mata sebagai pelengkap dan penyeri rumahtangga.

Sebaliknya, bagi pasangan yang mungkin telah bersedia untuk menerima ahli baru sejak dari hari pertama bergelar suami isteri, pastinya saat-saat indah detik pertama bakal bergelar ibu yang akan selalu dinanti dan ditunggu-tunggu saban hari. Tetapi, segala-galanya hanya Allah yang lebih berhak dan layak untuk menentukan. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, berusaha dan berikhtiar kerana apa yang telah tersurat buat kita itulah yang terbaik di sisi Allah.
Bagi pasangan yang begitu cepat mendapat anugerah terindah ini, sesungguhnya di atas bahu mereka itu sebenarnya satu amanah yang harus dipikul dengan jujur dan penuh dengan kesyukuran. Cahaya mata yang lahir itu mestilah diasuh dan dididik dengan penuh rasa tanggungjawab dan bukanlah sebagai simbol kejantanan si ayah yang mesti dicanang dan dibanggakan siang dan malam.
Berbeza dengan pasangan yang masih menanti kehadiran zuriat biarpun telah lama mendirikan rumahtangga, jangan terlalu mempersoalkan mengapa Allah belum mengurniakan zuriat kepada kita. Cepat atau lambat semuanya telah tersurat sejak azali lagi. Yang pasti setiap kejadian yang Allah tetapkan itu tidaklah diciptakan sia-sia kerana pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya. Hanya redho dan sabar senjata yang paling ampuh untuk menghadapi ketentuan ini.
Biarpun hati kita sakit jika ada yang begitu mudah melabelkan diri sebagai tidak subur @ mandul. Biarpun kita berang dan marah bila orang bergurau mengatakan kita tak pandai nak buat anak. Biarpun hati kita bengkak dek perlian, kutukan dan umpatan orang, semua itu harus diterima dengan syukur kerana ianya adalah 'pahala percuma' buat kita. Butakan mata, pekakkan telinga. Hidup yang singkat ini perlu diteruskan. Yang penting, usaha dan ikhtiar bersungguh-sungguh selagi ada jalan.
P/s: Entri ini khas untuk aku sebagai terapi dan motivasi untuk membantu diri aku agar bangkit semula setelah berasa 'down' seketika.
"Ya Allah Ya Rabb, tabahkanlah hati ini. Suburkanlah jiwa ini dengan rasa kesyukuran disebalik ujian yang kau titipkan buat hambaMu ini. Serikanlah taman hati ini dengan sabar dan redho yang tidak putus-putus. Sesungguhnya apa yang hambaMu hadapi ini tidaklah sehebat dan segetir sepertimana yang telah dilalui oleh para Nabi kekasihMu dan juga hamba-hambaMu yang lain. Ya Rabb Ya Rahman, dengan rahmat dan kasih sayangMu, hambaMu bermohon kurniakanlah kepada hambaMu ini si kecil penyeri rumahtangga, zuriat yang soleh dan solehah yang akan mendoakan hambaMu di akhirat sana. Amin Ya Rabbal 'alamin."